Kurma Ayam, ia adalah menu dan resepi kesukaan saya. Kalau saya dapat kesempatan dan ada bahan nak masak Kurma Ayam, saya akan masak. Selain Kurma Ayam, saya juga suka masak Kurma Daging. Cumanya, kalau masak Kurma Daging, kena ambil masa agak lama lah sedikit untuk empukkan daging tu. Jika guna pressure cooker pun, masih lagi ia akan ambil masa lebih sedikit..huhu.

Kenapa saya suka menu resepi masak Kurma ni? Sebab ianya mudah. Sesiapa sahaja boleh masak menu resepi favorite saya ni, Kurma Ayam .. malah dengan menu resepi yang sama, anda boleh masak Kurma Daging mahupun Kurma Telur. Nak lagi power, leh masak Kurma Kambing .. phewww...

Menu Resepi Favorite Kurma Ayam

Menu Resepi Favorite Kurma Ayam
Saya suka masak resepi yang mudah. Bila mudah, ia cepat. Bila cepat, maka adalah masa untuk update blog. Bila boleh update blog, maka blog saya ada trafik, dan bila ada trafik, in Sha Allah .. bolehlah beli beras pada setiap hujung bulan... hehehe...

Ok, berbalik pada menu resepi favorite Kurma Ayam tadi.

Bahan-Bahan Menu Resepi Kurma Ayam

Menu Resepi Favorite Kurma Ayam
Bahan-bahan memang simple je, apa yang saya kongsikan ini sekadar untuk rujukan dan pedoman sahaja.
  • Setengah ekor ayam dipotong kecil sebesar setengah tapak tangan
  • 3-4 sudu besar rempah kurma, syor gunakan Baba's atau Mak Siti
  • 2 biji bawang besar + 1 inci halia dikisar halus
  • 1 biji bawang besar dihiris kasar*
  • 4 ulas bawang putih dihiris halus*
  • 2-4 biji tomato dibelah 4
  • 1-2 biji bunga lawang*
  • 1 kulit kayu manis*
  • 3-4 biji buah pelaga*
  • 1-2 biji cabai muda/lada benggala
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji kentang
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • Air
  • Garam dan gula

Nampak macam banyak je bahan-bahan nak masak menu resepi Kurma Ayam ni kan, tapi jangan bimbang ahhhh .. semua bahan-bahan tu biasa dan boleh dapat di dapur, in Sha Allah.

[Dah Baca?] Menu Sempoi Untuk Isteri Pantang Bersalin

Cara Memasak Kurma Ayam

Cara Masak Kurma Ayam
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk.
  2. Masukkan bahan bertanda (*) untuk ditumis sehingga naik bau harum dan nampak kekuningan.
  3. Masukkan bahan yang dikisar iaitu bawang besar dan halia.
  4. Masukkan pula rempah kurma.
  5. Kacau bahan-bahan tersebut, gunakan api sederhana sehingga naik minyak.
  6. Bila mendidih, masukkan ketulan ayam yang telah dibersihkan.
  7. Biarkan seketika sehingga nampak ayam sedikit masak.
  8. Masukkan santan. Kacau sehingga sebati.
  9. Masukkan pula cabai dan juga tomato.
  10. Masukkan juga sebiji bawang besar dipotong dua.
  11. Masukkan sedikit air jika mahu berkuah.
  12. Letakkan sedikit garam.
  13. Rasa menu masakan anda, jika kurang rasa masam, boleh ditambah air asam jawa atau perahan limau atau tambahkan tomato.
  14. Biar sampai mendidih.
Dah siap masak.
[post_ads]
Hidangkan untuk santapan semua ... jika nak masak Kurma Daging, cuma gantikan sahaja Ayam dengan Daging Lembu/Kerbau/Kambing. Jika nak masak Kurma Telur, rebus dahulu telur sehingga masak, dan buang kulit sebelum dimasukkan ke dalam kuah Kurma.

Moga dapatlah anda cuba.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. To tell you the truth SA masih x pandai masak kurma..x tau la kenapa..walau ikut resepi sebiji- sebiji...tetap rasanya tak sedap macam yang mak masak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement