Dah teruja dengan bolasepak Final Piala Dunia FIFA 2018 Russia? Jika anda salah seorang peminat sukan bolasepak, pastinya anda nak tahu mengenai pasukan-pasukan yang layak untuk mara pada pusingan akhir Piala Dunia FIFA 2018 yang berlangsung dan dihoskan oleh negara Russia - automatik layak sebagai tuan rumah.

Perlawanan bolasepak unggul yang melibatkan enam benua ini akan melibatkan sebanyak 32 pasukan bolasepak antarabangsa bagi merebut gelaran pasukan terhandal dan terbaik dalam temasya sukan bolasepak kali ke 21 ini. Ia akan berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018.

Senarai 32 Pasukan Bolasepak Final Piala Dunia FIFA 2018 Russia

Senarai 32 Pasukan Bolasepak Final Piala Dunia FIFA 2018 Russia
Final Piala Dunia FIFA 2018 di Russia ini bakal menyaksikan sebanyak 20 pasukan kembali menghangatkan perlawanan sejak pasukan-pasukan ini beraksi kali terakhir dalam final Piala Dunia 2014. Ini termasuklah juara bertahan Final Piala Dunia 2014 iaitu Jerman.

Dua pasukan baru yang pertama kali akan beraksi di dalam final Piala Dunia FIFA adalah pasukan bolasepak dari negara Iceland dan juga Panama.

Stadium Luzhniki - Venue Akhir Piala Dunia 2018 di Russia
Sebanyak 64 perlawanan akan berlangsung melibatkan 12 lokasi atau stadium, yang bakal melibatkan sebanyak 11 bandar di Russia. Perlawanan akhir pula akan berlangsung pada 15 Julai 2018 di Stadium Luzhniki di Moscow.

Senarai Penuh 32 Pasukan FIFA World Cup 2018 Russia

  • RussiaRussia






Apakah pasukan pilihan anda dalam Piala Dunia FIFA 2018? Atau adakah pasukan kegemaran anda sudah tidak lagi berada di dalam senarai 32 pasukan yang akan bertanding dalam final Piala Dunia 2018 Russia ini? Huhu .. kongsilah sikit perasaan tu kat ruangan komen ye. .. :P

Untuk lebih info dan sumber - http://www.fifa.com/worldcup/



1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement