Filem Thor: Ragnarok Versi HD Bocor di Internet

Nampaknya filem superhero Marvel Thor yang muncul pada tahun 2017 dengan Thor: Ragnarok sudah bocor di internet. Ramai peminat filem superhero telah ambil peluang untuk menonton tanpa jemu filem Thor: Ragnarok dalam versi HD ini. Filem ini kini boleh ditonton secara percuma menerusi beberapa laman web perkongsian movie dan drama.

Filem Thor: Ragnarok adalah filem ketujuh-belas (17) dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU). Ia adalah filem kesinambungan filem-filem Marvel superhero sebelum ini. Jika anda salah seorang peminat filem-filem Marvel superhero, terutama yang terlibat dalam MCU, memang wajiblah tengok filem ini.

Filem Thor Ragnarok Bocor di Internet

Filem Thor: Ragnarok telah bocor sebulan selepas dijadualkan boleh ditonton atau dimuat-turun secara sah (berbayar) menerusi iTunes. Ia dijadualkan untuk keluar dalam versi HD/DVD pada 20 Februari 2018, namun hasil penemuan saya mendapati filem Thor: Ragnarok versi HD boleh ditonton secara online percuma menerusi beberapa laman web movie (bukan rasmi).

Filem Thor Ragnarok Bocor di Internet Disebabkan iTunes?

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Filem Thor Ragnarok Bocor di Internet Disebabkan iTunes
[post_ads]
Saya telah mendapatkan penjelasan diperoleh daripada blog The Mary Sue:

"According to TorrentFreak, thanks to a mix-up between Vudu and iTunes, the new Thor film was offered for download well before its planned February 20 release. How did that happen? In a now-deleted Reddit post, a user claims that after pre-ordering the movie on Vudu, they were given the option to download it on iTunes.

The snafu allegedly comes about due to the user’s accounts being linked together via Movies Anywhere–the service that houses several video outlets under a single app. Somehow the wires between the two providers were crossed, enabling anyone who digitally pre-ordered the movie to access it early."

Thor: Ragnarok Mudah Dicari Bocor di Internet

Tonton Thor: Ragnarok versi HD percuma di internet
Saya dah tonton filem Thor: Ragnarok ini di pawagam bersama anak-anak saya. Nasib baik di Parit Buntar ada panggung wayang yang tidak ramai penonton .. hehe .. jadi, memang layanlah tonton filem Marvel ini bersama anak-anak saya, yang semestinya meminati watak-watak superhero daripada Marvel.

[Baca Dah?] 12 Filem Pilihan Best Tonton 2018

Tak menyesal pun pergi menonton filem blockbuster ini di pawagam, walaupun ia kini sudah boleh ditonton secara online. Saya masih fikir ia sebuah filem menarik yang berbaloi ditonton di pawagam - jika diberikan peluang untuk tonton sekali lagi .. huhu.
Filem Thor: Ragnarok tonton free online
[post_ads_2]
Tak susah pun nak mencari filem Thor: Ragnarok yang bocor di internet ni. Jika anda pandai gunakan kata kunci (keyword) yang sesuai, boleh jumpa filem ini tanpa sebarang masalah atau sekatan.

Tatkala saya menulis post ini, kakitangan pemegang hakcipta dan tanda-dagang filem ini sedang berusaha keras untuk menyekat penyebaran filem ini secara tidak sah di internet. Jika anda sempat cari, mungkin boleh tonton percuma filem Thor: Ragnarok versi HD/DVD yang bocor di internet ini. Jika tidak, aha .. tunggu sahaja keluarnya versi panjang Thor: Ragnarok, dijangka keluar pada bulan Mac 2018.

Filem Thor: Ragnarok Extended Version akan lebih banyak aksi menarik yang sebelum ini tidak terpapar di layar pawagam. Mungkin lebih syok, dan lebih detail kisahnya ....

Post a Comment

0 Comments