16 Cirian Menarik Pada Myvi Baharu 2018

AI Trade
Pelancaran rasmi Perodua Myvi serba baru memang ramai yang tunggu, al maklumlah ia merupakan jenama kenderaan yang paling digemari di Malaysia. Ramai anak muda memilih untuk memiliki kenderaan ini yang sudah menjadi ikon. Bila sebut Myvi, macam-macam cerita akan keluar .. haha.

Perodua Myvi baru, rekabentuknya memang sangat menarik. Saya ada kongsikan beberapa gambar Myvi baru versi 2018 ini. Kata sesetengah, fuh .. memang merencik.... macam melihat awek berpakaian ketat .. hahahaha...

16 Ciri Menarik Pada Myvi Baru 2018

16 Cirian Menarik Pada Myvi Baharu 2018
16 Cirian Menarik Pada Myvi Baharu 2018
Bukan setakat rekabentuk Myvi baru ini yang memikat, tetapi apa yang terkandung pada cirian lain serta spesifikasinya. Ia sangat jelas, apa yang ada dalam Myvi baru versi terkini 2018 ini adalah lebih baik, lebih mantap, dan banyak yang baru yang tiada di dalam versi-versi Myvi terdahulu.

Mari lihat apa kelebihan dan ciri menarik yang ada pada Myvi 2018 serba baharu ini. Jangan lupa untuk tonton video yang disediakan tu ye.

16 Cirian Menarik Pada Myvi Baharu 2018

  1. Fungsi kemasukan pintar dengan butang mula/henti enjin untuk semua varian.
  2. Lampu hadapan LED dengan fungsi auto-off dan follow-me-home untuk semua varian.
  3. Lampu belakang dengan light guide untuk semua varian.
  4. Sistem Henti Melahu (eco-idle) untuk varian Myvi 1.3 liter varian G, Myvi 1.5 liter dan varian H dan AV (advance).
  5. Alat pembaca tol terbina dalam untuk Myvi 1.5 liter.
  6. Kawalan pendingin hawa menggunakan skrin sentuh.
  7. Rim aloi dwi-tona bersaiz 15-inci untuk Myvi 1.5 liter.
  8. Rim aloi bersaiz 14-inci untuk Myvi 1.3 liter.
  9. Skirt depan dan sisi dwi-tona untuk Myvi 1.5 lter.
  10. Spoiler belakang untuk Myvi 1.5 liter.
  11. Konfigurasi tempat duduk yang fleksibel (8+1) untuk semua varian.
  12. Poket sisi untuk kerusi depan untuk semua varian.
  13. Empat beg udara (depan dan sisi depan) untuk Myvi 1.3 liter.
  14. Enam beg udara (depan, sisi depan dan tirai) untuk Myvi 1.5 liter.
  15. Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) adalah standard untuk semua varian.
  16. Bantuan Pemanduan Selamat (Advance Safety Assist – A.S.A) seperti ciri Pemantauan Titik Buta dan Kekal Lorong hanya untuk Myvi 1.5 liter varian AV (Advance).

Video Myvi 2018 Serba Baharu



Amacam? Ada yang dah mula tertarik dengan apa yang ditampilkan oleh Myvi 2018 serba baharu ni? Jika ya, silalah ke mana-mana bilik pameran Perodua untuk membuat tempahan. Pastikan anda melihat cirian ini sebelum membuat tempahan anda.

Harga Myvi 2018

Harga untuk model Myvi baharu versi 2018 ini adalah seperti berikut:
  • Perodua Myvi 1.3 G Manual- RM44,300 
  • Perodua Myvi 1.3 G Auto - RM46,300
  • Perodua Myvi 1.3 X Auto - RM48,300
  • Perodua Myvi 1.5 H Auto - RM51,800
  • Perodua Myvi 1.5 AV Auto - RM55,300

Brosur penuh boleh dimuat-turun secara percuma di sini - http://www.ufirst.com.my/member/Brochure/Brochure_Form.aspx




Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

7 Comments

  1. Hebatnya kereta produa Myvi ni..cantik kelihatan..harga pun ok lah..

    ReplyDelete
  2. cantik macam honda jazz..bila lah cik timm nak amik lesen kereta ni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh .... leh je beli, tapi simpan ler .. hehehee :P

      Delete
  3. cantik .. macam gabungan banyak kerita, belakang nampak macam axia

    ReplyDelete
  4. lawa sangat myvi baru ni,sekali tengok macam jazz pun ade

    ReplyDelete
  5. Memang cantek....gabungan beberapa model jadi rupa begini.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.