Cara Nak Tahu Populariti Blog Menerusi Alexa

Ada yang masih menjadikan Alexa sebagai pengukur kekuatan sesebuah blog atau laman web tak? Aha .. sedikit masa dahulu, saya antara ramai blogger yang menjadikan ranking Alexa sebagai tanda aras kejayaan. Walaupun ramai yang dah anggap Alexa sebagai tidak relevan, namun secara peribadinya, pada sayalah .. ia masih lagi ada kepentingan dalam mengetahui tahap populariti sesebuah blog atau laman web.

Rangking Alexa masih menjadi sumber rujukan pada sesetengah pihak untuk tahu sejauh mana populariti sesebuah blog atau laman web. Di dalam Alexa, blog dan laman web disenaraikan mengikut ranking berdasarkan jumlah trafik diterima dalam satu-satu tempoh tertentu. Ranking ini sentiasa berubah, dan tidak kekal. Malah, anda boleh lihat ranking ini berubah hampir setiap minggu!

Cara Nak Tahu Populariti Blog Menerusi Alexa

Cara Nak Tahu Populariti Blog Menerusi Alexa
Buat rakan blogger baru, ketahui bahawa sedikit masa dahulu .. kita boleh letakkan widget Alexa rank ini di dalam blog. Ia akan menunjukkan ranking semasa blog kita mengikut penilaian jumlah trafik yang direkodkan Alexa. Tetapi kini, widget itu sudah tidak lagi disediakan secara umum.

Pun begitu, laman web Alexa masih lagi boleh diakses secara percuma untuk mengetahui tahap populariti sesebuah blog atau laman web tanpa perlu anda daftar atau login.

[Dah Baca?] 5 Rahsia Blog Terlampau Jadi Top Rank Alexa di Tangga 113

3 Langkah Mudah Untuk Ketahui Populariti Blog Menggunakan Alexa

Caranya sangat mudah.

  1. Pergi ke laman web Alexa menerusi pautan ini - https://www.alexa.com/siteinfo
  2. Kemudian di ruangan atau kotak disediakan, anda cuma perlu masukkan url blog atau laman web yang anda ingin tahu tahap popularitinya.
  3. Jika blog atau laman web itu mempunyai autoriti atau pernah disenaraikan dalam ranking sebelum ini, anda akan dapat lihat ranking terkininya seperti tertera di bawah:


Aha, menarik tak? Anda bukan sahaja boleh lihat sejauh mana kekuatan trafik blog anda menerusi Alexa ini, tetapi juga boleh melihat populariti blog atau laman web orang lain.

Hmm .. dah ada servis percuma Alexa ni, maka tangan saya tak dapat lari dari nak sangat tahu apa kekuatan yang ada pada blog dan laman web lain...hehehe .. maka, saya pun skodenglah beberapa blog yang menjadi perhatian saya.

Nah .. ini apa yang saya dapat bila saya masukkan url blog dalam kekotak Alexa tu..
[post_ads]

Blog BenAshaari

 Blog Mat Gebu (Dapur Tanpa Sempadan)

Blog Tuan Amir Hassan (Denaihati)

Blog MySumber (Mysumber.com)

Blog Amanz (Amanz.my)

[post_ads_2]
Kalau ikutkan banyak lagi blog dan laman web yang mahu saya tengok tahap populariti bersandarkan apa yang Alexa tunjukkan. Mungkin tugas tu saya panjangkan kepada anda semua .. :)

Agak-agak anda, adakah blog anda berada dalam ranking Alexa? Dan paling penting, adakah ranking Alexa untuk blog anda semakin baik?

[Pernah Baca?] Top Malaysia Best Blog 2015

Blog saya..... dah jelas, sudah jauhhhhh daripada ranking dulu yang lebih menyakinkan. Dan sebagai penyedap hati, walaupun Alexa masih dirujuk oleh sesetengah untuk menilai tahap kepopularitian, namun ada banyak lagi aspek lain yang boleh meletakkan sesebuah blog atau laman web itu sebagai blog yang popular.

Yang penting, setiap pemilik dan penulis blog perlu memastikan blog mereka menyampaikan apa yang baik dan bermanfaat kepada orang lain. Jika ia membantu orang lain untuk hidup lebih baik, lebih gembira .. semestinya ia lebih bermakna dari sekadar ranking .. betul?



Post a Comment

6 Comments

  1. takut nak check sbb ranking dah jatuh apabila bertukar kpd domain sendiri 4 thn lps..

    ReplyDelete
  2. Wow..mysumber naik mendadak..dulu website tu biasa2 je ms mula wujud..

    ReplyDelete
  3. dulu-dulu selalu refer utk kerja opis.. terlupa plak nak check blog sendiri ... heheh tq .. sbb kuarkan entri ni

    ReplyDelete
  4. maleh nak tgk data Alexa dah sekarang ni. kalau blog tu rank 200 ke bawah best le nak monitor.ahah

    ReplyDelete
  5. This is great Bro HH. I hope i will get my blog to star with ever green content.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.