"Chizza Dari KFC Memang Sedap" - Komen Anak-Anak

Sedapnya Chizza dari KFC. Begitulah komen anak-anak saya selepas pertama kali merasa makan Chizza daripada KFC. Menu baru ini merupakan tarikan terbaru di KFC. Ia adalah daging ayam goreng rangup leper (fillet) yang diletakkan bahan-bahan seperti apa yang ada di atas pizza.

Satu menu yang agak unik, dan Chizza dari KFC Malaysia ini adalah sedikit berlainan dengan apa yang telah diperkenalkan di Singapura - dengan nama yang sama. Kesedapan pada Chizza ini telah memudahkan ia menjadi antara menu kegemaran ramai dalam masa yang singkat.

Chizza Dari KFC Memang Sedap - Kata Anak-Anak Saya

Chizza Dari KFC Memang Sedap
Chizza dilihat seperti pizza comel yang lari dari kebiasaan pizza biasa. Tiada roti, 100% daging ayam empuk yang digoreng garing bersama herba dan rempah istimewa KFC. Di atas daging ayam ... diletakkan apa yang sering diletakkan di atas pizza biasa, iaitu potongan nenas, bawang, herba, dan paling best sekali adalah keju mozarella yang kenyal. Aha .. keju itulah yang jadi penarik untuk Chizza ini.
[post_ads]
Anak-anak saya gemar makan ayam, begitu juga dengan keju. Jadinya, kombinasi yang ada pada Chizza ini memang sesuailah dengan selera mereka. Baru sahaja merasa .. terus rasa suka, dan tanpa ragu-ragu mengatakan pada saya ... "Chizza dari KFC ini memang sedap!".

Chizza Dari KFC Memang Sedap
Chizza Dari KFC Memang Sedap
Kanak-kanak memang akan suka dengan apa yang diperkenalkan oleh KFC Malaysia ini.

Jika anda belum mencuba lagi Chizza ini, bolehlah terus ke mana-mana outlet KFC untuk merasai kesedapannya. Hanya mencuba sekadar nak tahu rasa .. :)

Saya tak pasti samada menu ini menu bermusim (terhad) atau ia akan menjadi menu kekal di KFC; mungkin selepas ini anda boleh mendapatkannya samada secara dine-in atau take-away. Ia juga ditawarkan dalam menu delivery KFC.

Fakta Perlu Tahu Sebelum Anda Makan Chizza

Oh ya, ada beberapa perkara untuk anda tahu juga pasal Chizza ini selain apa yang telah saya beritahu di atas tu. Ini fakta yang patut anda hadam apabila makan Chizza dari KFC ini ... huhu..
  • Ia adalah kepingan ayam goreng hot & spicy KFC diletakkan sos, keju, bawang, nenas. Ya ayam dengan bahan-bahan pizza biasa. Faham maksud saya?
  • Tiada roti yang merupakan serat sangat baik untuk badan. Sekali lagi, ia adalah kepingan ayam yang digoreng dalam minyak panas yang banyak.
  • Ia bukan makanan yang sesuai untuk kesihatan.
  • Saiznya kecil sahaja, tak berapa sesuai untuk hidangan seorang dewasa yang mahu makan kenyang dengan apa yang dibayar. Hanya sesuai untuk kanak-kanak yang mahu menggemukkan badan.
[post_ads_2]
Hehehe... saya bukan nak spoil apa yang dah anda fikir dalam kepala otak .. tapi mungkin perlu tahu juga beberapa perkara untuk elak rasa kecewa nanti. Yelah, pandangan dan pendapat tak sama, begitu juga dengan rasa serta selera.

Cuma itulah, tak cuba takkan tahu ... ye tak?

Post a Comment

3 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Ana dah cuba chizza ni. Pendapat peribadi ana sedap lah juga rasa dia. Satu chizza tu dah boleh buat ana kenyang. Mungkin sebab rasa muak cheese tu kot. Tapi tak sampai rasa nak repeat beli lagi setakat ni.

    ReplyDelete
  3. Rasa nak cuba.. tapi tak tau kalau berbalaoi atau tidak..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.