Ada masalah keguguran rambut? Keguguran rambut adalah masalah normal bagi semua wanita especially untuk individu yang bertudung. Ramai wanita sanggup melabur wang dengan jumlah besar semata-mata untuk membeli produk-produk syampu mahal, tonik rambut, serta pergi membuat rawatan di salon.

Namun, malangnya masalah keguguran rambut masih tidak dapat diselesaikan. Rugi. Tak berbaloi, habiskan banyak wang tetapi masalah tidak selesai. Jadi, saya nak kongsikan sedikit tips untuk wanita-wanita yang ada masalah keguguran rambut ini.

Tips Penjagaan Rambut Wanita Sering Gugur

Tips Penjagaan Rambut Wanita Sering Gugur
Ok. Saya harap tip-tip di bawah berkaitan masalah keguguran rambut dapat membantu. Ia mungkin tidak mampu nak selesaikan masalah 100% tetapi tak salah mencuba. Aha .. jom sama-sama lihat cara terbaik bagaimana untuk mengurangkan dan menghalang masalah ini. Moga masalah ini tidak terus menghantui anda.

Jangan Kerap Sikat Rambut

Tips Penjagaan Rambut Wanita Sering Gugur
Ehemm .. anda dah boleh sedar, bahawa rambut anda sangat mudah luruh dan gugur, jadi janganlah kerap sangat menyikat rambut. Semakin anda kerap menyikat, maka semakin cepatlah rambut anda menjadi botak! Seandainya anda menyikat rambut, sila pastikan jangan merentap rambut terlalu kuat.

Cara menyikat yang disyorkan ialah genggam sebahagian rambut lalu pegang di bahagian tengahnya dan sikat penghujungnya dulu, barulah kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah. Aha .. ingat petua ni ye. :)

Guna Sikat Bergigi Jarang

Ada banyak jenis sikat. Saya pernah kongsikan kepada anda sebelum ini. Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal. Sayangkan rambut cantik anda, maka pergi cari sikat seperti ini.

Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu

Tips Penjagaan Rambut Wanita Sering Gugur
Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika anda menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi. Tapi ingat ye, gunakan sikat yang sesuai tadi ... :)

Tocang Rambut Sebelum Tidur

Mungkin ramai wanita tak tahu mengenai tips ni. Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur. Jadi, jika kebiasaannya anda lepaskan rambut ketika nak tidur, maka bolehlah ubah dengan tips ini.
[Baca Juga] 9 Tips Untuk Rambut Cantik Bagi Wanita Bertudung

Makan Makanan Tinggi Protein

Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut disekalikan dengan faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut!

Nak rambut yang sihat, maka kena jaga pemakanan. Tak mahu rambut gugur terlalu banyak, pastikan anda makan makanan yang ada protein tinggi.

Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut

Tips Penjagaan Rambut Wanita Sering Gugur
Kebanyakan wanita terutama selepas mandi, akan gunakan pengering rambut untuk cepatkan proses pengeringan rambut yang basah. Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara.

Jika nak cepat sekalipun, gunakan tuala kering dan lap dengan lembut, caranya sama seperti anda menyikat rambut seperti diberitahu awal tadi.

Berhenti Warnakan Rambut

Ini khas untuk wanita yang tidak bertudung atau tidak memakan hijab. Sudah-sudahlah buat perkara yang tak berikan manfaat ini. Buat apa nak warnakan rambut? Hmm .. Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar.

Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’. Nak cantik tetapi janganlah perlu korbankan kesihatan rambut anda. Tak berbaloi weihh ..  nanti dah botak, anda nak warnakan apa lagi dah?

Minum Banyak Air Putih

Air adalah kehidupan. Air penting. Minumlah 4 hingga 8 gelas air sehari. Dengan meminum air terutama air putih ia akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya cepat tumbuh!

Pakai Minyak Kuatkan Rambut

Tips Penjagaan Rambut Wanita Sering Gugur
Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala.
[Baca] Resveratrol Sebagai Penawar Diabetes

Jangan Ikat Terlalu Ketat

Layan rambut anda dengan baik. Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakkan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari

Ada kata, nak rambut sentiasa sihat, perlu basuh dengan kerap untuk hilangkan kotoran. Ehemm ... untuk anda yang ada masalah keguguran rambut, ia mungkin boleh memudaratkan.

Ada masalah rambut gugur, maka basuh rambut anda itu 4 hingga 7 hari sekali. Kekerapan mencuci dan membasuhnya membuatkan keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala.

Dan ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja ye? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.

Semoga sedikit perkongsian tips panduan ini dapat memanfaatkan wanita yang ada masalah keguguran rambut. Jangan lupa kongsi apa yang anda tahu ini pada orang lain ye.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Minum banyak air putih ternyat berkesan. Banyak khasiat air putih ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Orang dulu-dulu banyak minum air putih, tu sebb ramai yang kesihatannya baik, dan panjang umur.

      Padam
  2. Rambut mahkota wanita, walaupun bertudung penjagaan rambut perlu diambil perhatian.. Good info Tuan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement