5 Tips Untuk Persediaan Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

AI Trade
Ada sesiapa yang bakal mengambil peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41? Ok, saya ada berita gembira untuk calon-calon yang akan mengambil peperiksaan ini. Ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk membolehkan anda hadapi peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) ini dengan jayanya.

Tahukah anda, setiap tahun ramai calon dari kalangan siswazah dan lepasan IPT untuk jawatan PTD gagal ketika peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik dilakukan secara online? Sebab utama kegagalan mereka adalah kerana kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online ini yang jauh berbeza dengan peperiksaan PTD secara konvesional yang pernah saya hadapi dulu.

5 Tips Untuk Pastikan Anda Lulus Peperiksaan PTD M41

Tips Lulus Peperiksaan PTD M41
Peperiksaan online yang dibuat adalah salah satu cara untuk singkirkan mana-mana calon yang tidak serius untuk menjawat jawatan dalam kerajaan terutamanya Pegawai Tadbir Diplomatik. Selalunya di dalam peperiksaan ini ada beberapa seksyen soalan yang bakal menguji pengetahuan, kefahaman dan kebolehan menyelesaikan masalah.
Tips Lulus Peperiksaan PTD M41
Cumanya di dalam peperiksaan online, calon-calon perlu berlawan dengan setting masa selain kebolehupayaan capaian internet dan komputer selain sentiasa peka dengan pilihan jawapan yang diberikan. Jika di atas kertas, anda boleh padam dengan mudah, boleh balik ke soalan sebelumnya .. boleh main belek-belek .. tetapi peperiksaan secara online ini ... hmm ia mungkin sesuatu yang harus anda elakkan.

Bukan apa, takut perkara tidak diingini berlaku .. almaklumlah ... kelancaran internet dan sistem online di Malaysia ini kadangkala boleh menyebabkan anda terkujat terkejung di depan PC. Aha .. silap-silap .. elok nak letakkan jawapan, PC atau komputer mahupun laptop anda tetiba kaku tanpa boleh berbuat apa-apa.

Jadi apakah persediaan yang perlu anda lakukan sebelum tarikh peperiksaan online dijalankan? Bagaimana nak memastikan bahawa anda boleh jawab dan lulus peperiksaan PTD gred M41 yang selama ini anda idamkan?

Tips 1 - Pastikan Tarikh Peperiksaan Online PTD

Tips Lulus Peperiksaan PTD M41
Jangan ambil mudah, anda mungkin terlupa bahawa anda ada temujanji untuk menghadiri peperiksaan online. Jika terlepas waktu peperiksaan online ini, maka anda bakal terlepas peluang terawal untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Sila semak tarikh dan waktu peperiksaan, nombor angka giliran anda mesti betul selain daripada maklumat lain mengenai diri anda. Semakan boleh dibuat di laman web SPA sebelum peperiksaan online dijalankan iaitu di sini - http://e-semakanntt.spa.gov.my/
Semakan Online Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

Tips 2 - Pastikan Komputer dan Talian Internet Berada Dalam Status Terbaik

Komputer atau laptop serta talian internet yang baik adalah faktor yang akan membantu anda menjawab soalan peperiksaan online dengan lancar. Elakkan menggunakan wifi, kerana wifi selalunya kurang stabil dan mudah terputus.

Ketika anda menggunakan komputer dan internet untuk menjawab peperiksaan online PTD ini, pastikan tiada siapa atau orang lain yang menggunakan talian internet. Biar 100% milik anda seorang.

Oh ya, pastikan juga papan kekunci dan tetikus berada dalam keadaan baik dan boleh berfungsi seperti sepatutnya.

Tips 3 - Lakukan Bacaan dan Rujukan Sebelum Peperiksaan

Persediaan Sebelum Exam Online PTD
Buatlah bacaan dan ulangkaji awal sebelum peperiksaan. Bacaan yang disyorkan untuk peperiksaan online dilakukan oleh SPA adalah mengenai sejarah Malaysia, sistem kerajaan dan pentadbiran, dasar-dasar kerajaan yang popular dan hangat diperkatakan, selain isu-isu semasa yang berlaku samada di dalam atau di luar negara.

Selain bacaan, anda digalakkan untuk menonton berita sebagai rujukan untuk isu-isu semasa yang penting. Kemudian, boleh rujuk akhbar tempatan untuk lebih info dan maklumat mengenai isu semasa tersebut. Buatlah catatan dan nota ringkas.

Tips 4 - Elakkan Letak Rujukan Tepi Komputer

Ya, ini merupakan peperiksaan online yang membolehkan anda meletakkan buku rujukan di tepi komputer, tetapi anda harus ingat ... masa adalah lawan anda. Jika anda terlepas masa untuk menjawab, tiada lagi peluang untuk anda.

Jangan habiskan masa ketika peperiksaan online berlansung dengan mencari fakta dalam buku rujukan mahupun internet. Aha .. guna internet untuk carian info ketika peperiksaan ni .. kang tak pasal-pasal komputer jadi kaku .. uhh menyesal nanti tak sudah ...!!

Tips 5 - Berdoalah dan Mohon Dipermudahkan

Jika anda seorang yang beragama, berdoalah banyak-banyak sebelum peperiksaan dijalankan. Apa yang anda buat adalah satu bentuk usaha, dan hanya Tuhan sahaja yang akan permudahkannya untuk anda, serta merealisasikan hajat anda.

Saya harap tips di atas akan membantu anda untuk hadapi peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik, M41. Paling tidak, anda sudah sedar akan keperluan penting untuk persediaan hadapi peperiksaan online ini.


Semoga berjaya dalam peperiksaan ini.


Untuk lebih banyak tips, contoh soalan selain rujukan untuk peperiksaan PTD gred M41, anda boleh buat semakan di sini - http://semakan.info/ptd/2624

Anda juga boleh ikuti page iKerjayaGraduan.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments