Hari ini saya nak tunjukkan cara bagaimana nak setup domain blog dalam Cloudflare. Cloudflare adalah satu penyelesaian mudah untuk blogger yang mahu pastikan blog mereka selamat, selain meningkatkan kelajuan (loading) dan elakkan dari mudah diserang malware. Cloudflare menyediakan servis secara percuma untuk apa jua platform blogging.

Saya telah menggunakan Cloudflare lebih daripada setahun, iaitu bermula bulan Disember 2016. Sejak daripada itu, banyak perubahan positif berlaku ke atas blog saya. Antara paling ketara ialah dari segi masalah Malware dan kadar bounce rate yang rendah. Selain itu, kadar loading blog juga bertambah baik, walaupun dari segi mata kasar, blog saya ni nampak sarat.

Cara Setup Domain Cloudflare

Cara Setup Domain Di Cloudflare Untuk Keselamatan Serta Loading Lebih Baik
Saya menggunakan servis Cloudflare ini untuk uruskan dua domain blog saya, yang hosting-nya masih menggunakan blogger.com/blogspot. Servis adalah percuma, tanpa dikenakan bayaran. Pun begitu, ada beberapa servis premium disediakan Cloudflare dikenakan caj tertentu. Apapun, servis percuma yang disediakan oleh Cloudflare tetap terbaik dan sangat bagus untuk meningkatkan keselamatan domain blog anda.

Ok, meh saya tunjukkan serba ringkas bagaimana nak daftar, setup dan cara menggunakan Cloudflare ini.

  1. Daftar percuma dengan Cloudflare menerusi pautan ini - https://www.cloudflare.com/a/sign-up
  2. Pastikan anda buat pengesahan menerusi email yang akan dihantar oleh Cloudflare.

Apabila disahkan sebagai pelanggan Cloudflare, terus login ke akaun Cloudflare anda dengan memasukan email dan juga password.
How to setup blog domain in Cloudflare
Setelah login ke akaun Cloudflare anda, ikuti tatacara ringkas di bawah untuk dapatkan segala kelebihan yang diberikan Cloudflare untuk domain blog anda. Simple je .. tutup telinga sebelah pun leh buatlah .. hehe.

  1. Klik butang 'Add Site'. Kemudian letakkan URL domain blog anda dalam kotak yang disediakan. Anda boleh letak banyak nama domain blog anda (jika ada), dengan asingkan menerusi tanda koma. Tapi lebih baik, anda masukkan domain blog anda secara satu persatu. Biarkan ia 'Scanning'. Selepas selesai, klik butang 'Continue Setup'.
  2. Langkah setup domain blog di Cloudflare
    Langkah setup domain blog di Cloudflare
  3. Seterusnya, anda perlu isi beberapa maklumat berkaitan nama domain blog anda. Selalunya, jika nama domain blog anda telah setup sempurna di dalam dashboard domain (ikut pendaftar domain anda), ia akan automatik keluar untuk anda buat verifikasi. Jika maklumat berkaitan nama domain tidak lengkap, ia akan minta anda isi secara manual. Jika semuanya ok, klik je 'Continue'.
  4. Langkah setup domain blog di Cloudflare
  5. Pilih plan 'Free Website' dan klik 'Continue'.
  6. Anda akan terima dua nameserver baru. Nameserver ini perlu dimasukkan ke dalam setting nameserver di dashboard domain anda (ikut pendaftar domain). Contoh seperti di bawah ini.
  7. Langkah setup domain blog di Cloudflare
[post_ads]
Secara umumnya, selesailah cara setup domain blog anda di Cloudflare. Senang je ye tak? Tak adalah teknikal sangat. Kalau susah pun, jika terdapat masalah untuk akses dashboard domain blog anda. Jika selama ini anda tidak pernah uruskan nama domain sendiri di dashboard domain, maka mungkin hadapi sedikit kesukaran-lah.
[post_ads_2]
Anda boleh lihat beberapa cirian serta servis percuma yang telah tersedia untuk uruskan domain blog anda di dashboard Cloudflare. Ini termasuklah servis 'Cache', di mana ia menyediakan storan khas untuk simpan blog anda jika capaian ke blog tidak berjaya menerusi cara biasa - misalnya kena serang malware atau diblock oleh pelayar internet.

Cubalah.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tak pernah tahu kepentingan Cloudflare ni.
    Terima kasih atas perkongsian. =)

    BalasPadam
  2. baru juga tentang perkara ini.

    in shaa Allah akan dicuba pada masa yang akan datang..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement