Anda tentu tahu saya dan isteri adalah kaki shopping online. Ia adalah salah satu cara kami untuk berjimat, kerana rata-rata laman web shopping online menawarkan harga produk yang cukup murah dan berbaloi dengan bajet. Antara produk yang sering kami beli secara online ialah produk berkaitan teknologi dan juga elektronik.

Walaupun kami mudah terpaut pada baucer diskaun dan harga murah yang ditawarkan, kami tidak sesekali terus membuat belian. Paling penting ialah kami perlu membuat perbandingan. Salah satu cara perbandingan yang kami buat ialah menerusi review. Bagaimana nak dapatkan sebuah review yang bagus untuk produk yang kami ingin beli?

Cara Mudah Dapatkan Review Berkaitan Produk Teknologi & Elektronik

Sebelum ini saya ada beritahu, sebelum membeli apa-apa produk secara online, penting sekali untuk melihat tawaran yang diberikan lebih detail. Bukan setakat pada harga, diskaun serta kos penghantaran, tetapi harus tahu samada produk itu sesuai atau tidak untuk kami gunakan. Uhh buat apa beli, seandainya dah beli tak boleh nak gunakan .. ye tak?

Saya tak nak tipu, dah beberapa kali terkena dengan tawaran menarik produk yang dijual online, terutama sekali produk berkaitan teknologi dan elektronik. Nampak dari deskripsi dan gambar, macam ok je produk tu, tetapi apabila produk dah sampai di rumah, nak guna .. ehh .. tak boleh pula. Rugi. Paling rugi apabila produk tersebut susah nak dapatkan refund, macam-macam prosedur kena buat ... lepas tu, kena keluarkan duit sendiri untuk kos hantar balik. Aduh.

Dapatkan Review Terbaik Sebelum Buat Belian




Anda tentu tak mahu jadi seperti saya kan? Dah beli tapi tak sesuai dengan kehendak dan kemahuan. Dah ada, tetapi jadi hiasan sahaja.

Maka, sangatlah penting untuk mendapatkan review berkaitan produk yang mahu dibeli. Produk teknologi dan elektronok adalah dua jenis produk yang anda perlu bergantung dengan review. Review tersebut pula mestilah berikan pencerahan dan butiran selengkapnya berkaitan produk, supaya nanti ia betul-betul sesuai serta paling penting .. boleh digunakan apabila dibuka dari kotak.
Laman Web Sediakan Review Produk Teknologi Sebelum Shopping

Salah satu cara saya mencari review terbaik terutama untuk mendapatkan perbandingan berkaitan produk ialah menerusi laman web ProductNation.

Laman web ini menyediakan beberapa review yang agak bagus terutama berkaitan produk teknologi seperti smartphone, hard disk, kad memori, teknologi android dan macam-macam lagi. Produk berkaitan elektronik seperti penyaman udara, headset, speaker komputer, vakum pencuci turut diberikan review yang baik menerusi laman web ini.

Ulasan Berkaitan Teknologi Terkini dan Trending

Paling menarik, anda bukan sekadar dapat tahu apa yang ingin anda cari, tetapi berpeluang untuk ketahui berkaitan teknologi baharu berdasarkan ulasan teknologi yang diberikan dengan cara ringkas tetapi padat. Benda yang selama ini anda tak tahu berkaitan teknologi pun boleh terus anda tahu dengan mudah.

Menerusi laman web ProductNation, anda boleh tahu perbandingan berkaitan beberapa smartphone di bawah jenama yang sama tetapi berbeza dari segi harga dan teknologinya. Contohnya, anda mencari smartphone jenama Samsung di bawah harga RM500, anda boleh baca mengenainya di SINI.

Di bawah ini adalah salah satu screenshot daripada beberapa review berkaitan teknologi dan elektronik yang boleh anda baca di ProductNation ..

Cara Dapat Review Teknologi Elektronik

Banyak lagi info menarik berkaitan review produk di situ, tak perlu susah payah nak Google, lagipun ia ditulis di dalam bahasa Malaysia. Kalau anda Google, kebanyakan ulasan atau review diberikan di dalam bahasa Inggeris, dan jika ada pun .. review diberikan kebanyakkannya tidak begitu lengkap ..

Inilah salah satu cara saya nak dapatkan ulasan atau review produk, terutama berkaitan produk teknologi dan elektronik. Tak baca review, rasa gusar juga sebelum klik check-out bila shopping online ni... tak mahu lagi rasa kesal bila dah beli tak boleh guna.

Produk berkaitan teknologi ni, kalau dah kita tak boleh guna, apatah lagi orang lain .. jadi, nak jual balik pun tak ada orang yang nak. Maka, elok baca review dulu sebelum membeli.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas perkongsian,senang sikit lepas ni kalau beli online =)

    BalasPadam
  2. kalau dapat job review memang mantaplah bang tapi niche blog saya makan-makan dan jalan-jalan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement