27 Februari 2017

Nokia 3310 Kini Kembali

Siapa pernah memiliki Nokia 3310? Saya antara yang pernah memiliki telefon jenama Nokia 3310, 3210 dan 3350. Ia telefon bimbit terbaik pada pandangan saya sebelum munculnya telefon pintar pelbagai jenama sekarang.

Telefon Nokia 3310 telah muncul kembali. Kali ini rekabentuknya dipadankan agar nampak lebih segar daripada sebelum ini. Walaupun tidak muncul sebagai sebuah telefon pintar yang mempunyai kepelbagaian ciri sebagai sebuah smartphone, namun telefon ini ada nilai nostalgik yang sangat mendalam.

Nokia 3310 Kini Kembali Dengan Cirian Bateri Tahan Sebulan

Nokia 3310 Kini Kembali
Kemunculan terkini 3310 di tahun 2017 ini bukanlah sebagai sebuah smartphone tetapi lebih kepada 'feature phone'. Ini disebabkan oleh ciri-cirinya yang mempunyai faciliti terhad kepada capaian data atau internet.

Ia tidak mempunyai 4G LTE, tetapi bergantung pada capaian 2.5G untuk kelajuan data. Sistem pengoperasi yang digunakan oleh Nokia 3310 pula adalah sistem S30+ yang membolehkan pengguna melayari internet namun mempunyai pilihan aplikasi yang sangat terhad jika nak dibandingkan dengan sistem Android mahupun iOS.

Nokia 3310 2017 Ada Kamera ..

Yang menariknya, dan yang membezakan telefon Nokia 3310 yang lama ialah ia mempunyai kamera. Tentu pengguna telefon pintar zaman sekarang merasakan sangat pelik apabila sebuah telefon dijual tanpa sebarang kamera. Maka, Nokia 3310 ini muncul dengan sebuah kamera tunggal 2MP.

Nokia 3310 terkini 2017 mempunyai berat kurang dari 100 gram, iaitu lebih tepat 79.6 gram sahaja. Skrin paparan pula lebih besar dan berwarna daripada sebelumnya iaitu 6cm atau 2.4 inci.
Nokia 3310 2017 Ada Bateri Tahan Sebulan

Walaupun semua ciri-ciri yang saya sebutkan pada Nokia 3310 versi 2017 ini nampak kurang menarik tetapi ada satu kelebihan pada telefon ini yang tidak terdapat pada mana-mana telefon pintar yang ada di dunia .. iaitu keupayaan baterinya yang boleh bertahan selama sebulan !!

Bateri Boleh Tahan Sehingga 1 Bulan

Ya, bateri Nokia 3310 terkini versi 2017 ini didatangkan dengan bateri yang boleh bertahan selama sebulan (standby time) dan masa berbual (talk time) sehingga lebih daripada 22 jam. Mana tidaknya, Nokia 3310 tiada aplikasi canggih yang akan membuatkan ia kehabisan bateri dengan cepat .. huhu.

Telefon Nokia 3310 memang cukup popular di zaman muda-muda saya. Malah ia sebuah telefon yang dianggap legenda dan ikonik. Ia terjual lebih 126 juta di seluruh dunia sebelum dihentikan pengeluarannya pada tahun 2005.

Populariti jenama telefon Nokia juga turut disumbangkan oleh permainan ular (Snake Game) yang menjadi trend satu ketika dahulu. Faktor lain ...

  • Nokia 3310 adalah paling laris dan popular antara jenama Nokia.
  • Nokia 3310 tegap dan boleh diharapkan.
  • Ia telefon bimbit yang selesa dipegang.
  • Antara telefon mampu milik terbaik pernah dihasilkan.

Hmm .. siapa kata 'otai' telefon ini sudah berkubur? Huhu ...

Saya tak pasti samada Nokia 3310 akan dijual di Malaysia. Dan seandainya ada, ia mungkin dijual pada harga sekitar RM200 - RM300 sebuah.


Filem Hacksaw Ridge Memang Best

Hacksaw Ridge. Siapa belum tonton filem ni, memang saya syorkan untuk tonton. Memamg best walaupun sedikit slow di awal plot cerita. Saya tonton filem Hacksaw Ridge secara online je. Tak tahu pun bahawa filem ini baru nak ditayangkan di pawagam Malaysia. Kalau tak silaplah, filem Hacksaw Ridge ditayangkan di pawagam Malaysia mulai pertengahan Februari 2017.

Filem ini adalah filem aksi perang dan juga drama. Anda perlu hadam plot cerita drama di awal filem ini sebelum dipersembahkan dengan aksi di medan perang yang memang best. Ia merupakan sebuah filem berdasarkan kisah benar Desmond Doss, seorang tentera bersekutu ketika perang dunia kedua.

Filem Hacksaw Ridge Memang Best Mesti Tonton

Hacksaw Ridge Memang Best
Siapa Desmond Doss ini? Kenapa kisahnya difilemkan? Dan kenapa saya syorkan anda untuk tonton filem ini?

Desmond Doss adalah seorang tentera U.S. Namanya terpahat dalam sejarah ketenteraan U.S sebagai seorang tentera yang berjaya menyelamatkan 75 rakan tenteranya yang lain tanpa melepaskan sebutir peluru pun. Malah Desmond Doss tidak membawa sebarang senjata api. Peristiwa ini berlaku di Okinawa, ketika Amerika Syarikat cuba menduduki satu rabung yang strategik dikuasai tentera Jepun dinamakan Hacksaw Ridge.
Hacksaw Ridge Filem Mesti Tonton

Inilah keistimewaan filem ini, iaitu kisah Desmond Doss, seorang anggota tentera yang berjaya menyelamatkan 75 rakan tentera di Hacksaw Ridge tanpa sebarang senjata - tanpa melepaskan sebutir peluru pun. Kisahnya memang menakjubkan.

Hacksaw Ridge is the extraordinary true story of Desmond Doss (Andrew Garfield) who, in Okinawa during the bloodiest battle of WWII, saved 75 men without firing or carrying a gun. He was the only American soldier in WWII to fight on the front lines without a weapon, as he believed that while the war just justified, killing was nevertheless wrong. As an army medic, he single-handedly evacuated the wounded from behind enemy lines, braved fire while tending to soldiers and was wounded by a grenade and hit by snipers. Doss was the first conscientious objector awarded the Congressional Medal of Honor.

Ok. Ada satu terms dalam filem Hacksaw Ridge yang saya tak reti nak terjemahkan - Conscientious Objector. Itu sebab saya copy-paste sinopsis dari Cinema Online ...

"A conscientious objector is an "individual who has claimed the right to refuse to perform military service" on the grounds of freedom of thought, conscience, or religion."
Siapa yang sukakan sebuah kisah perang, kisah benar, ada drama, ada semangat patriotik, ada kepercayaan, maka filem Hacksaw Ridge ini sebuah filem terbaik untuk anda tonton.

Saya berikan penarafan 4.5 bintang dari 5 bintang untuk filem ini.

Wajah Sebenar Desmond Doss dan Dorothy (Isteri)

Di bawah ini adalah wajah sebenar Desmond Doss, wira perang yang telah menyelamatkan 75 askar semasa peperangan WW2 di Hacksaw Ridge.
Gambar Desmond Doss
Gambar Desmond Doss dan Isteri

Fakta Menarik

Orait, ada beberapa point menarik untuk saya kongsikan kepada anda mengenai filem ini..
  1. Filem ini dihasilkan oleh Mel Gibson
  2. Sekali pandang ia adalah filem perang dunia kedua, tetapi sebenarnya sebuah filem tentang kepercayaan dan pegangan agama.
  3. Peperangan di Hacksaw Ridge adalah yang paling berdarah di rantau Asia Pasifik semasa Perang Dunia Kedua.
  4. Desmond Doss meninggal pada tahun 2016 di usia , tahun di mana filem ini mula ditayangkan.
  5. Menyelamatkan 75 orang askar cedera tanpa bantuan, tanpa senjata adalah sesuatu yang sangat luarbiasa apatah lagi dikelilingi oleh musuh.
  6. Walaupun peperangan itu dilihat untuk membunuh .. tetapi filem ini menunjukkan bahawa peperangan itu adalah untuk menyelamatkan.
  7. Untuk lebih banyak fakta menarik mengenai filem ini, boleh baca di sini - http://collider.com/hacksaw-ridge-things-to-know

Tonton Hacksaw Ridge Secara Online

Nak tonton secara online HD version? Boleh klik ke pautan berikut - http://lynk.my/PU5k


25 Februari 2017

RM50 Percuma Untuk Pengiklan, 3K UV Bakal Diterima

Adakah anda mencari platform untuk mengiklankan produk dan bisnes anda? Saya ada satu tawaran khas untuk anda dapatkan 3,000 unique viewers (UV) ke laman web atau blog perniagaan anda. Caranya cukup mudah.. malah anda akan diberikan kredit sebanyak RM50 secara percuma jika anda daftar cepat.

Kredit RM50 percuma untuk pengiklan ini akan memberikan anda trafik atau hits ke laman web atau blog perniagaan anda sehingga 3,000 UV.  Suatu yang cukup bagus untuk mempromosikan produk, perniagaan atau bisnes online anda. Nak tahu bagaimana nak dapatkan peluang untuk mempromosikan produk dan bisnes anda secara percuma ini tak?

Daftar Percuma Dengan Lynk.my dan Dapatkan Kredit RM50 Percuma

Jika anda pernah baca post saya sebelum ini mengenai Lynk.my; tentu dah nampak bagaimana saya berjaya meningkatkan trafik blog ini dari 10K pageviews sehari menjadi 20K - 40K pageviews sehari. Satu yang sangat mengujakan dengan kos yang minima.

Jika anda tak perasan, anda boleh rujuk post saya ini - Tatacara Menaikkan Trafik Blog Mencanak-Canak Dengan Lynk.my

Apa yang perlu anda buat, hanyalah daftar secara percuma sebagai Advertiser (pengiklan) di Lynk.my. Kemudian, anda peruntukan sedikit dana untuk mempromosikan produk, bisnes, laman web atau blog perniagaan anda di ruangan 'Advertiser Dashboard - Create Campaign' seperti ditunjukkan di bawah ini ..
RM50 Percuma Untuk Pengiklan, 3K UV Bakal Diterima
Minima dana untuk mengiklankan produk, bisnes, laman web atau blog perniagaan anda adalah serendah RM50 sahaja. Dengan dana ini, anda boleh mendapat trafik daripada pengunjung unik sehingga 3,000 sehari. Ini bermaksud, apa jua yang anda iklankan menerusi Lynk.my akan dilihat oleh 3,000 prospek atau bakal pelanggan anda !!

Need Ads, Use Lynk.my

Konsep mudah, anda sediakan dana dan kreditkan ke dalam akaun 'Advertiser Lynk.my' anda. Kemudian, 'create campaign' anda dengan letakkan link atau URL laman web, blog perniagaan malah FB page anda. Contohnya macam di bawah ini ..
Cara Dapat Trafik UV Tinggi Untuk Blog dan Laman Web
RM50 Percuma Untuk Pengiklan, 3K UV Bakal Diterima
Dah siap 'setting create campaign', anda akan diminta untuk 'start campaign'. Mulakan kempen anda, dan anda akan tengok trafik menjadi mendadak kurang daripada 60 saat selepas itu ..

Macam anda tengok di atas tu, kempen saya buat .. hanya bajet RM2 sahaja sehari, satu post berkaitan modul belajar Adsense, saya terima views sehingga 4489 .. haha .. amacam?

Promosi Kredit RM50 Percuma Lynk.my Untuk 3,000 UV

Percuma Trafik ke Laman Web dan Blog Perniagaan Anda
Untuk tempoh terhad ini, pihak Lynk.my telah berbesar hati untuk memberikan kredit percuma sebanyak RM50 untuk setiap user yang mendaftar di laman web Lynk.my. Promosi ini sah dari 5 Februari lalu hingga 5 Mac 2017.

Tetapi ada syarat ...

Syarat Daftar dan Claim RM50 Percuma

Tak adalah syarat berat sangat pun, cuma anda kena pastikan bahawa iklan yang mahu anda buat itu tidak membabitkan perkara di bawah ini:
  • Iklan lucah
  • Iklan perjudian
  • Iklan dadah
  • Iklan movie online atau movie streaming
  • Iklan lagu streaming
  • Iklan bahan dan produk terlarang

Jika berminat untuk dapatkan free kredit RM50 ini, terus klik butang di bawah ini untuk pendaftaran percuma.


Anda hanya dibenarkan daftar untuk satu URL sahaja - tak kiralah laman web atau blog perniagaan anda. Cepat ambil peluang ini, anda bakal dijamin menerima 3,000 UV dari Lynk.my !!

Cara Merawat Sakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Penyakit Kulit Ekzema pada Bayi dan Cara Merawat. Beberapa hari ini, saya ada kongsikan beberapa info berkaitan penyakit kulit Ekzema yang berlaku pada bayi. Ekzema pada bayi kebiasaannya disebut sebagai ruam dalam masyarakat. Jika ruam biasa selalunya akan hilang, namun untuk kes yang lebih teruk, Ekzema akan menyebabkan kulit melecet, berdarah dan bernanah.

Penyakit Kulit Ekzema

Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Seperti yang saya ceritakan dalam post Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi; ada dua kategori penyakit Ekzema ini, iaitu Atopik dan Dermatis Sentuhan. Atopik biasanya berlaku pada bayi yang berusia bawah dua tahun dan akan hilang menjelang remaja. Dermatitis sentuhan pula biasanya disebabkan oleh alahan bahan kimia yang disentuh seperti bahan pencuci, sabun, syampu, pelembut fakbrik dan sebagainya.

Ekzema Pada Bayi

Ekzema pada bayi akan memperlihatkan kulit kering, bersisik, kemerah-merahan, merekah dan kadangkala mengeluarkan cecair .. dan pada satu tahap yang lebih serius, bahagian kulit bayi terkena Ekzema akan bernanah.

Bayi yang terkena Ekzema akan merasa kurang selesa, kerengsaan dan kegatalan yang amat sangat. Ini akan menyebabkan bayi sentiasa menangis dan cuba menggaru bahagian kulit yang terkena Ekzema.

Cara Merawat Ekzema

Walaupun secara klinikalnya penyakit ini tiada penawar khusus kerana tidak diketahui punca sebenar, namun anda masih boleh ikhtiar menerusi beberapa rawatan. Ada beberapa rawatan moden dan tradisional untuk menangani masalah penyakit kulit Ekzema ini.

Untuk orang dewasa yang terkena Ekzema, ada ubat sapuan seperti krim dan losyen. Malah, ada beberapa petua tradisional untuk merawat penyakit kulit ini.

Manakala bagi bayi, selain merawat dengan memberikan pakaian yang nipis dan mengelakkan suhu bilik yang panas, ada juga ubat sapuan tertentu untuk merawat Ekzema pada bayi.

Antara rawatan berbentuk sapuan yang semakin popular untuk merawat sakit kulit Ekzema pada bayi adalah Bedak Asmak. Malah, dikatakan bedak Asmak juga mampu untuk merawat masalah kulit lebih serius iaitu Psoriasis.

Bedak Asmak - Cara Merawat Sakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Cara Merawat Ekzema
Bedak Asmak diperbuat dari 100% bahan semulajadi iaitu tanah liat putih. Tanah liat putih dipercayai mempunyai penawar untuk masalah kulit, termasuklah Ekzema dan juga Psoriasis. Hanya tanah liat putih yang tertentu sahaja diyakini boleh memberikan kesan positif dalam rawatan sakit kulit.

Sebenarnya, bedak dari tanah liat telah digunakan sejak zaman -berzaman lagi. Malah ada kisah yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W sendiri mengesyorkan menggunakan tanah liat untuk rawatan masalah kulit.
Rawatan Untuk Penyakit Ekzema Pada Bayi dan Psoriasis

Bedak Asmak yang dihasilkan daripada tanah liat putih telah didapati dan terbukti secara testimoni dapat merawat masalah ruam pada bayi, penyakit kulit Ekzema, Psoriasis, penyakit kudis buta, kurap, panau, kayap, kegatalan pada kulit, cacar air, luka dan banyak lagi yang melibatkan bahagian kulit badan.

Malah, ada yang menggunakan Bedak Asmak untuk merawat sakit perut.

Untuk merawat ruam, Ekzema pada bayi dan juga Psoriasis; hanya sapukan sahaja Bedak Asmak pada bahagian tersebut sekerap yang mungkin. Ia akan mendatangkan rasa sejuk dan keselesaan pada kulit. 

Apa Istimewanya Bedak Asmak ?

Penyakit Kulit Ekzema pada Bayi dan Cara Merawat

Selain merawat masalah kulit di atas, ia juga mampu mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit jika diguna secara kerap. Dan sangat digalakan untuk dipakai setiap malam sebelum tidur .. sama seperti menggunakan bedak sejuk.

Teksturnya lebih halus, mudah menyerap, dan sejuk bila dipakai. Maka, ia sangat sesuai untuk rawatan penyakit kulit Ekzema pada bayi.

Kandungan Bedak Asmak mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA, jadi ia mempunyai kadar perlindungan maksimum terhadap UVA yang dapat mengelakkan kedutan.

Bedak Asmak selamat dan suci, malah ia boleh dimakan untuk mengatasi masalah cirit-birit dan juga gout.

Testimoni Pengguna Bedak Asmak Untuk Rawatan Penyakit Kulit

Testimoni Bedak Asmak - Rawatan Ekzema dan Psoriasis
Cara Merawat Sakit Kulit
Testimonial


Cara Merawat Sakit Kulit Ekzema Bayi dan Psoriasis
Untuk lebih banyak testimoni dan juga melihat komen-komen pengguna Bedak Asmak, anda boleh terus ke FB Bedak Asmak


Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus :
Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/
Ig : mham.sdnbhd - https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

24 Februari 2017

WhatsApp - Aplikasi Pilihan Popular Lifestyle Seluruh Dunia

Saya berani kata, siapa yang mempunyai telefon pintar (smartphone) pasti akan ada aplikasi WhatsApp. Emak saya yang tak berapa pandai guna smartphone pun ada aplikasi ini yang diakses sekali-sekala. Malah, ada syarikat Telco yang menyediakan servis khas untuk menggunakan WhatsApp ini dalam plan mereka.

Ia merupakan gaya hidup atau lifestyle terkini, dan menjadi antara aplikasi smartphone paling popular di dunia. Ia mendapat perhatian kerana menerusinya, pengguna WhatsApp boleh membuat panggilan telefon dan juga panggilan video dengan akses internet.

WhatsApp - Aplikasi Smartphone Pilihan Popular Seluruh Dunia

WhatsApp - Aplikasi Smartphone Pilihan Popular Seluruh Dunia


Jika anda perhatikan, menerusi Google Play Store sahaja, lebih 1 bilion pengguna dicatatkan telah memuat-turun aplikasi ini ke smartphone masing-masing. Tak kiralah smartphone murah ke mahal ke .. mesti akan ada aplikasi 'chat' ini. Yelah, benda free .. mestilah ramai yang akan gunakan .. ye tak?

Untuk info anda, WhatsApp menjadi pilihan utama untuk kategori aplikasi berbentuk 'chat' atau mesej di 109 buah negara daripada 187 negara yang ada. Ia dianggap sebagai sebahagian daripada gaya hidup atau lifestyle moden zaman kini.

Melalui kajian Similar Web, di rantau Asia Tenggara sahaja meliputi Malaysia, Singapura, Laos dan Brunei , WhatsApp menjadi pilihan nombor satu pengguna berbanding aplikasi-aplikasi lain.

Mutakhir ini, WhatsApp bukan sahaja medan komunikasi penting untuk bersosial namun ia juga menjadi satu keutamaan dalam urusan kerja kerana ia turut membenarkan perkongsian gambar, video dan dokumen. Malah, ada di antara rakan usahawan online saya menggunakan aplikasi ini untuk buat jualan dan mempromosikan bisnes online mereka.

Sejak dilancarkan, WhatApp Inc. terus mendaki dan akhirnya berjaya menandingi aplikasi-aplikasi lain yang boleh dikatakan memiliki fungsi hampir serupa termasuk Facebook Messenger, Viber, Line, WeChat, KakaoTalk, BBM dan banyak lagi.

Sejarah Ringkas WhatsApp

WhatsApp - Aplikasi Pilihan Popular Lifestyle

Pengasas WhatsApp Inc, Brian Acton dan Jan Koum merupakan bekas kakitangan Yahoo! dan Koum memilih nama 'WhatsApp' kerana bunyinya seakan-akan 'what’s up?'.

Sejak diasaskan pada Februari 2009 iaitu kira-kira setahun sebelum ia dilancarkan secara rasmi, Koum terus melakukan kemaskini demi penggunanya termasuk ia kini boleh diakses melalui komputer serta sistem 'tag'.

Err .. anda tak tahu cara nak guna WhatsApp di komputer? Boleh baca panduannya di post berikut - Cara Guna Aplikasi WhatsApp Percuma di Komputer

Tetapi di sebalik keghairahan mengejar teknologi, pasti akan ada kesan aplikasi-aplikasi ini kepada pengguna termasuk kes salah laku mahupun jenayah. Ya, ada je orang yang gunakan aplikasi percuma WhatsApp ini dengan cara yang salah.

Namun, sebenarnya, timbang baik dan buruk terhadap sesuatu aplikasi itu terletak di tangan pengguna sama ada untuk menggunakannya secara berhemah ataupun sebaliknya. Tepuk telefon tanya diri anda .. haha. Teknologi dihasilkan untuk kebaikan, bukan untuk keburukan. Jika anda memilih menggunakannya dengan baik .. maka manfaatlah yang akan anda dapat.
[Baca] Bertanggungjawab Guna Internet - SID2017 Be The Change, Unite for a Better Internet
Sebab itu, pengguna sering diingatkan agar bertanggungjawab dengan segala yang dikongsi dengan rakan-rakan mahupun keluarga susulan banyak kisah palsu yang menjadi viral melalui media sosial termasuk aplikasi WhatsApp gara-gara terus dikongsi tanpa disemak kesahihannya.

Sebagai ingatan buat diri saya dan juga anda, elak gunakan aplikasi percuma ini untuk menambahkan dosa dan berbuat keburukan ..jadilah seorang pengguna yang bijak .. huhu.

Nasi Goreng Kampung, Sup Ekor & Teh O Ais - Menu Bajet Lengkap

Nasi Goreng Kampung, Sup Ekor dengan Teh O Ais. Fuh .. ini adalah menu kegemaran saya kalau makan kat kedai. Nasi Goreng Kampung memang favourite sejak sebelum saya bernikah lagi. Time bujang, macam giler best makan nasi goreng ni, ia pilihan jimat untuk orang bujang ketika itu.

Bila dah kahwin, saya upgrade .. hehehe.. makan Nasi Goreng Kampung, dengan layan Sup Ekor. Lawannya pula adalah Teh O Ais. Kalau kat tempat saya di Parit Buntar ni, harga untuk set makan macam ni, lebih kurang dalam RM8.00 - RM10.00 .. berbeza setiap kedai makan.

Menu Pilihan - Nasi Goreng Kampung, Sup Ekor dan Teh O Ais

Nasi Goreng Kampung, Sup Ekor Teh O Ais

Jika saya pergi bercuti ke mana-mana, dan ada restoran atau kedai makan yang singgah, in Sha Allah .. saya akan pilih menu yang sama. Ianya menjadi menu pilihan sebab ia lengkap ... ada lauk (ikan bilis), ada sayur (kangkung) dan ada sup.

Jika saya makan tanpa Sup Ekor yang rata-rata berharga RM4-RM5 semangkuk, maka set Nasi Goreng Kampung dengan Teh O Ais; in Sha Allah .. boleh belanja dalam RM5 sahaja.

Kenapa saya kongsi menu pilihan ini?

Sebab di zaman serba mencabar di mana harga makanan semakin mahal, pilihan menu inilah yang paling bajet sekali .. walau di mana anda berada di dalam Malaysia ni. Walau harga bajet tapi ia lengkap .. tak perlu pun nak tambah lauk, melainkan anda ada bajet lebih untuk tambah .. macam kes saya, Sup Ekor.

Sup Ekor .. memang terkenal sebagai makanan berkhasiat untuk tenaga lelaki... hehehe...
Sup Ekor

Sebenarnya, untuk menyediakan resepi Nasi Goreng Kampung dan juga Sup Ekor tak susah pun. Anda boleh je buat di rumah. Namun, kalau anda masih bujang .. saya fikir elok anda makan di kedai sahaja. Ekor lembu .. bukan murah di pasaran. Kalau nak beli pun, tak boleh beli sikit .. kena beli paling tidak dalam 600gram ke atas.

Nasi Goreng Kampung .. haishhh .. resepi mudah ... cuma perlu nasi putih, bawang yang dihiris halus lalu tumiskan bersama ikan bilis. Letakkan cili api, letakkan halia ...garam sikit .. tak pun tambah kicap ..  walla siap.
Nasi Goreng Kampung, Sup Ekor Teh O Ais

In Sha Allah, kalau kat rumah .... jika ada nasi berlebihan waktu tengahari, saya akan sediakan Nasi Goreng Kampung untuk famili saya. Setakat ini, Nasi Goreng Kampung yang saya masak tak pernah mengecewakan .. in Sha Allah habis licin ... hehehe

Petua Sikit ..

Satu petua untuk hasilkan Nasi Goreng Kampung yang sedap ... kisar atau tumbuk ikan bilis sehingga lumat, dan buat bahan tumisan. In Sha Allah .. laszatt weihh ..

Belajar Buat & Bina Blog Untuk Jana Income

Belajar buat dan bina blog untuk menjana income ataupun pendapatan. Sejak rakan blogger Redmummy keluar muka depan akhbar satu ketika dulu, maka virallah isu bahawa blogger boleh jadi jutawan dengan menulis online. Sejak hari itu, blog tumbuh bagai cendawan, malah ada penulis blog yang memiliki lebih 5 buah blog serentak. Tujuannya satu ... iaitu bina blog untuk jana income sampingan.

Maka, ramai yang tak tahu mengenai blog cuba nak belajar bina blog dan buat blog sendiri. Ada yang gunakan platform percuma, ada yang gunakan platform berbayar. Ramai yang sanggup keluarkan modal semata-mata nak belajar bina blog yang berkualiti, dan berkesan untuk jana income.

Tips Belajar Bina Blog Menerusi Minta Untuk Jana Income

Tips Belajar Bina Blog Menerusi Minta Untuk Jana Income

Saya sendiri bina dan menulis blog untuk menjana pendapatan. Jika anda baca blog saya sejak dari tahun 2010, tentu dah sedar bahawa terdapat pelbagai peluang dan cara untuk menjana income menerusi blog. Setiap satu peluang tersebut saya dah kongsikan cara-caranya ... dan alhamdulillah, ramai juga yang belajar bina blog sendiri hasil daripada panduan yang saya berikan.
[Baca] Ebook Panduan Lengkap Buat Duit Dengan Blog
Sekilas kita semua telah lihat bagaimana kuasa blogging boleh digunakan untuk membuat duit di internet. Anda tidak perlukan kemahiran tinggi pun untuk hasilkan sebuah blog. Dengan hanya menulis apa yang anda tahu, apa yang anda minat, apa yang ingin anda kongsikan .. in Sha Allah, blog yang anda bina akan hasilkan sesuatu yang lumayan.

Ok. Kenapa blogging?

Pertama, mengapa blogging sangat-sangat popular?

Blog mudah dibina dan anda tidak perlu cari jauh-jauh bagaimana untuk membina blog. Semua sumber yang anda perlukan telah sedia ada di Internet sendiri. Jika anda ada akaun Google, anda dengan mudahnya boleh membuat blog melalui http://blogger.com dan walaupun anda tiada akaun Google, anda boleh buat akaun dalam sejurus waktu sahaja.

Sebaik sahaja anda berada di blogger.com, semua yang anda perlu buat untuk membina blog anda telah dipamerkan dengan baik di depan anda. Anda cuma perlu ikut sedikit arahan dan blog anda akan berfungsi.

Belajar bina blog tak susah. 

Jadi bila cara belajar bina blog pun mudah, maka blog pun mudahlah untuk dihasilkan. Platform Blogger (blogspot) memang hebat, dan jika anda mencari kepelbagaian, anda boleh guna http://wordpress.com. Blog Wordpress lebih sukar dibina dan diuruskan berbanding blog Blogger, tetapi ia pasti bukannya sesuatu yang anda tidak mampu tangani.

Yang penting anda perlu ada keinginan dan azam untuk belajar bina blog.

5 Tips Bina Blog Menerusi Minat Untuk Dapatkan Income Sampingan

Seperti saya katakan banyak kali menerusi panduan blogger - untuk hasilkan sebuah blog yang boleh jana income, anda perlu bersandarkan kepada minat anda.

Untuk membuat duit melalui blog yang bersubjekkan minat anda, inilah lima tip yang anda mesti betul-betul ikuti:

  1. Ikut naluri anda tentang apa yang hendak diblogkan. Jangan gunakan kata basi. Tulis topik yang anda rasa berpengaruh dan anda pasti akan mendapat respon yang menggalakkan.
  2. Sentiasa pilih topik yang agak dipersoalkan atau juga menimbulkan kontroversi. Ini membantu lebih ramai orang komen tentang apa yang anda cakapkan. Ini akan menaikkan jumlah klik yang blog anda dapat dan ia akan dikemaskini dengan lebih baik, jadi anda boleh pasti anda dapat kedudukan yang baik dalam enjin carian juga.
  3. Terus kemaskini blog anda. Anda mesti buat sekurang-kurangnya 2-3 post blog seminggu.
  4. Gunakan kaedah seperti RSS feed atau Langganan supaya orang tahu setiap kali ada kemasukan artikel baru di blog anda dan mereka akan datang secara automatik. 
  5. Sentiasa jadikan tabiat untuk melawat blog-blog lain yang sama subjek dengan blog anda, buatkan post padanya dan berikan link anda sekali. Ini membawakan lebih ramai orang ke blog anda dan prospeknya bertambah. 
Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
[Baca] Buat Duit Blog Jual Produk Sendiri
Jika anda ingin jana income blog dengan mudah menerusi pengiklanan percuma, maka saya syorkan anda untuk dapatkan akaun penuh Google Adsense untuk jana income. Panduan lengkap sudah tersedia untuk anda .. jika berminat, boleh terus buat tempahan menerusi borang disediakan di sini -  Tempahan Panduan Adsense Revive 2017

Jika anda gagal apply Adsense untuk jana income blog, boleh sahaja anda cuba untuk buat duit online menerusi program affiliate percuma. Panduan juga telah tersedia untuk anda dengan harga RM10 sahaja. Jika berminat nak tahu cara nak jana income online menerusi program affiliate, boleh terus tempah di sini - Tempahan Panduan Affiliate Simple Tapi Power Untuk Newbie

Doa Mohon Kesembuhan Penyakit Ekzema Pada Bayi

Jika anda seorang Muslim, penyembuhan penyakit terbaik adalah menerusi doa. Walaupun sudah ada pelbagai kaedah rawatan samada moden dan tradisional, namun jangan sesekali meninggalkan doa untuk memohon kesembuhan. Ini adalah kerana penyakit itu datang dari Allah S.W.T sebagai ujian untuk iman. Maka itu, sangat penting untuk mohon doa bagi kesembuhan penyakit.

Hari ini saya nak kongsikan satu doa yang amat baik untuk mereka yang ada masalah atau penyakit kulit. Ia merupakan doa Nabi Ayub yang hadapi penyakit kulit serius diuji oleh Allah S.W.T. Doa ini juga sangat bagus untuk dibaca khusus buat bayi yang hadapi masalah ruam serta penyakit Ekzema dan Psoriasis.

Doa Mohon Kesembuhan Penyakit Kulit Pada Bayi

Doa Mohon Kesembuhan Penyakit Kulit Pada Bayi
Doa ini dituliskan dalam Al Quran. Ia merupakan wahyu Allah S.W.T yang diturunkan untuk menceritakan mengenai kisah Nabi Ayub a.s yang diuji Allah dengan sejenis penyakit. Menurut beberapa pentafsir, ada yang mengatakan bahawa Nabi Ayub terkena penyakit kulit yang sangat-sangat serius, malah ada yang menyatakan bahawa Nabi Ayub terkena penyakit kanser kulit.

Kisah Nabi Ayub dan Bagaimana Doa Ini Diturunkan

Nabi Ayub a.s adalah seorang yang sangat warak dan sangat patuh taat pada perintah Allah S.W.T. Dikisahkan bahawa Nabi Ayub adalah juga seorang yang sangat kaya raya. Walaupun kaya, baginda Nabi Ayub a.s tidak pernah kufur dengan segala nikmat dan rezeki yang Allah berikan. Malah, semakin kaya, semakin Nabi Ayub bersyukur dan semakin tebal imannya.

Namun, pada suatu hari .. atas izin Allah S.W.T, syaitan yang sangat dengki dengan peribadi serta tingkah-laku Nabi Ayub telah merosakkan segala harta benda milik Nabi Ayub, malah menyebabkan anak-anak Nabi Ayub meninggal dunia.

Allah Maha Mengetahui. Allah S.W.T telah memberitahu syaitan .. walau apa jua perkara dilakukan ke atas Nabi Ayub, iman Nabi Ayub tidak mudah goyah.

Maka itu, walaupun Syaitan (dengan izin Allah) menyebabkan Nabi Ayub jadi miskin dan kehilangan anak; Nabi Ayub tetap memuji Allah S.W.T.

Lalu, Syaitan pun memohon untuk menguji Nabi Ayub sekali lagi, kali ini dengan mendatangkan penyakit kepada Nabi Ayub. Dan Allah S.W.T sekali lagi berfirman bahawa iman Nabi Ayub takkan berganjak dan akan terus memuji Allah.

Nabi Ayub pun tersiksa dengan penyakit yang didatangkan. Ramai yang tafsir penyakit tersebut adalah penyakit kulit. Seriusnya penyakit kulit dihadapi oleh Nabi Ayub sehingga kepalanya jadi berulat.

Kehebatan iman Nabi Ayub ini telah mendapat perhatian malaikat. 

Pada satu hari, ketika Nabi Ayub sedang bersholat, keluar dan jatuhlah ulat-ulat yang berada di kepalanya ketika bersujud. Selesai sahaja sholat, Nabi Ayub mengambil ulat-ulat itu kembali diletakkan di atas kepalanya. Perlakuan tersebut diperhatikan oleh Malaikat dan dengan hairan Malaikat bertanya ..

"Kenapa diletakkan kembali ulat tersebut di atas kepala?"

Lalu Nabi Ayub menjawab ..

"Selama ini, ulat-ulat ini hidup segar bugar di atas kepalaku. Aku takut nanti jika ulat-ulat itu mati, ia akan mengadu pada Allah di akhirat nanti, dan takut disebabkan ini aku tidak dapat masuk ke syurga Allah S.W.T"

Begitulah hebatnya iman Nabi Ayub a.s.

Setelah Malaikat mendengar kata-kata Nabi Ayub, Malaikat lantas menghadap Allah dan beritahu akan kejadian tersebut. Malaikat yang merasa sangat kesian pada Nabi Ayub meminta kesembuhan daripada Allah untuk Nabi Ayub.

Maka Allah S.W.T pun memerintahkan Malaikat untuk bertemu Nabi Ayub supaya memohon doa kepada Allah S.W.T untuk kesembuhan penyakitnya.

Bila diberitahu oleh Malaikat supaya Nabi Ayub berdoa untuk mohon kesembuhan, apa Nabi Ayub kata?

Surah Al-Anbiya, 83:

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Nabi Ayub tidak meminta kesembuhan tetapi terus memuji Allah S.WT.

Lantas Allah menurunkan ayat di bawah ini :

Surah Sad, 42:

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَٰذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".

Nabi Ayub a.s pun pulih dari penyakit kulit yang ditafsirkan dengan dialami oleh baginda selama 7 tahun 7 minggu dan 7 hari.

Untuk itu, sangat disarankan kepada ibu bapa yang ada anak alami masalah penyakit kulit seperti ruam, Ekzema, mahupun Psoriasis untuk menggunakan doa Nabi Ayub dari surah An-Anbiya, 83-84 untuk kesembuhan penyakit kulit. In Sha Allah .. semoga Allah akan sembuhkan penyakit kulit yang dialami.

Caranya, ambil air .. baca doa di atas dan sapukan pada bahagian terkena penyakit kulit.

Semoga berjaya. In Sha Allah.

Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi. Biasa dengar penyakit Ekzema tak? Buat para ibu, tentu biasa dengan penyakit ini yang kerap dan sering berlaku pada bayi. Ekzema adalah sejenis penyakit kulit dan dikatakan paling kerap berlaku terutama kepada bayi. Malah ada laporan mengatakan satu daripada lima orang akan terkena penyakit kulit Ekzema ini seawal usia 3 bulan.

Sebagai seorang bapa yang bakal menimang cahaya mata, saya terkesan untuk tahu lebih lanjut mengenai penyakit Ekzema ini .. terutama kesannya pada bayi. Oh ya, dalam masyarakat kita .. penyakit Ekzema pada bayi lebih dikenali sebagai ruam. Ada banyak versi seperti ruam panas, ruam lampin dan sebagainya.

Info Keibubapaan - Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi
Ekzema merupakan penyakit kulit yang akan menyebabkan kerengsaan, kegatalan serta rasa kurang selesa pada kulit. Kulit akan kelihatan kering dan kemerah-merahan serta bersisik. Penyakit ini boleh berlaku samada pada bayi mahupun orang dewasa. Jika orang dewasa, mungkin Ekzema nampak tidak terlalu serius jika nak dibandingkan seandainya Ekzema berlaku pada bayi.

Uhh bayangkan bayi yang masih kecil perlu berhadapan dengan rasa gatal yang amat sangat pada kulit. Nak mengaru-garu .. tak pandai lagi tu .. jadi, bayi akan kerap menangis dan sukar nak tidur. Bila bayi sukar nak tidur, secara tak langsung ia turut memberikan kesan tekanan kepada ibu bapa.

Bukan Penyakit Berjangkit ...

Walaupun penyakit ini bukan jenis penyakit berjangkit dan akan datang dan pergi begitu sahaja, namun jika ianya berlaku pada bayi .. ia mungkin nampak serius andai tidak diberikan rawatan yang betul. Walaupun tidak seserius Psiorisis, penyakit kulit Ekzema ini boleh menyebabkan kulit berair, berdarah serta bernanah. Bayangkan bila penyakit Ekzema berlaku pada bayi .. uhhh kesian weihh tengok bayi.
Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Dari segi klinikal; penyakit Ekzema tiada penawar khusus .. malah ia tidak boleh disembuhkan. Apa yang boleh dilakukan adalah mengawal penyakit Ekzema ini supaya tidak memberikan kesan yang serius.

Ekzema pada bayi sering berlaku pada usia kurang 2 tahun dan boleh dikesan seawal usia bayi 3 bulan.

Ekzema Pada Bayi Terbahagi Dua Kategori

Ekzema terbahagi kepada dua iaitu atopik dan dermatitis sentuhan. Atopik biasanya berlaku pada bayi yang berusia bawah dua tahun dan akan hilang menjelang remaja. Dermatitis sentuhan pula biasanya disebabkan oleh alahan bahan kimia yang disentuh seperti bahan pencuci, sabun, syampu, pelembut fakbrik dan sebagainya. Ada juga berlaku disebabkan alahan pada susu formula, makanan laut, air berklorin tinggi dan juga telur.
[Baca] Susu Terbaik Khas Untuk Ibu Hamil dan Menyusukan Anak
Walaupun penyakit ini terbahagi kepada dua, kesan ekzema atopik dan dermatitis sentuhan adalah sama iaitu kulit kering, gatal, merah, merekah dan kadangkala mengeluarkan cecair serta berdarah.
Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Ekzema pada bayi kebiasaanya berlaku pada bahagian kulit pipi, tangan, muka, leher, siku, belakang lutut dan belakang siku. Bahagian-bahagian ini paling mudah diserang ekzema kerana penghalang kulit tidak berfungsi sebaik mungkin. Dalam hal ini, kulit bayi lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Punca Ekzema Pada Bayi

Punca sebenar penyakit Ekzema pada bayi tidak diketahui secara khusus; namun faktor-faktor di bawah boleh menyumbang berlakunya Ekzema ini.
  • Keturunan. Jika ibu bapa ada penyakit ekzema, kemungkinan bayi dan anak juga akan ada penyakit ini.
  • Alahan kepada bahan-bahan kimia seperti yang saya nyatakan di awal post ini.
  • Alahan kepada makanan seperti susu formula, makanan laut, telur.
  • Jangkitan virus dan kuman.
  • Habuk, suhu terlalu panas dan juga kain berbulu yang menyebabkan alahan.
Bagaimana dengan rawatan untuk penyakit kulit ini?

Rawatan Untuk Bayi Terkena Ekzema

Tiada rawatan yang khusus untuk penyakit ini, kerana punca sebenar tak dapat dikenalpasti. Namun begitu, Kementerian Kesihatan ada mengesyorkan agar para ibu untuk menyusukan anak secara eksklusif dengan susu ibu selama 6 bulan. Susu ibu adalah perlindungan terbaik untuk kesihatan si anak, termasuklah antibodi untuk mengelakkan berlaku kes Ekzema lebih teruk.
Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Apatah lagi apabila dipercayai Ekzema boleh berlaku akibat alahan kerana susu formula atau susu lembu. Jika didapati bayi mula ada tanda ruam dan alahan jika minum susu formula, maka cepat-cepatlah berhenti dan gantikan dengan susu formula yang lain (jika perlu).
[Baca] Milk Booster Untuk Ibu Bermasalah Susu Badan (Susu Ibu) Untuk Bayi
Jika anda ke hospital, selalunya doktor akan memberikan ubat losyen atau krim untuk disapu pada kulit bayi. Ubat losyen ini bertujuan untuk melembapkan kulit bayi supaya kesan Ekzema tidak terlalu serius. Ada juga ubat pencegah kegatalan seperti antihistamin diberikan, namun agak tidak sesuai pada bayi yang masih kecil dan menyusu.

Apa Perlu Ibu Bapa Buat Untuk Bayi Ekzema?

Rawatan lain yang boleh ibu bapa lakukan untuk bayi yang terkena Ekzema ialah memastikan bahawa pakaian bayi adalah nipis, bebas habuk, dan diperbuat daripada material kain yang lembut. Elakkan menempatkan bayi di dalam bilik yang panas serta pastikan kuku bayi sentiasa pendek supaya dapat elakkan iritasi seandainya bayi menggaru bahagian kulit terkena Ekzema.
Ada juga perubatan dari segi petua tradisional. In Sha Allah, saya akan kongsikan cara pengubatan tradisional untuk Ekzema pada bayi di lain masa.

Harapnya apa yang saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya terutama kepada ibubapa yang baru mahu menimang cahayamata.

23 Februari 2017

3 Status e-BR1M Tanda Terima Duit BR1M

Nampaknya masih ada lagi yang tidak faham mengenai beberapa status akaun dalam e-BRIM. Disebabkan kurang kefahaman ini, ada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terkeliru mengenai status duit BR1M mereka. Malah, ada yang menyangkakan bahawa duit BR1M mereka 'hilang' dan menyalahkan pihak bank kerana gagal menguruskan kemasukan duit BR1M mereka ke dalam akaun.

Ramai penerima BR1M 2017 terasa kecewa apabila pergi ke mesin ATM dan bank, mendapati bahawa tiada duit BR1M dalam akaun, walhal sebelum ini mereka tiada masalah pun menerima duit BR1M.

Tiga Status BR1M Ketahui Duit Masuk Akaun

Saya dimaklumkan bahawa proses kemasukan duit BR1M 2017 bermula 22 Februari 2017 melibatkan 3 fasa. Siapa yang dah terima duit BR1M tu, bermakna mereka berada di dalam fasa pemberian duit BR1M peringkat pertama.

Namun, buat mereka yang sebelum ini tiada masalah terima duit BR1M dan kali ini untuk 2017 alami kelewatan, anda mungkin berada di peringkat fasa kedua mahupun ketiga.

Untuk membantu anda kurang stress berkaitan duit BR1M sebanyak RM450 itu, cuba semak kembali status BR1M anda di laman web e-BR1M.

Dah lihat? Sekarang, anda rujuk pada 3 status akaun BR1M di bawah ini ...

Status 1 - Lulus Tapi Belum Kreditkan ke Akaun Bank

Status permohonan anda 'Lulus' tetapi 'Tiada Rekod' pada status pengkreditan. Ini bermaksud bahawa proses pengkreditan duit BR1M sedang dilakukan oleh pihak bank ke dalam akaun anda. Anda diminta bersabar, in Sha Allah, duit BR1M 2017 yang sepatutnya anda terima akan dimasukkan beberapa hari sahaja lagi.
Status BR1M Duit Masuk Akaun

Status 2 - Status Permohonan 'Dalam Proses'

Ini bermaksud bahawa semakan sedang dilakukan ke atas permohonan anda. Walaupun dalam BR1M sebelum ini anda menjadi penerima, tidak mustahil untuk BR1M 2017, permohonan anda tidak diluluskan. Anda perlu tahu bahawa pihak LHDN akan membuat semakan dari semasa ke semasa.

Jika anda terlepas untuk kemaskini borang permohonan BR1M 2017, tetapi patuhi syarat BR1M 2017, maka kemungkinan anda menerima duit bantuan ini akan lewat sedikit. Anda mungkin penerima BR1M 2017 di fasa ketiga.
Status BR1M Duit Masuk Akaun

3. Status Lulus dan Maklumat Pengkreditan Duit BR1M dalam Akaun Bank

Jika status permohonan anda 'Lulus' dan telah ada info berkaitan status pengkreditan BR1M, maka bermakna duit BR1M telah masuk akaun bank anda seperti dinyatakan.

Jika anda lihat status ini muncul semasa semakan di e-BR1M tetapi duit tiada dalam akaun, mungkin anda telah tersilap masuk nombor akaun bank atau anda memasukan nombor akaun bank yang salah. Ini pentingnya semakan dibuat ketika permohonan BR1M 2017 dibuka bulan Disember 2016.
Status BR1M Duit Masuk Akaun

Saya harap penerangan ringkas berkaitan status permohonan dan status duit BR1M masuk akaun ini dapat meringankan stress anda .."Kenapa duit BR1M 2017 tidak masuk akaun lagi ..".

Jika anda seorang penerima BR1M yang layak, usah risau .. in Sha Allah, duit bantuan ini akan masuk ke akaun anda. Anda harus sedar bahawa pengagihan duit BR1M melibatkan banyak pihak, dari pihak Kementerian Kewangan, LHDN hinggalah ke bank. Jadi, bersabarlah ye ... anda tak perlu keluarkan apa-apa modal pun untuk dapatkan hak anda ini seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2017.
Rahsia Rezeki Melimpah Ruah
Semoga bermanfaat.

Kredit Gambar: Melvister

Petrol Free Untuk Penduduk Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya & Labuan

Perghh .. untunglah siapa yang duduk di Wilayah Persekutuan. Saya dapat info, pihak Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan akan memberi bantuan petrol percuma kepada semua penunggang motosikal di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya setiap awal bulan bermula April 2017. Ia satu berita yang pasti akan melegakan warga 3 kotaraya ini.

Saya memetik berita yang dilaporkan oleh MStar yang mengatakan bahawa Program Isi Minyak Motor Percuma ini mensasarkan lebih 117,000 penunggang motorsikal di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; tanpa mengira latar belakang dan parti politik.

Petrol Percuma Untuk Penunggang Motorsikal di Wilayah Persekutuan

Petrol Percuma Untuk Penunggang Motorsikal di Wilayah Persekutuan

Program yang membabitkan kos kira-kira RM250,000 ini adalah bertujuan untuk meringankan beban penunggang motorsikal yang terbeban dengan kenaikan harga petrol di pasaran sejak akhir-akhir ini.

Program ini telahpun dilancarkan pada 22 Februari (Rabu) di sebuah stesen minyak di Taman Seri Rampai, KL; yang menyaksikan lebih 600 buah motorsikal menerima petrol percuma.

Program ini akan bermula secara menyeluruh bermula April 2017. Jadi, buat mereka yang menunggang motorsikal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, bolehlah ambil peluang ini nanti untuk jimat belanja petrol.

Pun begitu, pemberian petrol percuma ini terhad untuk penunggang motosikal di bawah 150cc, dan hanya diberikan pada setiap awal bulan sahaja. Pemberian petrol percuma ini juga hanya terdapat di stesen-stesen minyak tertentu sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Saya masih lagi mencari maklumat berkaitan senarai stesen minyak terbabit, yang mungkin perlu dirujuk kepada pihak Pemuda BN WP yang menjadi penganjur.

Kenapa BR1M Belum Masuk Akaun Penerima?

Fuh .. hal kisah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kembali hangat diperkatakan rakyat. Apatah lagi bila BR1M untuk 2017 sudah mula menerjah masuk ke akaun-akaun bank penerima bantuan sejak 22 Februari 2017. Ada yang tersenyum, ada pula yang ternampak wajah penuh keliru. "Eh kenapa BR1M aku tak masuk lagi?".

Ya, ramai penerima BR1M keliru kenapa duit Bantuan Rakyat 1Malaysia yang berjumlah RM450 masih tidak dikreditkan ke dalam akaun bank. Disebabkan itu, maka berderetanlah mereka beratur untuk ke kaunter pertanyaan bank, malah ada yang terus ke pejabat LHDN untuk mengetahui kenapa BR1M mereka belum masuk akaun.

Kenapa BR1M 2017 Belum Masuk Akaun Penerima?

Kenapa BR1M Belum Masuk Akaun Penerima?

Ok. Ada banyak sebab kenapa BR1M 2017 belum masuk akaun penerima. Saya senaraikan antara kemungkinan punca yang menyebabkan duit BR1M tidak masuk akaun atau masih belum masuk akaun. Jika anda seorang pemohon BR1M, sila lihat dahulu sebab-sebab di bawah ini:
  1. Tidak membuat kemaskini maklumat akaun dalam e-BR1M
  2. Tidak layak kerana gaji melebihi syarat kelayakan setelah semakan terkini dilakukan
  3. Mengemukakan maklumat palsu ketika memohon BR1M 2017
  4. Pemohon merupakan seorang pelajar IPT dan tidak layak untuk menerima BR1M 2017
Sekarang, anda fikir balik .. adalkh 4 sebab di atas ada kaitan dengan diri anda sebagai pemohon BR1M 2017? Jika ada, itu mungkin sebab kenapa duit BR1M yang anda rasakan anda patut terima tidak masuk-masuk ke dalam akaun bank anda.

Ramai Lupa Nak Kemaskini Maklumat BR1M 2017

Dan antara banyak faktor dan sebab yang disenaraikan di atas, saya fikir faktor nombor 1 adalah antara penyebab utama kenapa BR1M masih belum masuk ke akaun bank penerima.

Pendaftaran dan rayuan BR1M dilakukan secara online menerusi sistem. Apabila sistem online diguna-pakai, maka perkara yang harus diutamakan adalah untuk sentiasa kemaskini data di dalam sistem. Ramai penerima BR1M sebelum ini tidak sedar akan perkara ini. Al maklumlah, rata-rata yang menerima BR1M adalah daripada golongan yang berpendidikan rendah, yang tiada akses internet dan terdiri dari golongan warga emas. Malah, kebanyakan mereka bukan berpengetahuan tinggi berkaitan IT ni.
[Baca Juga] 3 Status Semakan BR1M Duit Masuk ke Akaun

Usah Risau Andai Anda Sah Layak

Pun begitu, usah risau buat mereka yang disahkan layak untuk menerima BR1M. Menerusi sistem yang ada, in Sha Allah, jika anda layak .. anda akan terima juga duit BR1M ini. Cuma soal jangkamasa atau giliran untuk anda terima.

Ibu saya contohnya, untuk BR1M 2016 .. tak dapat nak ke bank untuk ambil duit BR1M, namun duit BR1M tetap dikreditkan ke dalam akaun.

Sekali lagi, usah risau jika anda layak untuk terima BR1M 2017. In Sha Allah, lambat laun duit BR1M anda akan masuk ke akaun... lagipun BR1M 2017 untuk pembayaran awal tahun mulai 22 Februari ini dikatakan dilakukan secara berperingkat dan melibatkan 3 fasa. Jadi, anda perlu bersabar.

Semak Sekali Lagi Status BR1M 2017

Untuk memastikan anda betul-betul layak terima BR1M, sila buat semakan terlebih dahulu di portal e-BR1M di sini - Semak Status Terima BR1M 2017

Kemudian, baca post saya mengenai status BR1M di sini - Status Permohonan BR1M Diterima

Oh ya, sukacita nak ingatkan bahawa apa yang saya tulis dan berikan ini adalah bersandarkan kepada pengetahuan dan pengalaman rakan-rakan yang terima BR1M. Untuk memastikan apa yang sebenarnya menyebabkan 'kenapa BR1M belum masuk ke akaun bank' anda, seharusnya anda membuat semakan dengan pihak berkaitan.

Tapi .. dengan syarat, anda dah buat semakan status secara online dan lihat 4 faktor tadi.... kang tak pasal kena 'bambu' dengan pegawai yang bertanggungjawab .. huhu

300 Kek Cantik Harga RM20 Bantu Pertubuhan Rumah Kita

Baru-baru ini, isteri saya telah ajak untuk beli kek amal. Ada 300 kek disediakan dalam jualan amal untuk bantu Pertubuhan Rumah Kita, yang dikendalikan oleh kedai kek Kobis Bunga. Kedai kek Kobis Bunga adalah salah satu kedai kek yang ada di Parit Buntar, dan antara kedai kek kegemaran anak-anak saya... erkk juga isteri saya .. hehe.

Jika anda pernah baca post sebelum ini tentang harijadi kedua-dua anak saya, Maira dan Zikri, tentu anda perasan akan kek unik daripada Kobis Bunga ni. Alaaa ... kek yang ada patung princess dengan bentuk kereta tu ... huhu.

300 Kek Cantik Kobis Bunga Bantu Pertubuhan Rumah Kita

300 Kek Bantu Pertubuhan Rumah Kita
Bagus betul apa yang dilakukan oleh pihak Kobis Bunga buat jualan amal 300 kek yang pelbagai bentuk dan perisa ni. Saya pun respectlah .. dan sambutan yang diberikan memang hebat. Seawal jam 9:00 pagi, perkarangan kedai kek ini dah penuh dengan orang ramai yang mahu beli kek dengan harga RM20 sebiji.

Kalau ikutkan harga sebenar kek yang dijual untuk amal ini adalah antara RM25 hingga RM35. Jadi, apabila kek-kek cantik dengan watak kartun dijual dengan harga RM20, ramailah pelanggan dan warga Parit Buntar serta sekitar yang hadir nak beli.
300 Kek Bantu Pertubuhan Rumah Kita
300 Kek Cantik Kobis Bunga Bantu Pertubuhan Rumah Kita

Menurut tuan punya kedai kek Kobis Bunga, Puan Norul Syafinas Abu Bakar, 100% jualan kek akan terus disalurkan kepada Pertubuhan Rumah Kita. Untuk info, pertubuhan dimaksudkan melindungi lebih 30 ibu muda yang ter___  dan anak-anak tidak sah taraf yang kini ditempatkan di Cheras, Selangor.

Dan sebagai menyokong apa yang diusahakan oleh Kobis Bunga, isteri saya telah membeli sebiji kek Princess dengan harga RM20 seperti diiklankan.
300 Kek Cantik Kobis Bunga Bantu Pertubuhan Rumah Kita

Saya ada kongsikan di group FB ... ramai juga yang nak datang tapi terlambat sebab 300 kek untuk jualan amal ini habis sebelum jam 12 tghari lagi. Memang betul-betul mendapat sambutan hangat ... kalau ikutkan program penjualan kek amal untuk bantu Pertubuhan Rumah Kita ni berakhir jam 1:00 petang.


Tengok gambar kek-kek cantik untuk tujuan jualan amal di bawah ni .. cantik kannn ....
300 Kek Cantik Kobis Bunga Bantu Pertubuhan Rumah Kita
300 Kek Cantik Kobis Bunga Bantu Pertubuhan Rumah Kita
300 Kek Cantik Kobis Bunga Bantu Pertubuhan Rumah Kita

Selain kek, ada juga benda lain dijual oleh rakan-rakan niaga Kobis Bunga antaranya lampin pakai buang jenama terkenal, selain kuih-muih dan beberapa barangan lain. Program murni ini turut mendapat kerjasama daripada jabatan kerajaan sekitar Parit Buntar dan juga sukarelawan.


Saya ucapkan tahniah pada kedai kek ni .. semoga rezeki akan bertambah melimpah ruah dan diberkati, terutama kepada pemilik Kobis Bunga yang merupakan antara usahawan wanita berjaya di Parit Buntar.

Inilah yang dikatakan formula rezeki berkat dan berpanjangan .. in Sha Allah.

Kredit Gambar: FB Puan Syafinas

Tanda-Tanda Demam Pokemon-Go Kembali

Adeh. Bijak sungguh pihak Niantic, syarikat yang melahirkan permainan Pokemon-Go ni .. Tahun 2017 Pokemon-Go sudah ada update baru. Untuk versi Android, sudah ada update versi 0.57.2; manakala untuk iOS ke versi 1.27.2. Ada banyak benda baru diperkenalkan dalam versi terkini awal tahun 2017 ini. Disebabkan ada benda-benda baru inilah, yang membuatkan demam Pokemon-Go sudah kembali.

Errkk .. opps .. mungkin demam Pokemon-Go tidak berlaku pada anda. Tapi dalam keluarga saya, masing-masing dah install semula Pokemon-Go dalam smartphone... termasuklah saya .. haha.

Tanda-Tanda Demam Permainan Pokemon-Go Sudah Kembali

Awalnya saya tak tahu menahu pun mengenai update terkini Pokemon-Go ini, tapi lepas terbaca beberapa update status pemain tegar game ini di Facebook, saya pun terpengaruh .. adeh.
Tanda-Tanda Demam Pokemon-Go Kembali
Lalu, saya pun install semula .. dan ntah macamana ... anak-anak saya turut tahu mengenai update terbaru ini. Nah .. ambik kau .. semua dah main semula Pokemon-Go.

Dah Mula Melukis Karektor Pokemon

Zikri, anak saya yang kedua .. dah mula balik melukis karektor-karektor dalam Pokemon-Go. Ada sahaja lukisan terhasil. Dan paling menarik ialah .. setiap lukisan yang dibuat tu ada peminatnya tersendiri.

"Abah .. tengok ni adik lukis Pokemon .." kata Zikri.
"Uhh main tekap ehhh?" tanya saya.
"Ihhhh tak la .. adik lukis sendiri la .. ikut dalam internet tu ... " kata Zikri dengan penuh yakin dan bangga ..
"Ye ke ni?" soal saya untuk lebih pasti.
"Iye la ... tanya Maira ..." meminta Maira; adiknya untuk klarifikasi.
"Betul Bah .. Abang Ngah lukis tengok tu .. internet je ... cantik kan Bah ..." kata Maira

"Haa ni Bah .. kawan adik tempah ... " kata Zikri lagi.
"Hah? Tempah? bayar ke?" tanya saya mengingatkan lagi kisah Zikri jual jajan dalam kelas sampai kena warning.
"Tak .. adik buat je ... " jawab Zikri.

Sah. Dah menular balik demam game Pokemon-Go ni. Malah, kat Taman Pinggiran Sungai Kerian pun dah nampak ada gelagat pemain Pokemon-Go yang sebelum ini dah sunyi sepi. Taman ni memang lokasi paling popular untuk pemain Pokemon-Go, sebab ada 3 Pokestop dan banyakkkk Pokemon liar.

Update Terbaru Pokemon-Go

Apa ada dalam versi update Pokemon-Go 0.57.2 ni?

Orait .. saya senaraikan; manalah tahu kot-kot ada pembaca blog ini yang berminat nak tahu .. huhu...
  1. Terdapat lebih 80 Pokemon baru dimasukkan.
  2. Pokemon sudah ada jantina. Kiranya setiap satu karektor Pokomen sudah ada jantan betina.
  3. Sudah ada mekanisma baru untuk cari Pokemon.
  4. Boleh pilih Poke Ball dan Berry semasa jumpa Pokemon.
  5. Ada dua jenis Berry baru
  6. Pemain boleh pilih avatar yang lebih smart dengan option baru.
  7. Tambahan mode-malam pada permainan.
  8. Tambahan muzik baru apabila terjumpa Pokemon.
  9. Ada bonus candy untuk Pokemon yang 'evolved'
  10. Dan beberapa lagi penambahan-baikan kecil untuk kestabilan dan juga paparan teks.
Sejak update baru ini diperkenalkan pada 16 Februari 2017, saya dan anak-anak dah rajin jenjalan ke taman bersama Pokemon-Go. Agak kesian pada Zikri sebab dia tak ada smartphone yang ada simkad, jadi tak ada connection internet. Manakala saya yang menggunakan WebeMobile pula tak boleh nak sharing internet-hotspot dengan Zikri melainkan kena bayar tambahan ..
[Baca] Saman RM300 Jika Main Pokemon-Go di Malaysia ......
Jadi, apabila Zikri nak main Pokemon-Go, smartphone isteri sayalah yang jadi mangsa ... huhu .. dan hanya boleh bermain selepas balik dari kelas Kafa jam 6:00 petang.

Bila dah jadi gitu, saya terpaksalah melayan karenah si Zikri nak mencari Pokemon ni .. sampai sanggup ikut terma dan syarat isteri saya tetapkan pada dia. Uhh sah .. demam Pokemon-Go dah si Zikri ni. Adeh .. dan dah jangkit pada saya ..

22 Februari 2017

Cara Nak Dapatkan Bil Webe

Ada pengguna WebeMobile yang tak tahu cara nak dapatkan bil Webe ehh? Ok, sebagai salah seorang pengguna Webe, saya nak kongsikan cara untuk dapatkan bil Webe ni. Penting untuk dijadikan rujukan dan manalah tahu kot-kot anda nak claim rebate GST ... dan juga claim cukai LHDN.

Ya, anda boleh claim untuk individual tax relief 2017. Kalau anda tak perasan, sesetengah telco ada beritahu perkara ini dalam bil terkini telefon anda, so perhatikan ye. Itu sebab saya kongsikan cara nak dapatkan bil Webe ni, sebab kalau dah boleh claim untuk pelepasan cukai pendapatan, kenalah simpan bil ini baik-baik.

Cara Nak Dapatkan Bil Webe Untuk Claim Pelepasan Cukai Pendapatan 2017

Cara Nak Dapatkan Bil Webe
Penyata bil Webe boleh anda dapat menerusi dua cara, iaitu menerusi laman web Self-Care Webe dan juga menerusi aplikasi Self-Care Webe yang boleh dimuat-turun secara percuma di Google App Store.

Untuk dapatkan bil Webe secara online menerusi Webe Self-Care .. ikut langkah berikut:

1. Login ke akaun Webe anda. Klik Sini
2. Masukkan email dan juga password anda. Klik butang 'login' yang tersedia.
Cara Nak Dapatkan Bil Webe

3. Pilih menu 'Self-Care - Bills' seperti ditunjukkan di bawah ini. Anda akan diperlihatkan butiran akaun utama anda. Untuk semakan bil lain, pilih di bahagian 'account type', dan nombor telefon Webe yang didaftarkan.
Cara Nak Dapatkan Bil Webe

4. Lihat pada senarai bil Webe anda. Klik 'View/Print' untuk paparkan butiran bil Webe untuk bulan tersebut, kemudian anda boleh cetak. Paparan bil Webe anda akan nampak seperti di bawah ini ..
Contoh bil atau penyata cukai Webe

Jika anda setakat nak semak bil Webe anda, anda boleh gunakan aplikasi Self-Care Webe sahaja. Menerusi aplikasi dalam smartphone, anda cuma boleh view sahaja, tak boleh nak cetak. Jadi, nak tak nak .. kalau anda nak dapatkan bil Webe dalam bentuk lebih detail, kena login ke laman web Webe Self-Care.
[Baca] Hasil Semakan Kelajuan Webe 4G LTE
Jika anda baru pertama kali nak login, pastikan anda daftar dulu. Bila daftar, anda mesti memasukkan alamat email yang betul, sama seperti semasa anda daftar untuk dapatkan Webe hari tu. :)

Ok. Semoga pengisian ini bermanfaat, khusus untuk pengguna WebeMobile.