6 Rutin Life Style Seorang Jutawan

Semua orang berimpikan untuk menjadi seorang jutawan. Saya pun tak terkecuali, dan cita-cita untuk menjadi jutawan tidak pernah padam, walaupun nyawa boleh padam bila-bila masa. Pun begitu, waktu hidup dan waktu sihat perlu dimanfaatkan sepenuhnya, termasuklah berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita hajatkan.

Bila kita bekerja atau ditugaskan melakukan sesuatu, perkara perlu disedari ialah kerja tersebut tidak akan pernah habis. Dalam impikan diri menjadi seorang jutawan, perkara yang perlu dipastikan dahulu ialah bagaimana untuk menyusun hidup dengan lebih teratur di celah usaha untuk menjadi seorang jutawan

6 Rutin Harian Seorang Jutawan

6 rutin harian untuk menjadi seorang jutawan
Rutin Life Style Seorang Jutawan
Ketahui bahawa setiap jutawan dilahirkan ada rutin harian mereka yang teratur. Untuk menjadi seorang jutawan mesti ada rutin harian yang produktif, sihat dan tersusun. Kita mesti mencontohi golongan yang telah berjaya ini, terutama bagaimana mereka menyusun kehidupan atau life style.

Bagaimana kita memulakan hari adalah sangat penting. Ia bakal menentukan bagaimana keseluruhan hari yang akan berlansung. Jutawan berjaya sering mulakan rutin kehidupan mereka dengan mengecapi kemenangan kecil.

Apakah contoh kemenangan kecil ini? Contoh ‘kemenangan kecil’ yang paling simple adalah semudah merapikan tempat tidur selepas bangkit dari tidur. Kerana kita telah melakukan tugasan pertama pagi awal pagi tersebut dengan baik, ianya In Sha Allah akan memberikan kita “sense of pride” atau “sense of accomplishment”. Kejayaan kecil inilah yang akan mencorakkan kehidupan untuk menjadi lebih berjaya, dan berterusan dengan kita membuat tugasan yang kedua, ketiga dan seterusnya.

Mari kita lihat rutin kejayaan dan kemenangan kecil ini daripada beberapa jutawan terkenal. Mungkin ia boleh menjadi satu inspirasi buat kita semua.

Rutin Bangun Awal Pagi

Rutin Life Style Seorang Jutawan
Orang-orang yang berjaya selalunya akan memulakan hari mereka seawal 6.00 pagi. Waktu-waktu awal tersebut digunakan untuk memberi mereka kuasa fokus kerana waktu tersebutlah gangguan berada dalam tahap minima.

Jika kita mahu memaksimakan nikmat waktu pagi untuk kita memulakan kerja pada tahap terbaik, bangunlah seawal jam 5.00 pagi. Waktu yang berharga tersebut kita boleh gunakan untuk membuat refleksi, muhasabah diri, bersarapan ataupun merangka strategi yang berkaitan dengan kerja.

CEO Apple, Tim Cook bangun dan respon kepada e-mail penting seawal 4.30 pagi. Satu rutin yang tak ramai daripada kita buat .. betul tak?
[post_ads]

Tambahkan “Sense Of Achievement” Dengan Bersenam

Bersenam sebagai rutin harian jutawan
Bersenam bukan sahaja dapat mengawal berat badan tetapi dapat memberi ‘boost’ kepada emosi kita, memberikan tenaga dan membantu untuk fokus sepanjang hari!

Sekarang kita menghabiskan purata 9.3 jam hanya duduk sahaja di pejabat. Dan lebih daripada 6 jam hanya duduk di depan komputer. Mana masa untuk bersenam?

Jika anda katakan anda tiada masa untuk bersenam atau bersukan, kebanyakan CEO & founders boleh pula mencari masa bersenam sekurangnya 45 minit setiap hari. Betul ke? Ya, jadual mereka lebih padat dari kita semua, tetapi mereka mampu menyelitkan masa untuk melakukan senaman atau bersukan.

CEO Virgin Group, Richard Branson pernah ditanya bagaimana untuk menjadi lebih produktif, Richard dengan selamba menjawab “Bersenam”, dia menerangkan bagaimana dengan memasukkan senaman sebagai rutin harian, dia menjadi 4 jam lebih produktif setiap hari.
[Baca Dah?] Ketahui Rahsia Jutawan Dropship
Cuba tips ini - Seeloknya, pasang alarm setiap 1 jam di mana kita perlu fokus dengan kerja. Apabila selesai 1 jam, bangun dan ambil masa 5 minit untuk berjalan. Ini akan mengurangkan risiko duduk terlalu lama dan juga menjadikan kita lebih produktif kerana perlu menyiapkan tugasan dalam masa 1 jam!

Sarapan Itu Wajib

Sarapan, rutin best seorang jutawan
Mahu impikan menjadi seorang jutawan? Maka pastikan rutin ini kita buat setiap hari, iaitu bersarapan. Bersarapan adalah perkara paling penting sekali jika kita mahu mempunyai fokus untuk keseluruhan hari bekerja kita.

Kesihatan perlu diutamakan. Jika tubuh tak sihat, bagaimana nak fokus dengan kerja? Mengapa sarapan ini penting? Ini sebabnya ...
  • Seimbangkan paras gula dalam darah, di mana ia akan membantu mengekalkan tenaga kita sepanjang hari
  • Meningkatkan memori jangka pendek dan mood kita. Nak hasil kerja yang bagus, mood kita juga perlu bagus, betul tak?
  • Mengembalikan tenaga dengan cepat selepas kita membuat rutin bersenam.

Oh ya, satu ingatan untuk mereka yang bekerja di pejabat tu ... Ehemm ... yang bekerja di pejabat tu jangan pula lepas punchcard terus keluar sarapan pukul 8.30 pagi dan masuk balik pejabat pukul 10.00 pagi ya. Nak capai sesuatu mesti dengan cara betul. Keberkatan pun perkara penting yang perlu dimasukkan dalam rutin harian kita.

Gunakan Masa Secara Maksima Ketika Bergerak Ke Pejabat

Pasti ada antara kita yang sering terperangkap dengan kesesakan lalu lintas ataupun ada yang menaiki public transport, masa yang dihabiskan ketika waktu itu boleh dimanfaatkan sebaiknya dengan

  • Mendengar podcast atau rakaman ilmiah yang menyumbang kepada personal development
  • Berhubung (hands-free) dengan individu penting berkaitan isu yang akan dihadapi pada hari tersebut
  • Membaca dan respon kepada e-mail
  • Lakukan kajian (google) dan persediaan untuk menghadapi pembentangan

Jika anda bekerja di rumah, gunakan masa dengan melakukan lebih daripada satu tugasan, atau pasang bahan seperti audio video untuk mendapatkan ilmu berkaitan kerja kita di rumah.

Buat Tugasan Paling Susah Dahulu

Kita telah terbiasa untuk memulakan tugasan yang paling senang di awal pagi dengan alasan “panas badan”, tapi ketika waktu pagi lah kita mempunyai tahap produktiviti dan tenaga yang tinggi. Kita juga lebih sharp pada awal pagi, jadi ianya lebih efisien jika kita memilih untuk menyelesaikan tugasan yang paling sukar pada hari tersebut.

Bagi kebanyakkan CEO mereka akan menggunakan waktu pagi ini untuk merancang strategi. Adakah anda ada lakukan rutin harian ini untuk capai impian anda?
[post_ads_2]

Fokus Pada Perkembangan Diri (Personal Developement)

Rutin Life Style Seorang Jutawan
Tetapkan masa dalam satu hari khas untuk personal development kita. Samada ianya melukis, gaming, membaca, memasak ataupun reka grafik.

Kita boleh anggap ia sebagai projek dan kita membina projek ini dari hari ke hari. Ia akan memberikan kita satu short escape kepada kerjaya hakiki kita, malah ia juga boleh digunakan sebagai terapi untuk mengelakkan kita merasa letih apabila perlu '24 jam' semata berfikir tentang kerja.

Berehatlah dengan melakukan sesuatu yang kita suka. Ia akan mengimbangi bebanan ataupun tekanan di kerja. Perlu ingat, tekanan tak boleh hilang, tetapi kita cuma boleh manage.
[Dah Baca?] Ketahui Cara Menjadi Jutawan Dengan Jual Produk Sendiri
Seperkara lagi, rutin harian tidak seharusnya bermula pada waktu tipikal 9-5. Orang yang berjaya sentiasa menghargai hari hari yang mereka jalani, bermula dari mereka bangun dari tidur sehinggalah mereka masuk tidur.

Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan untuk menjadikan kita lebih produktif setiap hari. Paling penting, pastikan rutin harian kita adalah untuk mencapai impian kita untuk menjadi seorang jutawan. Dan harus juga sedar, menjadi jutawan ... tidak semestinya jutawan dalam harta dan kewangan. Ada banyak jenis jutawan yang boleh kita kejar.:)

Post a Comment

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.