Beli VR Box murah menerusi Lazada. Hari tu, semasa saya dan isteri bawa anak-anak jenjalan sekitar Alamanda Putrajaya bersama adik ipar, ternampaklah satu booth yang sediakan servis 'main' VR Box. Anak-anak saya yang nampak benda tu, terus teruja nak mencuba.

Pada awalnya tu, saya dan isteri agak keberatan nak berikan kebenaran untuk anak-anak merasai apa itu VR Box. Tetapi selepas dah kawtim harga dengan pekerja di situ, saya dan isteri setuju benarkan anak-anak merasai kehebatan teknologi VR Box ini.

Dah Merasa VR Box, Anak-Anak Minta Beli Satu Set

Beli VR Box Murah di Lazada
Beli VR Box Murah di Lazada
Seronok kata anak-anak saya. Mereka kata visual yang mereka nampak menerusi VR Box seolah-olah hidup di depan mata mereka. Saya perasan juga benda ni, apabila lihat gelagat dan reaksi mereka ketika mencuba VR Box di ruang legar Alamanda tempoh hari.

Maka, nak dijadikan cerita .. kesan selepas mereka mencuba VR Box ni ....

"Abah .. beli la VR Box tu..." tanya Zikri.
"Ishh tak nak la .. mahal la .. abah mana ada duit sangat nak beli VR Box" kata saya.

Kecewa bila dengar jawapan daripada saya.

Tanpa pengetahuan, Zikri dengan Maira telah masuk ke laman web Lazada Malaysia. Mereka cari VR Box. Dan mereka jumpa !!

Harga VR Box di Lazada Cuma RM10 Sahaja

Harganya cuma RM10 sahaja. Uhh murah. Macam tak percaya pula harga sebuah VR Box cuma RM10 sahaja.

Apabila Zikri dan Maira dah tahu harga VR Box cuma RM10, maka terus mereka approach isteri saya untuk dapatkannya di Lazada Malaysia. Taktik merayu dengan penuh syahdu telah berjaya .. haha .. isteri saya tanpa ragu-ragu terus beli satu set VR Box daripada laman web shopping online popular Lazada ini.

Pesanan yang dibuat, tiba dalam tempoh yang cepat. Dalam masa sehari sahaja, VR Box yang dipesan dah sampai depan rumah. Uhh seronoklah anak-anak saya bila dah dapat VR Box. Buka kotak, terus mencuba.

VR Box yang dibeli dari Lazada Malaysia ini cuma set simple sahaja. Perlu gunakan smartphone tertentu untuk merasai pengalaman visual VR. Nasib baik smartphone Oppo R9s saya boleh digunakan untuk VR Box ini.

Beli VR Box Murah di Lazada
Beli VR Box Murah di Lazada
Anak-anak seronok bermain dengan VR Box ini. Video VR mudah dan senang didapati di YouTube. Cuma VR Box ini tak dapat nak guna untuk bermain permainan VR. Setakat nak tengok sedutan dari filem-filem box office bolehlah. Tapi, tetap menyeronokkan kerana ia memberikan satu visual yang penuh kelainan - maklumlah Virtual Reality.

Hmm .. adalah dalam seminggu kot anak-anak saya main VR Box ni. Lama-lama mereka rasa bosan dah. Saya pula ... beli satu lagi set VR Box dek kerana harganya yang murah. Jadinya, sudah ada dua set VR Box di rumah. Tujuannya adalah untuk elakkan Zikri dan Maira berebut VR Box yang dibeli oleh isteri saya.

Pengalaman Main VR Box di Rumah
Dah ada VR Box ni, bolehlah anak-anak merasai teknologi Virtual Reality ni di rumah. Walaupun tak dapat merasai 100% kelebihan VR tetapi mereka dah tahu apa itu VR, uhh jadilah. VR Box harga RM10 je pun .. huhu.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wahhh...betul ker? murah tuuu... boleh beli jugak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Ramai dah kawan2 dari kalangan blogger yang beli VR box rega Rm10 ni

      Padam
  2. dah murah VR ni. masa mula2 keluar dulu bukan main mahal lagi

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Ya, memang murah .. tu beli satu lagi selepas terima barang ni

      Padam
  4. Bukan je kat Lazada bang HH. Kat kedai gadjet sekitar KL pun boleh dapat harga RM10 ni dah pun ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ke .. hmm nampak benar saya dah lama tak gi kedai gajet kat luar tu .. semuanya online je skrang.

      Padam
  5. ye ke...nak beli lah jugak. ada lagi ke tak ni. ni baru 'believe it or not'.

    BalasPadam
  6. Aku punya nie dah jahanam dikerjakan oleh anak-anak T-T

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement