Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Tips Bercuti di Pulau Pangkor - Destinasi Popular Pelancongan Negeri Perak

Tips bercuti di Pulau Pangkor. Sebelum ini, saya ada kongsikan kepada pembaca blog ini tentang pantai-pantai best yang ada di Pulau Pangkor. Selain pantai, Pulau Pangkor ada tarikan lain yang mungkin ramai tidak mengetahuinya. Walaupun pulau ini kecil, ia tetap memiliki sejarahnya yang tersendiri serta unik.

Jika anda seorang yang mengimpikan satu percutian ala perkampungan nelayan yang mendamaikan, maka pilihan destinasi cuti di Pulau Pangkor adalah yang sangat sesuai. Pulau Pangkor adalah destinasi popular di negeri Perak. Malah, ia menjadi pilihan utama untuk percutian bajet terutama untuk pelancong tempatan.
Pulau Pangkor Destinasi Percutian Popular di Negeri Perak
Pulau Pangkor terletak kira-kira 90 kilometer (km) dari barat daya bandaraya Ipoh dan tujuh batu nautika dari Jeti Lumut. Untuk ke Pulau Pangkor, anda perlu berada di Lumut terlebih dahulu.

Untuk ke Lumut, anda tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak kemudahan awam yang menuju ke sana, seperti bas dan teksi. Untuk…

5 Pantai Menarik di Pulau Pangkor

Tengah memikirkan lokasi menarik untuk percutian di musim cuti persekolahan? Mengapa tidak memilih untuk bercuti ke Pulau Pangkor. Antara yang menarik di Pulau Pangkor ialah pantainya. Ada banyak pantai menarik di Pulau Pangkor.

Jika nak ke Pulau Pangkor, pastikan dulu anda semak jadual perjalanan feri ke sana. Kalau saya nak ke Pulau Pangkor, saya akan menggunakan servis perkhidmatan feri di Marina Island. Ianya lebih cepat, lebih selesa dan in Sha Allah, lebih selamat. Kawasan parkir juga luas dan tidak jauh dari jeti Marina Island, jika dibandingkan dengan jeti feri di Lumut.
5 Pantai Menarik di Pulau Pangkor
Ada beberapa pantai yang menarik di Pulau Pangkor. Jika tanya saya .. mana satu pantai pangkor yang paling best, saya akan kata .. Pantai Teluk Nipah. Ia memang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar. Selain pantainya yang panjang, di sini mudah nak cari tempat makan - samada makan pagi, makan tengahari atau makan malam. Petang-petang pun boleh layan keindahan dan ang…

Blog Trafik Meroket Bukan Mustahil ..

Alhamdulillah, saya telah selesai tunaikan janji saya untuk meroketkan kesemua blog peserta segmen "Hasrul Hassan  Bantu Trafik Blog Meroket". Bukan mudah sebenarnya nak buat segmen yang ada janji di dalamnya. Silap haribulan, boleh kena kecam dan kena maki.

Namun, dengan sokongan rakan-rakan blogger; saya telah bantu sebanyak lebih daripada 50 blog dalam segmen tersebut meroketkan trafik blog mereka yang sebelum ini sendu, asalnya trafik blog tak terlebih daripada 100 PV sehari menjadi lebih daripada trafik bulanan sebelum ini.
Blog Trafik Meroket Bukan Mustahil .. Segmen yang saya anjurkan telah berjaya bantu ramai rakan blogger kecapi keseronokan dan kegembiraan menerima trafik yang meroket naik. Mereka tidak perlu keluarkan apa-apa modal pun, apa yang perlu dibuat adalah patuh pada syarat dan terma segmen dan terbitkan satu post khas sebagai tanda usaha untuk join segmen yang saya anjurkan.

Saya juga tumpang gembira dan seronok kerana berjaya bantu rakan-rakan blogger me…

Wow .. Gaji MYR 3,164 Sebagai Tukang Cuci di Singapore !!

Tahukah anda gaji bulanan bagi seorang tukang cuci berdaftar di Singapura ialah MYR 3,164? Ya, memang betul, malah gaji bulanan seorang tukang cuci akan ditambah setiap tahun di Singapura iaitu kenaikan sebanyak SGD 60 hingga SGD 80!

Memang untung jika dapat bekerja di Singapura. Disamping gaji yang agak lumayan, seorang pekerja tukang cuci juga akan dapat benefit yang lain, selain pengecualian cukai. Gaji permulaan sebagai tukang cuci di Singapura adalah sebanyak SGD 1000 atau bersamaan dengan MYR 3,164 (*1SGR = MYR3.16).
Gaji Lumayan Sebagai Tukang Cuci di Singapura Gaji minima permulaan sebanyak USD1000 untuk seorang tukang cuci di Singapura telah diwartakan mulai September 2014. Pun begitu, hanya tukang cuci yang didaftarkan di syarikat pencucian sahaja yang akan dapat menerima gaji minima permulaan ini, dan mendapat segala benefit disediakan kerajaan Singapura.

Bagi seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai tukang cuci di Singapura, tangga gaji permulaan tersebut memang sangat…

Servis Dobi - Keringkan - Lipat Pakaian di Parit Buntar

Parit Buntar ada banyak kedai dobi. Ada kedai dobi biasa dan ada kedai dobi ekspres. Kebanyakan kedai dobi ada menyediakan servis keringkan pakaian, malah ada yang menyertakan servis melipat pakaian.

Umumnya servis kedai dobi memang melibatkan cucian - samada cucian basah mahupun kering. Ada kedai dobi yang selain menyediakan servis melipat pakaian, ia juga menyediakan servis untuk seterika pakaian.
Servis Dobi Ekspress - Cuci, Keringkan dan Lipat di Parit Buntar
Sebenarnya servis-servis tambahan kedai dobi seperti ini bukannya baru. Malah, sejak saya remaja lagi sudah ada servis dobi yang menyediakan perkhidmatan dari mencuci sehingga melipat dan seterika. Namun, tak banyak kedai dobi jenis ekspress atau layan diri yang ada menyediakan servis mengering dan melipat dalam bentuk pakej.

Di Parit Buntar, ada kedai dobi milik bumiputera Islam yang menyediakan pakej servis dobi seperti ini. Ianya terletak berdekatan dengan Hotel K-Garden dan gerai makan Nasi Lemak Kuning. Buat penduduk te…

MAS Tawar Diskaun 45% di Matta Fair 2017

MAS Tawarkan Diskaun 45 Peratus Sempena Matta Fair 2017. Wow .. tawaran hebat daripada Malaysia Airlines (MAS) ini memang menarik sekali untuk kaki travel. Saya pasti mereka yang mempunyai bajet tidak akan melepaskan peluang untuk dapatkan harga tiket penerbangan diskaun yang ditawarkan.

Matta Fair 2017 berlansung bermula dari 7 Mac hingga 19 Mac 2017 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Ia menyediakan lebih 1000 tawaran menarik untuk para pengunjung daripada pelbagai syarikat berkaitan dengan pelancongan. Malah, terdapat banyak kontest yang boleh disertai sempena Matta Fair 2017.
MAS Tawar Diskaun Sehingga 45% Pelbagai Destinasi
MAS salah satu daripada syarikat yang terbabit dengan Matta Fair turut menyediakan tawaran menarik untuk para pengunjung. Ia menyediakan tawaran diskaun sehingga 45 peratus untuk destinasi luar dan dalam, antaranya penerbangan ke Jepun, Thailand, Australia, termasuk juga destinasi ke negara-negara Eropah.

Diskaun yang diberikan merangkumi penerbangan untuk kelas e…

Ikon-Ikon Dunia Yang Hidup Kecil Mereka Ada Disleksia

Pernah dengar mengenai Disleksia? Ada yang anggap bahawa ia adalah satu penyakit. Ada pula yang mengatakan ia adalah satu kekurangan. Tapi, sebenarnya di sebalik kekurangan yang ada pada mereka yang bermasalah disleksia ini, ada ramai insan disleksia yang menjadi ikon dunia dan terkenal.

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Disleksia Bukan Satu Penyakit dan Bukan Satu Kecacatan
Sejak saya mengenali disleksia, saya dapati ramai ibu bapa yang kurang peka tentang masalah disleksia ini. Kalaupun mereka sedar, ia hanya berlaku apabila …

10 Sebab Bank Tolak Permohonan Pinjaman

Penting Ok. 10 Sebab Bank Tolak Permohonan Loan Anda. Buat permohonan untuk meminjam menerusi bank, tapi dukacita bank tolak permohonan pinjaman anda. Sedih. Kecewa. Hampa. Namun, sekali permohonan pinjaman anda ditolak oleh bank, tidak bermakna permohonan anda ditolak selamanya.

Maka, usahlah resah, risau, gelisah, hampa atau kecewa. Terdapat ruang dan peluang untuk anda memohon pinjaman pada masa akan datang. Apa yang perlu ialah anda belajar mengenai kesilapan ketika permohonan dilakukan.
10 Sebab Bank Tolak Permohonan Loan Anda
Pinjaman yang diberikan bank sebenarnya adalah satu pelaburan untuk keuntungan bagi bank tersebut. Seboleh-bolehnya bank mahu anda mendapat kelulusan pinjaman, tetapi mestilah menepati syarat dan terma diberikan.

Bank ada pendekatan dan cara untuk menilai kemampuan anda dalam memperoleh kelulusan sesuatu pinjaman. Tidak kiralah ia pinjaman untuk perniagaan, pinjaman persendirian, pinjaman pendidikan, pinjaman perumahan atau pinjaman untuk pembelian kenderaa…