Cara Daftar myASNB. Ramai kot yang dah tahu mengenai kemudahan yang disediakan menerusi poratl MyASB. Portal myASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Jika anda ada melabur dalam mana-mana pelaburan unit amanah dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), maka portal myASNB adalah laman web wajib yang perlu anda rujuk setiap kali mahu membuat transaksi berkaitan pemilikan saham amanah anda. Penggunaan buku pelaburan telah dimansuhkan sejak Jun 2017, dan sebarang transaksi berkaitan ASNB adalah samada secara online atau menerusi agen sah ASNB sahaja.

Cara Daftar myASNB

Cara Daftar myASNB Menerusi 10 Langkah - Semak, Penyata Akaun dan Pelaburan Tambahan
Semak, Penyata Akaun dan Pelaburan Tambahan ASNB Online
Untuk menggunakan servis yang ada di dalam myASNB ini, anda terlebih dahulu perlu membuat pendaftaran. Pendaftaran adalah mudah jika anda ikuti langkah-langkah yang akan saya sediakan secara ringkas untuk kemudahan anda.

Kegunaan Portal myASNB

Gunakan portal ini untuk kemudahan anda berurusan berkaitan amanah saham anda. Portal myASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan para pemegang unit amanahnya. Antaranya termasuklah:
  • Pertanyaan butiran pegangan semasa
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  • Membuat pelaburan tambahan
  • Kemaskini maklumat peribadi

10 Langkah Daftar myASNB

Orait, sekarang kepada langkah-langkah untuk anda mendaftar dan menggunakan portal ini.

Langkah 1 – Kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB. Anda boleh rujuk di SINI untuk senarai dan alamat cawangan serta ejen ASNB seluruh Malaysia. Anda akan diberikan nombor ahli 12 digit setelah mengemaskini maklumat nombor telefon anda.

Langkah 2 – Buat pendaftaran (klik butang daftar sini) di portal myASNB
Langkah 3 – Setuju dengan terma syarat penggunaan portal
Langkah 4 – Masukkan nombor kad pengenalan, nombor ahli 12 digit dan nama produk ASNB dilanggani (hanya salah satu)

Langkah 5 – Pengesahan nombor telefon. TAC akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan nombor 6 digit yang dihantar ke telefon anda.

Langkah 6 – Pendaftaran akaun myASNB. Anda akan diminta untuk memasukkan butiran diri anda, selain memasukkan nama pengguna pilihan serta beberapa perkara lain untuk tujuan keselamatan.

Langkah 7 – Anda akan diberikan kata laluan sementara untuk digunakan. Nama pengguna dan juga kata laluan sementara turut dihantar menerusi email dan juga ke telefon anda.

Langkah 8 – Login ke myASNB kali pertama, gunakan nama pengguna anda serta masukkan kata laluan sementara yang telah diberikan. Pengesahan menerusi TAC menerusi SMS ke telefon bimbit akan dilakukan.

Langkah 9 – Tukar kata laluan yang baru
Langkah 10 – Mula melabur dalam unit amanah ASNB

Apabila anda selesai mendaftar, kata laluan sementara (langkah 7) akan diberikan. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk log masuk kali pertama. Apabila anda telah log masuk untuk kali pertama, pastikan anda kemaskini butiran anda, dan juga tukar kata laluan anda dengan segera (langkah 9).

Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan (langkah 6). Masalah akan anda hadapi jika anda terlupa nama pengguna serta kata laluan memandangkan portal myASNB dicipta dengan ciri-ciri keselamatan yang ketat.
[post_ads]

Kepentingan Kemaskini Nombor Telefon Terkini

Harus saya ingatkan kepada anda. Untuk menggunakan portal ini, langkah 1 adalah langkah paling penting sekali. Anda tidak boleh abaikannya walaupun anda masih menggunakan nombor telefon yang sama ketika anda membuka akaun pelaburan dengan ASNB.
[Dah Baca?] Bagaimana Nak Buka Akaun dan Melabur Dalam Amanah Hartanah Bumiputera
Wajib dan ya, anda perlu mengemaskini nombor telefon bimbit anda kerana untuk setiap transaksi yang dilakukan, kod TAC akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang didaftarkan sebelum anda boleh melengkapkan transaksi, termasuklah untuk pertama kali mendaftar myASNB dan berurusniaga menerusi portal tersebut.

Jika anda telah menukar nombor telefon sebelum ini, memang sangat wajar anda kemaskini dengan nombor telefon terbaharu anda.
[post_ads_2]
Mana-mana pelanggan produk myASNB di bawah ini boleh menggunakan sistem dan transaksi di portal myASNB ini:

  • Amanah Saham Bumiputera1
  • Amanah Saham Wawasan 2020
  • Amanah Saham Malaysia
  • Amanah Saham Didik
  • Amanah Saham 1Malaysia
  • Amanah Saham Bumiputera 22
  • Amanah Saham Nasional
  • Amanah Saham Nasional 2
  • Amanah Saham Nasional 3 Imbang
  • ASG - Pendidikan
  • ASG - Kesihatan
  • ASG - Persaraan

 
Menerusi myASNB ini, anda boleh mengakses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada peraturan berikut:
  1. Dana harga tetap: Ahad-Jumaat (7 pagi – 6.30 petang)
  2. Dana harga berubah: Ahad-Jumaat (7 pagi – 4 petang) tidak termasuk cuti umum

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement