Webe Promotion

25 Tips & Perkara Perlu Tahu Mengenai Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan

Tips dan Perkara Perlu Tahu Sebelum Membuat Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) - Cara Tempahan, Peraturan, Pulangan Wang, Harga Penginapan

Ramai juga yang email saya bertanyakan mengenai proses-proses tempahan secara online untuk penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) di bawah SBBPH. Walaupun saya pernah tulis sebelum ini, namun mungkin ada beberapa perkara yang saya lupa nak sebutkan, apatah lagi apabila pekeliling baru dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

In Sha Allah, di dalam post ini .. saya akan kongsikan beberapa tips tambahan untuk menempah bilik dan rumah penginapan di RPP ini. Saya juga akan kongsikan beberapa perkara penting yang akan bantu anda dalam proses membuat tempahan RPP ini.

Tips dan Perkara Perlu Tahu Sebelum Membuat Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands
Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
25 Tips & Perkara Perlu Tahu Mengenai Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan
Untuk makluman, di bawah seliaan Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah (SBBPH), terdapat sebanyak 6 RPP Kategori Premier, 7 RPP Kategori Eksekutif dan 6 RPP Kategori Transit. Kesemua RPP ini boleh ditempah oleh kakitangan awam termasuklah pesara kerajaan berdasarkan gred gaji dan kategori jawatan.

Tempahan untuk Rumah Peranginan Persekutuan termasuk Rumah Transit hanya boleh dilakukan secara online menerusi laman web SBBPH sahaja. Manakala, tempahan menerusi telefon telah dimansuhkan dan tempahan secara walk-in hanya dibenarkan seandainya terdapat kekosongan pada hari penginapan.

Tips dan Perkara Perlu Tahu Sebelum Membuat Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Ok, saya ringkaskan kepada anda supaya mudah untuk anda faham berkaitan proses tempahan RPP ini ye.
  1. Tempahan RPP hanya boleh dibuat secara online di laman web SBBPH Online. Tidak kiralah anda Jusa A ke Jusa B ke, pegawai pengurusan atasan ke, pegawai bawahan ke, pesara ke ..  semua tempahan untuk penginapan di bawah SBBPB hanya boleh dibuat secara online.
  2. Tempahan online RPP adalah berdasarkan kelayakan dan gred. Ini bermakna bukan semua lokasi dan kategori RPP ini boleh ditempah. Misalnya untuk RPP kategori Premier, kebanyakkan lokasi RPP seperti RPP Premier Cameron Highlands dan RPP Premier Fraser Hill diberikan untuk Jusa dan gred 41 ke atas sahaja. Manakala untuk RPP kategori Eksekutif seperti di RPP Cameron Highlands dan RPP Fraser Hill ianya terbuka oleh semua gred. Anda boleh lihat pada senarai RPP yang saya berikan di akhir post ini.
  3. Kesemua RPP diuruskan oleh pihak SBBPH kecuali RPP Eksekutif Langkawi dan RPP Eksekutif Port Dickson yang dikendalikan oleh operator luar. Manakala tempahan penginapan RPP di United Kingdom diuruskan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri.
  4. Tempahan RPP oleh pihak anggota badan berkanun boleh dipertimbangkan, tertakluk dengan kekosongan yang ada selain perlu memohon 7 hari lebih awal sebelum menginap.
  5. Pesara kerajaan juga boleh dan layak untuk memohon dan menempah penginapan di RPP. Kelayakan adalah diambil berdasarkan kepada gred jawatan terakhir sebelum persaraan. Walaubagaimanapun, waris atau balu tidak layak untuk memohon tempahan RPP ini.
  6. Setiap permohonan hanya layak 3 kali setahun sahaja. Ini bermakna anda boleh buat tempahan online RPP sebanyak 3 kali dalam setahun - tidak kira lokasi dan kategori RPP yang anda pohon. Untuk tarikh tempahan tahun 2018, boleh rujuk post ini - Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) tahun 2018. Jika nak lebih daripada itu, anda boleh cuba tetapi ia tertaluk kepada pertimbangan pihak pengurusan.
  7. Tempahan secara walk-in dibenarkan untuk RPP Eksekutif sahaja, itupun jika terdapat kekosongan. Pun begitu, untuk RPP Eksekutif di bawah kendalian operator dilantik, harga penginapan untuk walk-in adalah berdasarkan harga atau kadar semasa operator berkenaan.
  8. Boleh memohon untuk lanjutan penginapan di RPP, tetapi tertakluk dengan kekosongan.
  9. Pembayaran untuk tempahan RPP hanya boleh dilakukan menerusi dua cara, iaitu secara online (fpx) dari laman web SBBPH dan keduanya secara tunai di mana-mana kaunter pusat pembayaran Bahagian Pengurusan Hartanah. Resit perlu disimpan sebagai bukti bayaran dan juga untuk tuntutan wang pembatalan (jika perlu/ada).
  10. Bayaran penuh untuk semua tempahan online RPP perlu dilakukan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh tempahan diluluskan. Tempahan dianggap batal jika pihak SBBPH tidak menerima sebarang bayaran penginapan dalam tempoh tersebut.
  11. Tempahan yang dibuat dalam tempoh kurang 7 hari dari tarikh menginap, bayaran perlu dijelaskan dalam masa 48 jam selepas kelulusan diterima.
  12. Untuk mereka yang menempah secara walk-in, bayaran perlu dijelaskan segera ketika mendaftar di kaunter RPP berkenaan. Peraturan ini juga terpakai kepada mereka yang mahu pelanjutan tempoh penginapan semasa.
  13. Setiap permohonan yang lulus akan dikenakan deposit sebanyak RM50. Wang ini akan dikembalikan dalam tempoh 30 hari selepas tarikh menginap dengan syarat tiada kerosakan atau kehilangan barangan atau peralatan dalam RPP yang diinap. Ia akan dimasukkan ke dalam akaun bank seperti dinyatakan dalam laman web tempahan SBBPH (bahagian profile).
  14. Jika anda tiba-tiba tidak dapat menginap di RPP pada tarikh tempahan, anda boleh memohon untuk membuat pulangan wang tempahan, dengan syarat pembatalan permohonan perlu dilakukan 14 hari sebelum tarikh menginap menerusi laman web SBBPH. Namun, untuk memperoleh wang tempahan dikembalikan, satu surat rasmi perlu diajukan kepada SBBPH dengan menyatakan sebab tempahan dibatalkan atau boleh hubungi hotline SBBPH.
  15. Bayaran balik wang tempahan anda cuma 50% daripada keseluruhan kadar sewa atau minima RM50 (mana lebih tinggi). Anda tidak akan dapat wang penuh untuk tempahan yang dibatalkan.. jadi fikir dahulu sebelum anda menempah.
  16. Bayaran balik wang tempahan tidak akan diberikan balik sekiranya:
    • Pembatalan tempahan dibuat kurang daripada 14 hari dari tarikh menginap
    • Pemohon kurangkan tempoh penginapan yang telah diluluskan kurang daripada 14 hari dari tarikh menginap
    • Pemohon tidak hadir atau tidak daftar masuk ketika tarikh penginapan.
  17. Walaupun begitu, jika anda ada urusan rasmi pada tarikh tempahan/penginapan yang tidak boleh dielakkan, dan ianya berlaku kurang daripada 14 hari daripada tarikh menginap, anda boleh ajukan surat rasmi dengan menyertakan dokumen sokongan untuk membolehkan anda menerima kembali wang tempahan - 50% yang ditetapkan; dialamatkan dan diajukan kepada SBBPH.
  18. Had tempoh penginapan di RPP yang dibenarkan untuk semua gred jawatan adalah 7 hari untuk RPP dalam negara, dan 14 hari untuk RPP luar negara.
  19. Masa daftar masuk ke RPP ialah dari jam 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Jika anda terpaksa lewat, sila maklumkan pada RPP berkenaan akan kelewatan anda. Waktu daftar keluar pula adalah pada jam 12:00 tghari.
  20. Bayaran ganti rugi akan dikenakan kepada mana-mana penginap di RPP sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan pada peralatan, perabot, dan apa juga kemudahan yang ada seandainya disebabkan oleh kecuaian atau kelalaian tetamu yang menginap.
  21. Mana-mana penginap yang didapati melakukan sebarang kesalahan serta kerosakan di RPP akan disenaraihitamkan. Laporan akan dihantar ke ketua jabatan masing-masing.
  22. Semua penginap adalah tertakluk pada peraturan di setiap RPP. Ada sesetengah RPP yang tidak membenarkan anda untuk memasak, manakala ada RPP yang menyediakan kemudahan untuk memasak. Jadi, sila ambil perhatian mengenai peraturan ini. 
  23. Pemohon perlu hadir semasa tarikh menginap (check-in). Jika tidak boleh, pasangan pemohon dibenarkan untuk gantikan tempat pemohon dengan menyertakan dokumen sokongan.
  24. Jumlah penginap adalah tidak ditetapkan secara khusus kecuali pada sesetengah RPP yang dikendalikan operator luar. Contohnya RPP Cameron Highlands, secara daftarnya, boleh masuk sehingga 3 buah keluarga (3 parkir khas disediakan).
  25. Jika anda seorang penginap yang bagus dan mempunyai rekod yang baik, anda akan menerima cenderahati khas daripada pegawai yang menjaga RPP tersebut. Kami dah beberapa kali dapat cenderahati khas tau .. hehehe ... :)

Kenapa Ramai Kakitangan Awam Mahu Tempah RPP?

Mengapa ramai yang mahu menempah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ini? Ini adalah kerana harganya yang sangat berpatutan dan sesuai untuk penginapan berfamili. Saya sendiri telah banyak kali merasai pengalaman menginap di kebanyakan RPP dalam negara. Semua RPP adalah selesa, dan ada di antaranya sangat luas sehingga boleh memuatkan lebih daripada 5 buah keluarga dalam satu-satu masa.

Kenapa Ramai Kakitangan Awam Mahu Tempah RPP?
Kenapa Ramai Kakitangan Awam Mahu Tempah RPP?

Selain itu, ada kemudahan lengkap seperti meja makan, dapur, peti ais besar, sofa, tv satelit, wifi dan macam-macam lagi termasuklah ruang parkir persendirian (bergantung pada kategori dan lokasi RPP).

Harga Sewaan Penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Berikut adalah harga penginapan Rumah Peranginan Persekutuan (Premier):
Harga Kadar Penginapan di RPP

Berikut adalah harga penginapan Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif):
Kadar Penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan

Aha .. tengok harga diberikan tu memang best bukan? Ianya adalah khas untuk tempahan bagi kakitangan kerajaan, termasuk pesara. Jika anda mahupun pasangan anda ada kelayakan seperti dinyatakan, boleh cuba untuk memohon dan buat tempahan online RPP ini. Ada banyak lokasi boleh anda pilih, dan ada banyak kategori bilik termasuklah banglo penginapan.
RPP Langkawi
Alhamdulillah, saya dan famili pernah beberapa kali membuat permohonan dan tempahan diluluskan, ini termasuklah membuat tempahan secara walk-in. Untuk beberapa tips daripada saya tentang bagaimana nak mendapat tempahan ini, boleh baca sini - Tips Untuk Dapatkan Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Untuk tahun 2018, anda sudah boleh mula membuat tempahan online bermula dari 1 November 2017. Anda kena rujuk jadual penempahan supaya dapat tarikh yang tepat untuk boleh membuat tempahan. Jadual di bawah adalah untuk anda rujuk ye ..
Tarikh Tempahan RPP Tahun 2018

Jika anda tak kesampaian atau tidak dapat tempah secara online RPP ni, janganlah kecewa ... anda boleh je dapatkan tawaran penginapan menarik yang lain .. seperti daripada Agoda dan juga Traveloka, termasuk juga Trivago.

COMMENTS

BLOGGER
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,301,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,34,Kekeluargaan,90,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,301,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,360,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,66,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,117,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,181,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,316,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: 25 Tips & Perkara Perlu Tahu Mengenai Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan
25 Tips & Perkara Perlu Tahu Mengenai Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan
Tips dan Perkara Perlu Tahu Sebelum Membuat Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) - Cara Tempahan, Peraturan, Pulangan Wang, Harga Penginapan
https://2.bp.blogspot.com/-INoF9bOYop0/WhQDjOwPAoI/AAAAAAAAoQo/RyCv36Rf0l8_mYTe1UdZyXGg3v92Yg1kwCLcBGAs/s1600/rumah-peranginan-persekutuan-cameron.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-INoF9bOYop0/WhQDjOwPAoI/AAAAAAAAoQo/RyCv36Rf0l8_mYTe1UdZyXGg3v92Yg1kwCLcBGAs/s72-c/rumah-peranginan-persekutuan-cameron.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/11/tips-tempahan-rumah-peranginan.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/11/tips-tempahan-rumah-peranginan.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy