Agak lama juga saya tak kongsikan ilmu berkaitan SEO atau Search Engine Optimization ni. Sebenarnya, saya sendiri pun dah merasakan ilmu SEO yang saya ada sudah berkarat, dan menjadi tak berapa relevan dah dengan keadaan semasa sekarang. Banyak perubahan algorithma enjin carian yang tak terkejar oleh saya untuk dipelajari. Jenuh.

Pun begitu, ada beberapa perkara asas berkaitan SEO ini yang boleh diguna-pakai dalam mencapai hasrat untuk meroketkan trafik blog, atau paling tidak memastikan bahawa artikel dan blog post yang telah kita tulis dan terbitkan berada di dalam pengkalan data enjin carian.

4 Tips Untuk Tingkatkan SEO Blog

Tips Untuk Tingkatkan SEO Blog
Ramai dah blogger Malaysia yang tahu dan sedar akan kepentingan SEO ini. Dengan menggunakan teknik SEO yang betul serta tepat, ia akan mengoptimakan kandungan blog anda untuk mudah didapati oleh pencari maklumat dan juga enjin carian.

Tips Untuk Tingkatkan SEO Blog
Dengan kata lain, teknik SEO yang betul berkesan akan membolehkan enjin carian seperti Google dan yang lainnya mengindeks kandungan blog anda lebih mudah dan cepat, lantas mengkategorikan setiap entri yang ada agar mudah nanti untuk diberikan (papar) kepada orang yang mencari berkaitan topik-topik tertentu.

Hmm .. dan bestnya, teknik SEO ini tak perlu pun untuk anda menjadi seorang pakar SEO yang terbaik.

Pentingkah Teknik SEO?

SEO penting sebab sebagai blogger anda mahu orang yang mencari maklumat mendapat apa yang mereka cari menerusi blog anda. Dan untuk seorang usahawan online dan agen pemasaran, ia adalah cara paling ideal untuk membawa prospek baru ke dalam funnel pemasaran anda, dan mereka ini mungkin tidak sedikit pun tahu mengenai jenama produk anda.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah cara untuk memastikan kandungan blog dan laman web bisnes anda berada di tangga teratas enjin carian?

Sudah semestinya, seperti sebelum ini pernah saya sebut dan kata banyak kali ...  pastikan kandungan blog anda adalah yang terbaik, paling berkualiti, serta lengkap. Tiada cara lain. Tiada cara muslihat untuk memanipulasi enjin carian seperti Google. Enjin carian seperti Google ada algorithma yang cukup hebat yang boleh mengesan teknik salah SEO.

Dua cara untuk pastikan kandungan blog anda adalah yang paling mantap untuk enjin carian - panjang artikel (lengkap) dan terkini (dikemaskini).

Sebuah kandungan blog dengan satu entri lengkap yang panjangnya dalam 2.5k patah perkataan, pastikan akan menambat perhatian Google. Ia pastinya akan meletakkan entri blog anda itu di tempat teratas enjin carian. Kemaskini (update) blog dengan entri terbaru dan segar juga adalah kunci untuk memastikan ia berada dalam kedudukan terbaik di enjin carian. Paling cikai pun, sebolehnya terbitkan sebuah entri baru dalam seminggu, untuk mengelakkan blog anda kaku kepada Google.

Ok, tiga perkara ini penting:

  1. Hasilkan kandungan blog yang berkualiti tinggi.
  2. Sentiasa kemaskini blog dengan artikel segar dan terkini.
  3. Lakukan dan hasilkan entri baru secara konsisten.

Apabila anda sudah lakukan 3 perkara asas untuk SEO ini, maka anda boleh gunakan empat tips berikut yang boleh dan in Sha Allah akan membantu lagi blog anda meroketkan teknik-teknik SEO dalam blog anda.

1. Mulakan Dengan Kata Kunci-Kata Kunci (Keywords)

Kata kunci - samada perkataan atau ayat pendek yang akan muncul banyak kali dalam enjin carian. Kata kunci memainkan peranan yang tersangat penting dalam SEO. Namun, ia hanya sebahagian  daripada teknik SEO, dan dengan hanya gunakan kata kunci semata-mata, ia tidak akan membantu secara optima untuk pastikan blog anda merasai penangan teknik SEO sebenar.

Jika anda tak hasilkan sebuah entri yang berkualiti, banyak mana sekalipun kata kunci yang anda gunakan untuk 'memerangkap' enjin carian, ia tidak akan menentukan entri blog anda berada di dalam hasil enjin carian.

Kata kunci dihasilkan atau ditentukan apabila anda sudah ada idea tentang apa yang anda ingin tulis untuk blog post terbaru anda. Bina atau tulis blog post anda menerusi kata kunci ini. Untuk mencari kata kunci yang paling sesuai dan yang mampu meroketkan trafik blog anda ialah dengan menggunakan carian kata kunci (keyword search). Salah satu aplikasi yang dapat bantu anda mencari kata kunci sebegini adalah dengan menggunakan Google Keyword Planner.

Contoh - "Melaka"
Daripada apa yang anda boleh lihat, ada lebih 10k carian berkaitan kata kunci 'Melaka', dan variasinya boleh anda lihat di bawah ini. Maka gunakan variasi kata kunci ini untuk menulis entri blog anda.

2. Penggunaan Title Tags

Ia sebenarnya adalah tajuk (title) kepada blog post atau artikel yang anda tulis. Ia penting untuk SEO. Tajuk inilah yang akan muncul di dalam keputusan carian di enjin carian, malah tajuk ini yang akan kelihatan di laman sosial jika anda kongsikan url blog post anda di situ. Ia bukan sahaja satu tips paling kritikal untuk SEO, tetapi juga untuk pengalaman dan pemahaman pembaca/pengguna.

Anda kena pastikan bahawa tajuk ini bertepatan dengan isi kandungan blog post anda. Pastikan anda letakkan kata kunci dalam tajuk. Jangan lebih daripada 50 hingga 60 patah perkataan. Dan anda juga kena pastikan agar tidak menggunakan tajuk yang sama pada blog post yang lain. Jika secara tak sengaja, ada tajuk yang serupa ... apakata anda gabungkan sahaja isi kandungan blog post tersebut menjadi satu, atau cuba lebih kreatif dengan mengolahnya supaya tidak serupa 100%.

3. Deskripsi Meta

Ramai blogger yang tak perasan mengenai teknik ini. Ia adalah salah satu cara bagaimana anda untuk memberitahu secara ringkas mengenai apa kandungan blog post anda. Jika di dalam blogspot, anda boleh letakkan deskripsi mengenai isi kandungan blog post anda menerusi ruangan 'search description'.

Jika anda tidak letak, Google secara automatik akan mengambil samada perenggan terawal dalam blog post tersebut, atau mana-mana bahagian perenggan di dalam blog post yang mempunyai kata kunci carian oleh pengguna. Anda tentu mahu mereka mendapatkan maklumat yang betul bukan? Jadi, pastikan anda gunakan fungsi ini dengan cara terbaik. Ia bukan sekadar membantu untuk meledakkan teknik SEO blog anda, tetapi ia memberikan satu pengalaman yang bagus untuk pencari maklumat menerusi enjin carian.

Pastikan kata kunci untuk blog post tersebut berada di dalam deskripsi meta ini, jika anda mahu blog post anda cepat terindeks di enjin carian untuk kata kunci yang telah anda letakkan.

4. Pembinaan Backlink

Jika anda perasan, mana-mana blog yang telah lama wujud dan popular memang sangat mudah terindeks di laman enjin carian. Ketahuilah bahawa kekuatan blog-blog tersebut adalah terletak pada jumlah backlinks berkualiti yang diterima atau yang wujud.

Anda perlu membina seberapa banyak backlink untuk blog anda samada secara terus (am) atau secara lebih khusus seperti backlink kepada sesebuah blog post atau tajuk artikel. Ada dua jenis backlink yang perlu anda bina untuk blog anda, iaitu dalaman dan luaran.

Dalaman ini bermaksud anda membuat backlink terhadap sesama blog post anda - dengan syarat ia mesti dalam kategori yang sama, atau paling tepat mempunyai variasi kata kunci yang sama. Begitu juga dengan backlink luaran, anda perlu pastikan setidak-tidaknya ada satu atau dua backlink luaran di dalam blog post anda yang berkait dengan kandungan artikel anda. Paling bagus ialah, anda samada mendapat atau menerima backlink daripada blog lain yang telah lama wujud (domain berusia lebih daripada 3 tahun) atau laman web yang mempunyai autoriti tinggi seperti laman web berbentuk pendidikan (edu) dan kerajaan (gov).

Pembinaan backlink yang bagus bukan sekadar sangat penting untuk SEO, tetapi ia juga akan membantu pembaca blog anda mendapat lebih maklumat yang diperlukan, terutama apabila mereka mendapatkannya menerusi enjin carian. Keluar masuk trafik ke blog anda daripada sesuatu kata kunci itu secara kerap akan membolehkan blog anda mendapatkan autoriti berkaitan kata kunci tersebut di masa akan datang, yang memungkinkan artikel-artikel blog anda, kekal dan menjadi teratas dalam carian pengguna.

Okeh.

Simple sahaja kan? Ini semua adalah perkara asas dalam SEO, tetapi ia adalah yang paling penting dan paling berjaya untuk menaikkan ranking artikel blog anda di dalam enjin carian.

Jika anda mahu blog anda kelihatan unggul dalam enjin carian seperti Google, carilah kata kunci yang unik dan dapatkan autoriti untuk blog atau laman web anda. Gunakan 4 tips yang telah dikongsikan tadi, dan paling penting jangan lupa hasilkan sebuah artikel atau blog post berkualiti terbaik .. kerana akhirnya, kualitilah yang akan memberikan kesan mendalam kepada yang membacanya.


24 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asalamualaikum..memang hebat entri ni.terima kasih satu lagi SEO dari otai blog HH

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Terima kasih. In Sha Allah .. boleh cuba. Manalah tahu nanti trafik blog akan lebih mencanak-canak lepas aplikasikan apa yang diberikan.

      Padam
  3. Terima kasih atas perkongsian yang hebat ini.

    BalasPadam
  4. Mencari tips untuk newbie. Thanks perkongsiaan, bole menambah baik lagi penulisan lepasni :)

    BalasPadam
  5. secara kasarnya di Malaysia...sape buat dulu dia dihadapan page search google hehe..kene pandai main seo baharu boleh merangkak ke page depan

    BalasPadam
  6. Tips yang berguna, terima kasih kerana sudi kongsikan. Terutama untuk saya yang baru merangkak dalam dunia blog.

    BalasPadam
  7. wah best best tips. terima kasih bro HH :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama ... ambil masa panjang juga saya nak menulis ni ...

      Padam
  8. Tips dan panduan yg sgt bermanfaat. Masih bnyk lagi perlu saya pelajari. Thanks sharing tips sifu HH.

    BalasPadam
  9. bagus sangat!

    https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/12/12/tip-cukai-tahun-2018-siri-1-pengecualian-cukai-untuk-pendapatan-sewa/

    BalasPadam
  10. Terima kasih abg HH. Lama sudah tak bersiaran di blog hebat ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana masih sudi untuk datang dan baca tips blogging daripada saya.

      Padam
  11. Tips yang sangat praktikal.

    Terima kasih sifu HH.

    BalasPadam
  12. dah lama juga tak polished semula skill seo dari blog sifu saya ni, terima kasih atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat

    BalasPadam
  13. saya guna taktik kedua. Tag dan backlink

    BalasPadam
  14. kena guna juga teknik ni.. terima kasih HH ^^

    BalasPadam
  15. Saya nak cuba buat tips diatas nanti , terima kasih perkongsian.

    BalasPadam
  16. Perkongsian yang bole dijadikan rujukan.Terima kasih tuan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement