Musim Rambutan & Cara Terbest Makan Buah Ini !!

Tahun ini, pokok buah Rambutan sebatang yang ada di kampung isteri saya iaitu di Parit, berbuah agak lebat kali ini. Alhamdulillah. Dah lama tak tengok pokok rambutan ni berbuah macam yang sekarang. Mungkin musim Rambutan kali ini lebih meriah dari sebelum ni.

Anda tahu tak? Salah satu cara untuk membolehkan pokok Rambutan berbuah lebat ialah dengan 'bercakap' dengannya? Mungkin anda rasa tips ni merepek .. tetapi cubalah .. tak salah pun kalau anda nak sembang-sembang ngan pokok .. sebabnya pokok pun makhluk Tuhan juga.

Musim Rambutan dan Cara Terbest Makan Buah Tanpa Batuk

Musim Rambutan Cara Terbest Makan Buah Ini
Pokok Rambutan memang ada sepohon je kat kampung sebelah isteri. Ia betul-betul berada di depan rumah pak mertua saya. Pohonnya merendang. Sebelum ini, pokok Rambutan ni kurang berbuah. Selepas beberapa bahagian dahan dipotong dan dicantas .. alhamdulillah, tahun ni (2017) ia hasilkan banyak buah Rambutan yang menunggu masa untuk masak.
Musim Rambutan Cara Terbest Makan Buah Ini

Bestkan ada pokok buah-buahan sendiri? Tak rugi berbudi pada tanah ni. Kalau anda ada sedikit tanah, bolehlah tanam buah-buahan. Di kawasan rumah emak saya di Batu Gajah, ada dua pohon buah Mempelam. Alhamdulillah, tahun ni juga banyak berikan hasil.

Pokok buah Mempelam tu kecil je, tingginya tak lebih daripada tinggi saya. Tetapi, bila berbuah .. memang lebat. Isinya pula memang sedap. Walaupun buah Mempelam tu masih muda, ia tak masam seperti kebanyakan buah Mempelam.

Ok, berbalik pada cerita buah Rambutan tadi.

Banyak tempat dah ada yang jual buah Rambutan. Di tempat saya, ia dijual sekilo dalam RM2-RM5. Ada tu sekali jual RM10 untuk 3 kilogram. Jadi, bila dah ada banyak ni, memang seminggu tu ... asyik layan makan buah Rambutan je ..

Musim Rambutan Cara Terbest Makan Buah Ini
Musim Rambutan Cara Terbest Makan Buah Ini

Cara Makan Buah Rambutan Untuk Tidak Batuk

Ada orang yang tak tahan makan buah ni. Bila makan, senang dan mudah nak dapat batuk. Hmm ... menurut isteri saya, kalau nak makan buah Rambutan, jangan digigit ... sebab ada getah buah tu yang boleh menyebabkan rasa gatal tekak, yang akhirnya buatkan kita batuk.

Ada 3 cara nak makan buah Rambutan ni ..
  1. Gigit untuk buka buah
  2. Kupas dengan jari, benamkan kuku pada kulit buah.
  3. Gunakan pisau

Jika saya makan sensorang, saya akan kupas guna jari je. Isteri dan anak-anak tak pandai nak buat cara ni, mereka mesti akan gunakan cara gigit kulit. Bahaya bila gigit kulit ni, boleh termakan semut hitam atau kerengga .. huhu .. kan kan?

Cara paling best atau terbest makan buah Rambutan ini ialah kupas dengan pisau .. dan simpan dalam peti ais. Fuhhhh ... . Dan untuk elakkan terkena batuk secara tiba-tiba, selepas kupas dengan pisau tu .. basuhlah buah Rambutan tu dengan air, bilas dua tiga kali sehingga rasa lekit hilang. In Sha Allah, bila makan nanti tak akan terkena batuk atau rasa tekak gatal.

Musim Rambutan Cara Terbest Makan Buah Ini
Sejak musim Rambutan ni ada, dah berkilo-kilo kami sekeluarga makan buah Rambutan, cuma tak berapa nak puas sebab belum merasa buah Rambutan tanam sendiri yang ada kat Parit tu. Mungkin hujung tahun ni dah boleh merasa buah Rambutan yang masak meranum.

Maira, anak perempuan saya memang kaki makan buah Rambutan ni, sekilo dua memang dia boleh rembat sorang .. sama juga dengan buah Durian. Bila nak makan, jadi mangsa untuk tolong kupaskan tentulah pak dia ni .. haha ...

Pokok Rambutan tak susah nak ditanam atau dijaga. Cuma ia perlukan kawasan yang agak luas memandangkan pokoknya besar dengan dahan yang banyak cabang. Syukur, zaman ini masih ada pokok buah ni yang mudah nak dapat .. dapatlah anak-anak merasa. Jangan sampai satu waktu bila pokok buah tempatan macam ni dah susah nak jumpa ... kala tu .. nak dapatkan harga RM10 sekilogram pun belum tentu dah ...

Post a Comment

3 Comments

  1. kupas rambutan dan simpan dalam peti ais memang SEDAP :D

    ReplyDelete
  2. ingat lagi dulu kat kampung, depan rumah je pokok rambutan, nak makan petik je depan rumah pagi pagi

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.