Cara Mendapatkan Statement atau Penyata Kewangan Maybank Secara Online

AI Trade
Cara dapat statement kewangan Maybank secara online. Salah satu benda penting kalau nak memohon pinjaman, samada pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman sewa-beli atau apa bentuk pinjaman, antara dokumen penting ialah statement bank. Apatah lagi kalau anda bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, apatah lagi jika anda tiada sebarang penyata gaji sepertimana mereka yang mempunyai majikan atau kerja kerajaan.

Saya salah seorang daripada ramai orang yang bekerja sendiri di rumah. Jadinya, keperluan memerlukan statement bank secara pantas dan mudah amat penting. Bukan semua orang ada masa untuk pergi ke bank bagi mendapatkan statement bank ini.

Cara Dapat Penyata Kewangan (Bank Statement) Menerusi Maybank Online

Cara Dapat Statement Maybank Online

Maybank online atau Maybank2u ada menyediakan servis papar dan cetak statement bank - samada dari akaun simpanan, simpanan tetap mahupun akaun pelaburan. Jika anda ada akaun di Maybank, maka bolehlah ikuti panduan cara nak dapatkan seperti di bawah.
  1. Login ke portal Maybank2u.com.my, pilih akaun anda, samada akaun simpanan, akaun semasa atau akaun pelaburan. Namun, selalunya andai ia berkaitan pinjaman, anda perlu gunakan penyata kewangan daripada akaun simpanan - yang kebiasaan akaun yang dimasukkan pendapatan.
  2. Cara Mendapatkan Penyata Kewangan Maybank Secara Online
  3. Kemudian, pilih nombor akaun yang dipaparkan. Pilih tempoh paparan penyata - selalunya diberikan untuk tempoh 3 bulan. Ambil tempoh 3 bulan terkini.
  4. Cara Mendapatkan Penyata Kewangan Maybank Secara Online
    Cara Mendapatkan Penyata Kewangan Maybank Secara Online
  5. Paparan akan dikeluarkan dalam bentuk ringkas. Untuk penyata lengkap, klik pada bahagian Cetak di bawah skrin paparan. Anda akan terima fail dalam bentuk pdf untuk penyata akaun bank anda atau bank statement.
  6. Cara Mendapatkan Penyata Kewangan Maybank Secara Online

Selesai. Mudah je kan?

Penyata kewangan yang bercetak juga penting kalau ia berkaitan cukai. Jadi, adalah lebih baik anda mencetak butiran kewangan bank anda bagi setiap 3 bulan dan menyimpannya untuk rujukan. Ia juga bagus untuk perancangan kewangan anda.
[post_ads]
Dan sebagai blogger, kadangkala ada pihak pengiklan terutama daripada syarikat besar memerlukan anda untuk memberikan penyata kewangan akaun bank untuk pengesahan. Maka, tatacara di atas boleh anda gunakan bagi melengkapkan syarat dan terma mereka.
[Dah Baca?] Buat Hutang Dahulu Sebelum Buat Pinjaman
Semoga ini dapat dimanfaatkan.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

  1. mula2x tak tahu macam mana nak dapatkan statement.. katanya kena pg branch cam malas.. sekali member kata boleh dapatkan online je.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.