10 Tips Ajar Anak Tentang Kewangan Seawal Usia

Perniagaan dan keusahawanan adalah 9 lubuk rezeki yang sangat dituntut dalam agama Islam. Jika boleh, sebagai ibu bapa, seharusnya pendidikan berkaitan perniagaan dan keusahawan ini diterap dalam aktiviti mereka seharian. Paling penting, mereka perlu belajar konsep yang betul dan mengelakkan mereka dari terjebak ke dalam bidang niaga dan keusahawan yang dimurkai Allah S.W.T.

Cakap pasal perniagaan dan keusahawanan ini, mestilah ia berkaitan dengan wang dan duit. Wang mesti diuruskan dengan betul. Sekaya mana sekalipun, jika ilmu kewangan tidak ada ... sejuta ringgit yang ada pun belum tentu cukup, atau mampu memberikan apa yang kita nak.

10 Tips Ajar Anak Tentang Kewangan Seawal Usia

10 Tips Ajar Anak Tentang Kewangan Seawal Usia
Dalam post kali ini, berkaitan parenting, saya nak kongsikan anda tips untuk mengajar anak-anak tentang perniagaan, keusahawanan, paling penting ialah tentang menguruskan serta memahami konsep kewangan yang betul, seperti yang dikehendaki dalam Islam.

10 Tips Ajar Anak Tentang Kewangan
Pendidikan kewangan untuk anak-anak ini perlu dimulakan sejak dari awal usia. Kena pastikan konsep asas difahami sebelum mereka belajar lebih tinggi mengenai kewangan bila dah masuk ke sekolah rasmi. Ala-ala .. benda-benda simple je ...
  1. Mulakan dari nilai yang paling rendah. Kenalkan duit syiling dahulu kemudian duit kertas. Terangkan kepentingan setiap nilai agar anak tidak hanya bertumpu kepada nilai yang besar sahaja.
  2. Libatkan anak-anak sewaktu membeli-belah dan berbelanja. Biar anak membaca nama dan harga barang yang akan dibeli dan ceritakan/tunjukkan senarai barangan yang akan dibeli. Boleh buat seperti aktiviti pencarian harta karun.
  3. Buat beberapa tabung dan bahagikan untuk ‘simpanan’, ‘belanja’, ‘sedekah’. Setiap kali anak dapat duit (duit raya, duit saku dll), pastikan anak simpan di setiap tabung mengikut peratusan yang bersesuaian. Terangkan dengan jelas kepentingan setiap tabung. Sebulan sekali bawa anak ke bank untuk simpan duit dari tabung ‘simpanan’. Biar mereka merasai pengalaman mengambil nombor giliran, melihat wang mereka di kira, dan angka di buku bank bertambah. Aktiviti ini boleh mengajar anak tentang disiplin dan kejujuran.
  4. Ajar anak-anak dengan permainan seperti monopoly. Dengan cara ini mereka akan lebih memahami beberapa konsep kewangan penting seperti menguruskan wang tunai, menyimpan dan memberi keutamaan.
  5. Berikan ganjaran pada waktu/masa tertentu sahaja. Ajar anak untuk membeli barang idamannya sebagai ‘reward’ bila anak dapat melakukan sesuatu perkara yang besar/hebat dengan menggunakan duit ‘belanja’ yang disimpannya. Anak-anak perlu faham nilai barangan yang perlu dibeli haruslah bersesuaian dengan duit yang telah disimpan. Jika masih tidak mencukupi, maka mereka tidak boleh memiliki barangan idaman mereka lagi.
  6. Berikan ‘timeframe’ dan buat jadual berapa lama yang mereka perlukan untuk mengumpul duit bagi membeli sesuatu barangan agar mereka lebih faham tentang konsep masa.
  7. Bantu anak untuk memperoleh lebih banyak duit dengan melakukan sesuatu pekerjaan dengan memberi upah. Proses ini penting agar anak tahu mereka boleh mendapat duit lebih dengan melakukan sesuatu dan tidak hanya mengharapkan duit yang diberi.
  8. Biar anak memilih barangan yang ingin dibeli menggunakan duit mereka. Berikan kuasa memilih sepenuhnya kepada mereka. Jika anak membeli barangan dan menyesal di kemudian hari, jangan beri duit tambahan kerana ini merupakan cara yang baik untuk anak itu lebih belajar menguruskan kewangannya.
  9. Anak-anak perlu diajar tentang konsep sedekah. Sedekah tidak hanya terbatas kepada wang ringgit tetapi barangan juga. Boleh ajak anak-anak buat ‘spring cleaning’ di rumah dan asingkan barangan yang tidak digunakan lagi tetapi masih baik. Kemudian, sedekah barangan tersebut ke pusat anak yatim, sekolah, hospital atau badan-badan kebajikan yang memerlukan. Melalui cara ini, anak-anak akan lebih menghargai barangan dan menjaga barangan dengan baik agar mereka dapat memberi barangan yang masih elok.
  10. Sebagai orang yang lebih dewasa, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak mereka kerana anak-anak akan sering mengikuti cara dan sikap yang dilihatnya. 

Saya harap tips di atas dapat diikuti oleh para ibu bapa jika mahu menjadikan anak sebagai generasi yang tahu menguruskan kewangan dengan baik dan betul, lebih penting .. ia mengikut apa yang diteraskan di dalam agama Islam.

Melalui didikan kita akan menentukan generasi Pengguna, Pelabur, Penabung, atau Pemberi. Anda pilih, corakkan anak anda untuk menjadi yang terbaik dan bermanfaat pada masyarakat, serta agama.

Post a Comment

9 Comments

  1. tq HH for tips.. mmg bagus utk diamalkan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, anak-anak saya diajar menerusi tip2 ini .. skrang, Maira dengan Zikri dah pandai berniaga sendiri. :)

      Delete
  2. belum kahwin dan tak ada anak lagi, tapi terima kasih atas perkongsian ilmu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh perkenalkan konsep didikan ni pada anak sedara .. :)

      Delete
  3. jgn lupa ajar cukai sekali hehe..belikan aiskrim..kita makan sikit..itu cukai hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa .. tapi dalam kewangan islam tak ada cukai ... :)

      Delete
  4. bagus jugak idea beli monopoly tu...tq share

    ReplyDelete
  5. antara tips yang boleh diterima pakai..

    sudah tentu saya bersetuju sangat...

    biar mereka faham betapa bernilainya duit dalam kehidupan ini..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.