Bagaimana Cara Nak Bertemu Dengan Orang Bunian?

Bagaimana nak bertemu dengan orang Bunian? Agak menarik bukan? Ada sesiapa simpan hajat untuk bertemu dengan orang bunian tak? Pernah tengok cerita Orang Minyak lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee? Dalam cerita itu, si bongkok jadi hensem sebab pertolongan orang bunian. Hmmm .... orang bunian .... adalah orang halus, mereka terdiri dari golongan jin.

Dikatakan orang bunian punyai kuasa luar biasa dan mampu menyesatkan orang di dalam hutan dan di jalan. Orang bunian boleh berubah bentuk, namun ramai yang mengatakan, rupa sebenar orang bunian adalah sangat hodoh. Mereka berpakaian tetapi hanya dalam satu warna walaupun dalam pelbagai gaya.

Mistik Kewujudan Orang Bunian

Rupa paras orang bunian
Saya kurang pasti akan kebenaran ini, seperti kata orang putih, "it's just a hear say". Bukti bagaimana rupa paras, rupa bentuk adalah satu yang di luar pengetahuan dan kemampuan manusia biasa untuk mengetahuinya.

Ada kata orang Bunian ni cantik dan kacak. Ada kata mereka bertubuh sasa. Ada yang kata mereka tersangatlah hodoh. Ada yang dakwa orang Bunian ini mempunyai sayap dan boleh terbang. Tak siapa yang benar-benar tahu. Malah di barat, orang Bunian ini disifatkan sebagai 'elf' yang mempunyai raut wajah cantik, kekuatan fizikal luar biasa, pancaindera yang hebat, selain mempunyai hujung telinga runcing, seperti digambarkan dalam filem Lord of The Rings.

[Dah Baca?] Kisah Mimpi Mati - Apa Hikmahnya? 
Ada banyak kisah dan cerita mengenai orang Bunian ini. Ia adalah kisah mistik. Ada kisah yang lucu, ada kisah yang seram, dan ada juga kisah yang cukup menarik seperti bertemu dengan seorang wanita cantik di tengah-tengah dalam hutan.
Bagaimana Nak Bertemu Dengan Orang Bunian?


Anda tahu tak? Dalam sesetengah cakap-cakap orang tua, orang Bunian ni suka bermain kompang pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi sehingga suboh. Aha .. jika anda nak dengar orang bermain kompang waktu begini, pergilah ke tempat yang dikatakan mistik punyai kelibat kehadiran Bunian.

Daripada pengetahuan dan pembacaan saya, orang Bunian ini berkerajaan, punyai ketua, pembesar, pahlawan dan rakyat jelata. Mereka punyai kampung dan kota, dan hidup dalam berkumpulan. Sama sahaja seperti kehidupan manusia biasa. Cumanya, mereka adalah dari golongan jin dan dihalang dari pandangan kasar mata kita.

Tak tahulah samada anda pernah dengar cerita orang Bunian ini ...

Kisah Mengenai Orang Bunian Paling Popular

Ianya cerita paling popular berkaitan orang Bunian. Cerita ini adalah cerita yang bermula di Hulu Klang, Selangor. Dikatakan ketika itu penduduk sebuah kampung tempatan telah 'bergaduh' dengan orang Bunian. Masalah timbul apabila pinggan mangkuk yang dipinjam oleh penduduk kampung untuk satu majlis kenduri pernikahan tidak dipulangkan kembali. Malah, ada pinggan mangkuk ini telah rosak yang membuatkan orang Bunian marah lalu menghilangkan diri jauh daripada pandangan manusia.

Bagaimana untuk bertemu dengan orang Bunian?

Cara Nak Bertemu Dengan Orang Bunian

Menurut satu sumber, untuk bertemu dengan orang Bunian ada caranya. Sesuai dengan mistiknya orang Bunian ini, maka langkah untuk membolehkan bertemu dengan orang Bunian juga agak mistik dan pelik.


Untuk bertemu dengan orang Bunian, perlu disediakan 7 jenis makanan dan 7 jenis bunga. Ia mesti dihidangkan bersama teh O, kopi O dan air suam. Ia perlu dilakukan pada malam Selasa, dan wajib disertai dengan bacaan tertentu. Kenapa malam Selasa? Ini adalah kerana menurut empunya cerita, malam Selasa dikatakan dan dipercayai sebagai malam persahabatan antara orang halus (Bunian) dengan orang kasar (manusia).

Sejauh mana kaedah ini benar boleh bertemu dengan orang Bunian, tidaklah dapat saya pastikan. Anda nak mencuba? Adalah lebih baik jangan .. sebab kaedah yang dibuat pun boleh menyalahi akidah sebagai seorang yang beragama Islam.

Janganlah Ganggu

Untuk info, komuniti orang Bunian dijadikan mereka ini di dalam dunia mereka sendiri oleh Allah S.W.T. Mereka adalah golongan jin, yang telah menghuni alam ini sebelum manusia lagi. Ada sebab orang Bunian disorok daripada penglihatan manusia. Untuk itu, janganlah kita mengacau dan ganggu gugat alam ghaib mereka ini kerana ianya adalah urusan yang kita sebagai manusia tidak perlu untuk masuk campur... walau apa tujuan sekalipun.

Sumber: Jurnal Kosmo!

Post a Comment

7 Comments

  1. Teringat lak pengalaman ayah, mak dan adik-adik jumpa pasar malam bunian di jalan alternatif sekitar segamat untuk ke muar

    ReplyDelete
  2. Bila tengok je Tajuk ni terus perlahan je baca artikel ni dalam hati. Tak nak baca kekuat ..errr takut plak ..

    ReplyDelete
  3. alamak, scarynya.. tak mau lah jumpa org bunian huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu pun. Dengan alam manusia ni pun dah banyak masalah, maka tak perlu lagi cari masalah .. hehehe

      Delete
  4. dari kecil lagi kak ana dah di ceritakan dengan alam bunian,dan bila di fikirkan semula, atas dunia ni bukan manusia sahaja penghuninya kan HH, cukuplah kita yakin pada kebenaran tersebut, tapi kan dulu masa muda remaja pernah mimpi putera bunian, ingat lagi rupa parasnya macam Jamal Abdillah haha :) boleh percaya ke ..agaknya mimpi Jamal sebenarnya

    ReplyDelete
  5. Teringin juga nak jumpa tapi bak kata HH dgn alam manusia ni pun dah banyak masalah, ni kan pulak ke alam lain hehe!

    ReplyDelete
  6. kisah pinggang mangkuk tu cukup popular

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.