Amalan berbarut untuk bayi adalah amalan tradisional masyarakat Melayu. Amalan ini dibuat dengan tujuan untuk mengelakkan bayi terkena kembung perut. Perut bayi akan dipakaikan atau dibalut dengan kain tebal tetapi lembut dan diikat dengan kemas agar tidak mudah tertanggal.

Saya dan isteri antara ibu bapa yang masih lagi mengamalkan pemakaian barut untuk bayi. Bayi kami, Hasif Najmi dipakaikan barut seawal usia satu hari. Jika dulu, tali atau kain barut diperbuat daripada kain putih daripada kapas tetapi kini dah ada kain barut moden yang bercorak.

Amalan Memakai Barut Pada Bayi - Apa Kelebihannya?

Selalunya amalan memakai barut pada bayi disekalikan dengan pemakaian bedung bayi. Anak-anak saya ketika seawal usia sehari memang akan dipakaikan barut dan dibedung.

Pakai Barut Untuk Bayi Baru Lahir
Bedung bayi... hmmm ... Jika dilihat, memang nampak macam tak selesa je untuk si bayi tetapi sebenarnya, itu adalah keadaan yang menyamai keadaannya di dalam perut ibu. Bayi akan mudah tidur jika dibedung, dan ia juga untuk mengelakkan tubuh bayi daripada terkena kejutan perubahan suhu memandangkan tubuh bayi masih dalam proses mengenal keadaan sekeliling.
[post_ads]
Sama seperti barut, bedung pun dah banyak jenis, malah ada yang berfesyen. Jadi, kalau nak bawa bayi keluar rumah terutama untuk ke klinik ibu dan anak, tak perlu susah payah nak tukar baju bayi .. terus je bawa dalam keadaan berbedung tu.

Kelebihan Memakai Barut Untuk Bayi Baru Lahir

Kenapa bayi perlu dipakaikan barut? Amalan tradisi ni mesti ada manfaatnya ye tak?

Kelebihan Pakai Barut Untuk Bayi Baru Lahir
Ramai ibu bapa yang tahu bahawa amalan memakaikan barut adalah untuk mengelakkan bayi daripada terkena kembung perut atau perut dipenuhi dengan angin. Namun, ada beberapa kelebihan lain yang ingin saya kongsikan kepada anda semua.
  • Bertujuan untuk memelihara perut bayi (bahagian dada dan kebawah) yang masih lembut.
  • Untuk mengelakkan tali pusat bayi yang masih belum tertanggal dari dimakan serangga atau terkena jangkitan kuman.
  • Mengelakkan bayi terkena kembung perut.
  • Bayi akan  merasa lebih selesa apabila perut terasa kedap ditutupi kain barut.
  • Ia juga akan percepatkan tali pusat bayi kering dan tertanggal, dan mengelakkan tali pusat yang telah tertanggal jatuh merata.
  • Elak bayi dari terdedah kepada perubahan suhu mendadak.
Mungkin akan ada yang mempunyai soalan - sampai bila nak pakaikan barut pada bayi?
[Baca Juga] Apa Harus Ada Dalam Beg Kecemasan Ibu Mengandung?
Aha .. tak ada had tempoh. Sebenarnya lebih lama pakai lebih baik untuk bayi. Ia sama konsep macam memakai bengkung pada ibu yang baru lepas bersalin atau korset untuk wanita yang mahu bertubuh ramping. Ia tidak merbahaya, malah boleh memberikan banyak manfaat jika dipakai lebih lama.
[post_ads_2]
Anak-anak kecil memang mudah kembung perut, jadi menjadikan amalan memakai barut sehingga usia lebih setahun boleh membantu untuk mencegah berlakunya masalah ini.

Barut dah ada pelbagai jenis, dan ada di antaranya memang boleh dipakai untuk bayi sehingga usia setahun. Ada tali pengikat boleh laras, dan ada juga kain barut yang menggunakan perekap. Kainnya juga lebih lembut dan selesa untuk bayi. Ia juga hadir dalam pelbagai corak menarik .... huhu ...

Jika anda bakal menimang cahayamata, sediakan kain barut ini dalam 5-6 helai untuk memudahkan anda. Jangan lupa juga dengan kain bedung untuk bayi ye .. :)


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ibu bapa zaman moden ni wajib tahu pasal pakai barut kat baby ni. benda ni bukanlah ortodoks atau ketinggalan zaman. tapi ada manfaat dan kebaikannya jugak kat baby :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement