Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Takut Betul Kalau Goreng Hati

Benda yang saya fikir agak bahaya kalau saya menggoreng. Hati. Hati tak kiralah hati ayam ke, hati lembu ke ... kalau menggoreng memang kena extra waspada. Saya takut betul kalau menggoreng hati di dapur.

Hati antara menu goreng yang saya suka. Ianya mudah. Kalau makan dengan berulamkan jantung cicah sambal belacan, perghh .. memang terbaiklah.
Takut Betul Menggoreng Hati Hati ayam memang sedap. Kalau kat Pasar Malam Parit Buntar, ia dijual secara cucuk, dengan setiap cucuk dijual antara RM2 - RM3. Untung banyak tu.

Selalunya, bila saya nak rasa makan Hati Goreng, saya akan terus ke pasar dan cari hati ayam yang kadangkala dijual berasingan dengan ayam bersih. Boleh juga didapati dengan mudah di pasaraya besar. Misalnya kat tempat saya, hati ayam boleh dibeli di Pasaraya Mydin.
Resepi Hati Goreng Saya jarang menggoreng hati secara 'bersendirian'; untuk menambah perisa pada Hati Goreng, saya akan tambah bawang besar yang dihiris halus bersama dengan potongan cili kering. Kalau …

Kerja Dari Rumah Jobdirumah

Kerja Dari Rumah dengan Jobdirumah. Terdapat banyak pekerjaan yang boleh didapati melalui internet. Kelayakan minimum untuk mendapatkan pekerjaan ini adalah pengetahuan asas komputer dan akses internet. Ramai yang suka kerja dari rumah kerana ianya fleksibel, dan paling best .. anda boleh buat kerja yang ada tahu dan suka.

Selain kerja dari rumah dengan iLancee yang pernah saya ceritakan sebelum ini, anda juga boleh kerja dari rumah menerusi Jobdirumah.
Kerja Dari Rumah menerusi Jobdirumah Dalam mendapatkan kerja dari rumah ni, keupayaan untuk mengikuti arahan adalah penting untuk melakukan kerja yang tepat dan cepat. Jika tersilap, anda mungkin akan mendapat pengalaman yang pahit dalam mendapatkan kerja dari rumah ini.

Tetapi, jika anda berjaya ikuti arahan dengan baik, in Sha Allah .. pendapatan dari kerja dari rumah, terutama daripada luarnegara akan menjadi sangat berbaloi. Bayangkan dengan satu kerja mudah, contohnya menaip dokumen tertentu, anda boleh dibayar sehingga USD20-USD…

Restoran Abang dan Keluarga Untuk Tempat Makan di Cameron Highlands

Kalau anda ke Cameron Highlands, saya syor anda untuk makan di sini - Restoran Abang dan Keluarga. Restoran ini terletak di Tanah Rata, seberang sungai yang memisahkan Terminal Teksi dan Bas Cameron Highlands. Anda boleh menikmati makanan dari pagi sampai ke malam di restoran ini.

Jika sebelum ini, saya pernah cerita mengenai Nasi Lemak Abang Strawberri yang terletak di Taman Sedia, Cameron Highlands .. kali ini saya nak beritahu mengenai tempat makan yang sedap di Cameron Highlands, terutama jika anda mencari tempat makan untuk tengahari (lunch).
Restoran Abang Dan Keluarga Untuk Lunch di Cameron Highlands Cameron Highlands sebenarnya memang mewah dengan restoran; tetapi agak malang sekali .. jika anda nak mencari makan lauk-pauk tengahari agak sukar sedikit.

Jika untuk sarapan, in Sha Allah tak sesusah mana sebab di Tanah Rata ada banyak kedai yang menjual sarapan pagi. Kalau tak pun, anda boleh ke Brinchang di mana ada banyak penjual nasi lemak dan kuih muih di tepi jalan. Untuk m…

Destinasi Cuti - Boh Tea Heritage Centre & Factory, Cameron Highlands

Lawatan Boh Tea Heritage Centre and Factory, Cameron Highlands. Siapa pernah datang ke tempat ni? Saya sudah kali kedua ke Boh Tea Heritage Centre and Factory ni. Kali pertama saya pergi dengan famili ketika baru ada Amri dalam keluarga.

Jika anda mahu lihat bagaimana teh Boh dihasilkan, destinasi cuti Cameron Highlands ini memang patut berada dalam senarai tempat menarik anda.
Destinasi Cuti di Cameron Highlands - Boh Tea Heritage Centre Factory Buat anda yang tidak tahu mengenai lokasi destinasi cuti Cameron Highlands ini, ianya terletak di Ringlet. Anda mungkin tak berapa perasan akan papan tanda Boh Tea Heritage Centre anda Factory ni, jadi bagi memudahkan anda .. anda hanya perlu lihat papan tanda Apitary Bee Farm. Ia satu lorong ... dan di puncak atau akhir lorong tersebut anda akan jumpa Boh Tea Heritage Centre and Factory ni, in Sha Allah.
Jadi Tumpuan Pelancong Asing Ramai juga yang datang dan melawat Boh Tea Heritage Centre and Factory di Ringlet ni. Antaranya adalah pelanco…

Seminar Hartanah Sarawak Abang Ensem

Seminar Hartanah Sarawak. Anda mahu ada ilmu berkaitan dengan hartanah? Anda mahu tahu cara-cara pelaburan yang betul dalam bidang hartanah? Saya ada peluang untuk anda dapatkan ilmu ini face-to-face dengan rakan yang berjaya dalam bidang ini, iaitu Abang Ensem atau nama sebenar beliau Meor Zaidee.

Ini peluang yang sangat baik memandangkan Abang Ensem memang terkenal dengan menganjurkan Seminar Hartanah Murah Tetapi Berbaloi.
Seminar Hartanah Sarawak 2017 oleh Abang Ensem Untuk permulaan tahun 2017, Abang Ensem mula mengorak langkah berkongsi ilmu hartanah dengan mereka yang mahu menceburi bidang pelaburan ini dengan menjelajah seluruh Malaysia.

Destinasi pertama untuk seminar hartanah yang dikelolakan Abang Ensem adalah di Sarawak. Jika anda tinggal dan menetap di Sarawak, jangan dilepaskan peluang ini untuk mengetahui segala rahsia untuk jana pendapatan menerusi pelaburan hartanah di Malaysia.
Info Berkaitan Seminar Hartanah Sarawak 2017 Berikut adalah info berkaitan seminar hartana…

Kami Dah Shopping Baju dan Kelengkapan Untuk Baby Baru

Semua pasangan mahukan anak. Malah ada pasangan yang sudahpun memiliki sederetan anak masih mahu lagi mempunyai anak. Anak adalah rezeki dan anugerah dari Tuhan. Apabila isteri saya memberitahu bahawa kami akan mendapat kehadiran cahayamata baru, saya rasa sangat teruja.

Alhamdulillah, sungguh tak sangka sebenarnya. Paling tak sangka ialah isteri saya dapat mengandung lagi walaupun kami sama-sama sudah berada di umur mencecah lebih 40an.
Dah Mula Shopping Baju Baru Untuk Baby Baru ....  Semasa mendapat berita gembira ini, ada rasa khuatir juga. Yelah, agak berisiko tinggi sebenarnya terutama buat isteri saya untuk mengandung baby baru. Memang ada kajian dalam kesihatan yang mengatakan sedemikian. Malah, kalau anda tanya mana-mana bidan kerajaan, mereka memang tidak menggalakkan si ibu mengandung pada usia melebihi 40 tahun.
Allah Tunjukkan Jalan Pada Kami ... Pun begitu, apabila ada rasa gusar di hati .. Allah tunjukkan jalan kepada kami berdua. Allah tunjukkan bahawa ramai antara sah…

Video Best - Money That Grandma Owes Me - TVC Maxis Chinese New Year 2017

Satu lagi TVC yang best untuk dilayan. 'Money That Grandma Owes Me' adalah iklan komersil (TVC) daripada Maxis sempena Tahun Baru Cina 2017. Sepertimana TVC daripada Petronas, iklan Chinese New Year 2017 daripada Maxis ini juga memberikan satu nostalgia peribadi pada diri saya.

Memang bijak sungguh Maxis menarik perhatian saya untuk tonton iklan Tahun Baru Cina 2017 dari awal sampai habis.
TVC Iklan Tahun Baru Cina 2017 Maxis Awal-awal iklan dah menarik .. apabila ia paparkan gelagat seorang cucu dengan neneknya. Si nenek bertanya .. apa cita-cita si cucu; cucunya jawab .. "Saya mahu jadi jutawan".

Dan aksi si cucu mencabut uban nenek terus imbau kenangan saya sewaktu kecil ....

Satu uban .. seposen. Wahh ini memang lejen ....

Dan bila lama-lama saya tonton TVC ini, saya rasa sedih, sayu dan sebak pula .. adeh. Anda kena tonton juga .. untuk tahu kenapa .. huhu.


Bila dah habis tonton, saya baru tahu .. bahawa iklan Maxis ini bukan sekadar nak memberikan mesej mengena…

Video Best - Iklan TVC Petronas Sempena Chinese New Year 2017

Anda dah tengok iklan TV (TVC) daripada Petronas sempena Tahun Baru Cina 2017 tak? Memang syok kan? Saya suka dengan iklan Petronas ini .. sebab ia kena dengan jiwa saya sebagai seorang rakyat negeri yang banyak lombong, kaki pancing dan ada pengalaman sendiri memancing di lombong-lombong tinggal sekitar negeri Perak.

Kalau anda belum tengok iklan terbaru Petronas sempena Tahun Baru Cina atau Chinese New Year 2017 ini, maka saya syorkan anda untuk layan dari awal sampai habis. Paling best mengenai iklan ini ialah ia ada dibawakan oleh sekumpulan kanak-kanak daripada pelbagai bangsa.
Video Iklan Petronas Chinese New Year 2017 Video iklan daripada Petronas sempena Tahun Baru Cina 2017 ini telah dimuatnaik di laman YouTube pada 24 Januari yang lalu, dan sehingga post ini .. video tersebut telah mendapat tontonan lebih daripada 500K views.

TVC Chinese New Year 2017 Petronas ini membawakan tajuk "It Came From A Tin Mine" berkisar mengenai seorang budak berbangsa Cina yang berbangg…

Tips Adsense - Cara Mudah Optimasikan Income

Rajin pula saya nak tulis mengenai panduan dan tips Adsense ni. Bukan apa, ramai betul yang tanya saya, ada yang hantar email, ada yang whatsApp, ada yang private message di FB, malah ada yang lebih berahi .. ehh berani .. telefon saya untuk tanya mengenai Adsense. Topik paling popular tentang Adsense ialah bagaimana nak optimasikan income dari Adsense ini.
Sebelum saya nak cerita panjang lebar dan berikan tips paling hangat mengenai Adsense ini, seeloknya saya buat penafian terlebih dahulu... hehehe. Ok, saya bukanlah Sifu Adsense, dan saya juga bukan pakar. Tetapi, saya ada beberapa pengalaman, selain perkongsian daripada blogger-blogger underground yang berjaya buat income puluhan ribu ringgit menerusi Adsense ini. Mereka mahu kekal underground tetapi ada niat untuk berkongsi cara dan teknik mereka secara percuma.
Cara Mudah Optimasikan Income Adsense Tips yang saya nak berikan ini adalah tips atau panduan Adsense paling mudah dan sebenarnya anda boleh dapat jika anda rajin godek

Kisah Adsense Perangi Scammer, Iklan Haram 2016

Saya nak kongsikan kisah dan fakta hangat mengenai cara Adsense memerangi iklan dan laman web haram, serta memerangi scammer di dunia internet. Saya mahu anda sedar bahawa inilah sebab kenapa ramai blogger Malaysia memilih Adsense untuk menjana income secara online, menerusi blog-blog milik mereka.

Fakta ini telah dikongsikan oleh Adsense menerusi blog rasmi mereka Inside Adsense baru-baru ini. Mari sama-sama singkap apa yang telah Adsense lakukan bagi memastikan iklan yang keluar di blog adalah yang terbaik, sesuai dan berkualiti.
Kisah Google Adsense Memerangi Scammer, Iklan Tak Sesuai dan Laman Web  Yang Melanggar Terma di 2016 Dunia internet yang bebas dan terbuka adalah sumber yang penting bagi orang ramai dan perniagaan di seluruh dunia. Dan iklan memainkan peranan penting dalam memastikan anda mempunyai akses kepada maklumat online yang tepat dan berkualiti.

Tetapi iklan yang tidak elok, tidak sesuai atau dengan kata lain Bad Ads boleh merosakkan pengalaman online untuk semua o…

Kecewanya RPP Cameron Highlands

Hari tu saya dah janji untuk ceritakan kepada semua mengenai percutian yang membuatkan saya hampa dan agak kecewa di RPP Cameron Highlands. Ok, dalam post ini saya nak cerita dan kongsi pengalaman tersebut kepada anda.

Untuk info, susah sebenarnya nak dapat tempah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ini. Jika anda ikuti tips yang pernah saya berikan sebelum ini pun, belum tentu anda akan dapat tarikh yang sesuai untuk menginap di rumah-rumah RPP. Al maklumlah, banyak permintaan.
Kenapa Saya Kecewa Menginap di RPP Cameron Highlands?Percutian awal tahun 2017 di Cameron Highlands. Kenapa saya rasa kecewa? Saya sebenarnya bukan kecewa pada pengurusan RPP ... tetapi saya kecewa pada mereka yang telah membuat onar pada RPP, lebih-lebih lagi di RPP Cameron Highlands ini.

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) adalah merupakan satu keistimewaan untuk penjawat awam dan pesara kerja kerajaan. Ia dibina untuk memberikan kemudahan pada penjawat awam menikmati penginapan dengan harga yang murah disampin…

Destinasi Cuti - Green View Garden Cameron Highlands

Destinasi cuti kali ini saya nak kongsikan mengenai satu tempat yang mungkin ada yang terlepas pandang. Destinasi cuti kali ini ialah Green View Garden yang merupakan salah satu tempat menarik yang ada di Cameron Highlands.

Saya baru-baru ini ke Cameron Highlands bersama famili sempena seminggu permulaan sekolah anak-anak saya - walaupun anak saya masih lagi dalam cuti MC 14 hari disebabkan demam campak .. haha.
Green View Garden - Tempat Persinggahan Pertama Jika ke Cameron Highlands Jika anda ke Cameron Highlands, bolehlah singgah ke tempat ini, iaitu Green View Garden. Ianya adalah hentian pertama yang akan anda nampak jika anda ke Cameron Highlands dari arah Simpang Pulai.

Dari luar memang anda takkan perasan ada taman. Anda perlu berhenti dan masuk ke sini. Cara mudah untuk anda kenal tempat dan lokasi destinasi cuti ini ialah Avant Chocolate. Aha .. dah boleh recall? Avant Chocolate adalah yang pertama perkenalkan produk chocolate di Cameron Highlands. Anda boleh nampak bangunan…

Kerja Dari Rumah Dengan Jual Produk Orang Lain

Ada pelbagai cara untuk kerja dari rumah. Salah satu cara untuk kerja dan jana pendapatan dari rumah ialah dengan menjual produk orang lain. Hmmm anda mungkin ingat saya perkatakan mengenai dropship .. hehehe.. .. tapi bukan. Saya ingin perkatakan mengenai cara lain, iaitu affiliate.

Kenapa saya suka kerja dari rumah dengan jual produk affiliate ini? Sebab ianya agak mudah pada pandangan saya. Dan paling best sebab income yang boleh saya terima amat tinggi, melebihi 50% daripada harga produk.
Kerja Dari Rumah Jual Produk Orang Lain Menerusi Program Affiliate Percuma Sebagai seorang house husband dan juga blogger sepenuh masa; saya tidak boleh kekal dengan satu sumber untuk jana pendapatan setiap bulan. Saya perlu ada banyak sumber agak pendapatan itu berterusan. Dan antara banyak cara dan sumber saya dapatkan income online ini adalah menerusi program affiliate.

Program affiliate adalah sebuah program percuma. Anda tidak perlu bayar apa-apa untuk sertai program ini. Menerusi program aff…

Buah Tangan atau Finger Citrus

Saya pasti ramai yang tidak pernah mengenali Buah Tangan. Buah Tangan sering disebut dalam peribahasa Melayu; yang bermaksud - 'pemberian atau barang yang dibawa pulang sebagai hadiah kepada kaum keluarga daripada perjalanan atau lawatan ke suatu tempat yang jauh. Hadiah yang dibawa apabila menziarah orang sakit atau saudara-mara atau sahabat handai'.

Tetapi, pernahkah anda lihat Buah Tangan yang sebenar? Rasanya tak ramai kot yang tahu rupa sebenar buah ini yang turut dikenali sebagai Finger Citrus.
Rupa dan Khasiat Buah Tangan SebenarBuah Tangan atau Finger Citrus ini saya temui semasa percutian saya bersama famili ke Cameron Highlands pada awal tahun 2017, iaitu seminggu selepas hari persekolahan sesi 2017 bermula. Ia sebenarnya secara tak sengaja semasa saya singgah di hentian Cameronian Tea CameronValley menghala ke Ringlet.

Saya pun terkejut bila ketahui wujudnya buah ini. Saya tak sangka rupanya Buah Tangan yang sering disebut dalam perumpamaan dan peribahasa Melayu …

Tips Adsense - Letak Iklan Cara Betul

Tips Adsense - Letak Iklan Cara Betul. Ramai blogger yang mempunyai akaun Adsense tidak tahu cara meletakkan iklan dengan betul. Sebenarnya, mengikut panduan Adsense yang diberikan oleh Google, anda perlu letakkan iklan Adsense pada tempat yang boleh dilihat dengan baik oleh pengunjung blog anda.

Namun, harus diawasi bahawa .. iklan tersebut mestilah tidak mendominasi paparan blog anda. Google Adsense masih pentingkan konten blog. Jadi, pastikan konten blog adalah keutamaan bila anda letakkan iklan Adsense ini.
Cara Betul Letak Iklan Adsense Ikut Format Diberikan Salah satu tips meletakkan iklan Adsense di blog adalah dengan meletakkan format atau saiz iklan yang betul di tempat yang betul. Sebagai contoh, anda tidak boleh letak iklan banner Adsense bersaiz 330 pada bahagian sidebar anda yang mempunyai had kelebaran maksima 300px. Ini akan membuatkan samada iklan Adsense anda tidak muncul atau iklan Adsense anda tidak terpapar sepenuhnya.

Contoh lain ...

Anda pilih iklan Adsense saiz …

6 Tips Untuk Membeli Rumah Dengan Modal Minima

Nak tahu tak tips untuk beli rumah dengan modal minima? Saya pasti ramai di kalangan kita nak tahu cara dan teknik beli rumah ni, apatah lagi buat anak muda yang sudah ada cita-cita untuk memiliki rumah sendiri. Al maklumlah, harga rumah sekarang, semakin tahun semakin naik melambung. Jika tak beli di usia muda, bila lagi?

Tips beli rumah dengan modal minima ini bukanlah idea penulisan saya, tetapi dikongsikan oleh seorang daripada mereka yang memang dah ada pengalaman membeli hartanah di usia muda. Anda boleh baca, dan cuba praktikkan tips pembelian rumah atau hartanah yang dimaksudkan.
6 Tips Membeli Rumah Dengan Modal Minima Dari Harith Faisal
Perkongsian mengenai teknik dan cara untuk beli rumah dengan modal minima ini disediakan oleh Harith Faisal, salah seorang daripada ikon dalam bidang hartanah di Malaysia, juga dikenali sebagai Hipster Hartanah Malaysia. Ia sangat sesuai untuk mereka yang sukar untuk membuat simpanan, dalam kes ini .. pastilah anak muda yang selalunya ghairah…

Percutian Awal Tahun 2017 - RPP Cameron Highlands

Sebelum ini saya kongsikan kisah Percutian Akhir Tahun 2016, dan mengenai peluang untuk anda mendapatkan tempahan bilik hotel murah sempena kehadiran tahun baru. Saya tidak terkecuali ambil peluang untuk dapatkan tempahan bilik hotel murah. Alhamdulillah, banyak juga diskaun yang telah saya terima menggunakan Agoda, Traveloka dan juga Trivago. Ini untungnya jika bertindak cepat bila ada promosi percutian awal tahun ... huhu.

Kali ini saya nak kongsikan pula mengenai percutian awal tahun 2017. Destinasi percutian pertama untuk tahun 2017 ialah Cameron Highlands. Dan kami telah memilih penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan, untuk 3 hari 2 malam.
Percutian Awal Tahun 2017 - RPP Cameron Highlands Percutian kali ini agak istimewa sebab kami telah menjemput dan mengajak dua rakan kami. Salah seorang daripada mereka adalah keluarga angkat atau pengasuh Maira ketika Maira masih lagi bayi. Dan keluarga kedua yang kami ajak adalah pasangan suami isteri yang mengusahakan bekam moden di Daru…