4 Tips Hasilkan Entri Produk Affiliate Yang Bakal Menguntungkan

Ketahui 4 Tips Tentang Cara Melakukan Promosi Produk Affiliate Menerusi Blog. Bagaimana Teknik Tulis Blog Post Affiliate Menguntungkan.

Salah satu sumber income online yang saya peroleh adalah menerusi program affiliate. Cara saya lakukan ialah dengan menulis blog post berkaitan produk affiliate tersebut. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, saya masih boleh tersenyum kerana setiap bulan ada sahaja komisen atau income yang masuk ke dalam akaun bank daripada hasil penjualan produk affiliate ini.

Saya bukanlah pakar, tetapi saya suka nak berkongsi tips kepada rakan blogger yang berminat nak jana income pasif menerusi promosi produk affiliate. In Sha Allah, kali ini saya nak kongsikan sedikit tips bagaimana untuk hasilkan sebuah blog post atau entri berkaitan produk affiliate yang bakal menguntungkan anda.

4 Tips Hasilkan Entri Promosi Produk Affiliate Yang Menguntungkan

4 Tips Hasilkan Entri Promosi Produk Affiliate Yang Menguntungkan
Apa yang bakal anda peroleh ini adalah merupakan tips yang telah saya dapat daripada program affiliate Shopify. Saya pernah sebut mengenai Shopify ini. Kalau anda nak tahu, Shopify adalah merupakan platform online untuk anda menjual produk anda serata dunia. Anda boleh bacanya di sini.

Jika anda berniaga online, dan mahu pasarkan produk anda - tak kiralah samada produk anda sendiri ataupun produk dropship, ke serata dunia dengan mudah, maka saya syorkan anda untuk mencuba platform Shopify ini. Anda boleh mencuba platform kedai online ini secara percuma di sini - Daftar Percuma Shopify.
4 Tips Hasilkan Entri Promosi Produk Affiliate Yang Menguntungkan
Ok berbalik pada topik utama, iaitu cara untuk menulis sebuah blog post yang bakal membantu anda menjana income secara pasif menerusi program affiliate percuma.

Semuanya Mengenai Diri Anda

Ya, apabila anda menulis sebuah blog post, jangan sesekali anda pinggirkan keunikan diri anda. Mungkin anda pernah dengar ungkapan .."Bukan semua perkara adalah mengenai diri anda". Aha ... tapi dalam teknik mempromosikan produk affiliate ini, yang akan membantu anda mendapatkan komisen, anda perlu tekankan mengenai diri ada.

Pengikut dan pembaca di blog anda ikuti anda adalah disebabkan oleh keunikan dan siapa diri anda. Mereka ikuti anda kerana mahu mempunyai hubungan dengan anda. Malah, dalam satu segi .. mereka teringin menjadi seperti diri anda. Jangan abaikan sentuhan peribadi diri anda setiap kali anda menulis, hanya kerana anda mahu menjana income dari blog atau menerusi satu-satu program affiliate.
Cara Tulis Blog Untuk Dapat Komisen Affiliate
Kekalkan intonasi dan cara penyampaian anda yang membuatkan ramai mahu mengikuti dan membaca apa yang anda tulis. Inilah yang menjadikan anda seorang influencer dan affiliate yang hebat.

Perkongsian dengan gaya personaliti anda akan meningkatkan engagement dan meningkatkan kredibiliti. Di bawah ini beberapa tips yang membolehkan blog post atau entri anda menjadi unik, seunik personaliti siapa diri anda.

  • Kongsikan pandangan dan pendapat anda paling ikhlas dan jujur mengenai sesuatu produk affiliate yang anda ingin mereka tahu.
  • Biar telus. Beritahu bahawa dalam post anda itu ada link affiliate anda, dan kenapa anda meletakkannya di dalam blog post. Alasan anda boleh jadi apa jua yang anda terfikirkan, termasuklah berkata bahawa anda perlukan ia sebagai cara anda untuk menjana pendapatan secara online. :P
  • Gunakan imej atau gambar milik anda sendiri. Ia lebih menyakinkan. Malah untuk sesetengah produk affiliate, jika anda menggunakan gambar milik anda sendiri, ia menunjukkan bahawa anda sendiri telah mencuba produk tersebut, yang bakal membolehkan ianya terjual.
  • Hanya buat review atau tulis mengenai sesuatu produk affiliate yang ada kaitan dengan blog anda, atau pembaca blog anda. Sebagai contoh, jika anda seorang blogger yang menjana income menerusi iklan Adsense, maka bolehlah kongsikan pengalaman dan tips berkaitan adsense di dalam blog, sebagai cara untuk mempromosikan Panduan Adsense untuk Blogger.

Kenali Siapa Baca Blog Anda

  • [col]
    • Sebagai seorang pemasar produk affiliate, anda mempunyai pilihan untuk menulis banyak produk affiliate dalam pelbagai niche. Ada setengah produk affiliate itu, ia mempunyai banyak benda best yang anda nak ceritakan, daripada fungsinya, kebaikannya, kelemahannya, testimoni, tawaran khas dan bermacam-macam lagi. Elakkan menulis kesemuanya dalam satu blog post yang panjang.
    • Bukan apa, kadangkala pembaca anda mudah merasa bosan dengan penerangan yang meleret dan panjang. Apatah lagi ia tidak menarik minat mereka yang sebenar. Kemungkinan apa yang anda tulis panjang-panjang itu tidak dibaca oleh mereka sehingga habis. 
    • Sebaliknya, anda tulis sesuatu yang mudah menarik minat mereka dan yang ada kaitan dengan pembaca blog anda. Cari produk affiliate untuk dipromosikan yang kena dengan latar diri pembaca blog anda, cari kelebihan pada produk affiliate itu yang relevan dengan apa yang mereka mahukan.

Sebagai contoh, katakan pembaca blog anda sukakan benda percuma, maka tekankan produk affiliate yang ada berikan sesuatu yang percuma, contohnya laporan percuma, hadiah percuma, bonus percuma dan sebagainya.

Lagi contoh ...

Jika pembaca blog anda terdiri daripada wanita yang sukakan fesyen, maka bolehlah cerita mengenai fesyen terkini dan cara untuk mendapatkannya dengan harga murah. Nak lagi convert, anda kecilkan sedikit skop anda, katakan fesyen santai, atau fesyen untuk hari raya.

Lagi contoh ...

Jika pembaca blog anda terdiri daripada usahawan online, aha .. maka bolehlah anda ceritakan atau tulis blog post mengenai platform-platform yang menyediakan servis untuk hasilkan kedai online, seperti Shopify atau EasyStore.

Binalah Kredibiliti Anda

Cara Tulis Blog Untuk Dapat Komisen Affiliate
Sebelum anda menulis sesuatu di blog mengenai produk affiliate yang ingin anda promosikan, adalah penting untuk anda wujudkan kepercayaan dengan pengikut dan pembaca. Orang membeli dari sumber atau orang yang mereka percaya. Maka, jadilah orang yang mereka percaya.

Bagaimana nak mewujudkan kepercayaan ini?

  • [col]
    • Anda perlu berkongsi info yang bermanfaat (bukan untuk menjual) di dalam blog anda. Jangan kedekut berkongsi apa yang anda tahu. Pastikan perkongsian itu dapat membantu mereka selesaikan masalah yang mereka hadapi. Bila anda dapat bantu orang lain selesaikan problem, maka kepercayaan itu akan terwujud dengan sendirinya.
    • Bina dan wujudkan kepercayaan ini dulu. Kredibiliti inilah yang bakal membantu anda untuk mudah mendapatkan hasil apabila anda mempromosikan produk affiliate berkaitan. Lakukan ia sebelum anda meneruskan langkah untuk perkenalkan satu-satu produk affiliate itu.

Berikut adalah beberapa tips tambahan untuk bina kredibilit anda ...

  • Buat perbandingan dan kontra - sebagai seorang pemasar produk affiliate, anda buatlah sedikit kajian dan kongsikan perbandingan dan kontra produk atau servis. Misalnya, jika anda menjadi agen affiliate untuk Lazada, bolehlah buat perbandingan dari segi harga, caj penghantaran, servis dan sebagainya dengan Shopee atau 11th Street.
  • Get personal - sekali lagi, ia adalah mengenai diri anda. Anda seharusnya wujudkan kredibiliti ini berdasarkan personaliti anda, iaitu ilmu, pengetahuan dan pengalaman anda. Kalau boleh, jangan asyik ceritakan 'bintang dan bulan', tetapi kongsikan juga tentang masalah, cabaran dan perkara-perkara yang tidak berapa best serta berikan jalan penyelesaian untuk mereka.
  • Dapatkan sumber luar - kadang orang takkan membeli atas sebab hanya diri anda. Maka, elok anda dapatkan perhatian mereka daripada sumber lain. Tak salah pun jika anda tulis dan kongsikan pendapat daripada sumber lain, contohnya dari ulasan dan review penulis blog yang lain mengenai sesuatu produk atau servis. Boleh juga sertakan statistik jualan, testimonial atau video penerangan dari sumber luar.
  • Tunjukkan diri anda - anda mahu orang beli apa yang anda promosikan kan? Jadi, wujudkan kredibiliti ini dengan tunjuk diri anda. Guna gambar diri anda, biar orang kenal .... orang takkan beli sesuatu dari anda, jika tak tahu rupa anda sebenar.
  • Konsisten - sentiasa konsisten. Tak boleh buat kerja sekerat jalan untuk bina kredibiliti ini. Pastikan semua yang saya berikan di atas dilakukan secara konsisten, bersesuaian dengan masa, keadaan dan pembaca blog anda.

Biar Jelas

Cara Tulis Blog Untuk Dapat Komisen Affiliate
Apa nak malu-malu kalau anda yakin dengan produk affiliate yang mahu anda promosikan? Biarkan link produk affiliate itu kelihatan jelas dan menyakinkan.

Tunjukkan dengan jelas apa yang anda mahu pembaca blog anda buat - iaitu klik pada pautan link affiliate yang anda letak. Jangan lupa untuk berikan sebab jelas kenapa mereka harus klik pada link affiliate anda.

Anda boleh gunakan tips di bawah ini agar dapat tunjukkan dengan jelas apa yang perlu mereka klik...

  • Letakkan link affiliate anda di awal, di tengah dan akhir blog post anda yang mempromosikan produk tersebut.
  • Letakkan banner produk affiliate. Selalunya promosi menggunakan link teks selalu memberikan hasil yang sangat bagus, namun begitu .. jangan abaikan banner (imej) produk affiliate ini. Mungkin ada pembaca blog anda lebih tertarik pada penampilan banner tersebut. Ia satu teknik visual yang boleh memberikan impak baik untuk satu-satu produk affiliate yang anda promosikan.
  • Call-to-action. Perkataan seperti "Klik Sini Untuk Tawaran Terhad" atau "Dapatkan Diskaun Khas Ini Sekarang Sebelum Tamat" adalah antara contoh ayat call-to-action yang perlu anda letakkan dalam blog post yang mempromosikan produk affiliate.  Berikan mereka sebab untuk klik.

Orait, demikian sedikit sebanyak tips untuk hasilkan sebuah entri atau blog post berkaitan produk affiliate yang boleh berikan anda income yang menguntungkan.

Pendek kata, secara umumnya .. anda perlu ada kredibiliti dan kejujuran dalam mempromosikan sesuatu produk affiliate. Sekali lagi, jangan berlebih-lebihan dalam mempromosikannya. Pastikan ia menjadi sebahagian daripada isi kandungan blog anda secara natural.
[Rujukan] Jika Nak Dapatkan Tips Power Lain - Klik Sini.
Setelah dah tulis tu, anda mesti berusaha untuk memastikan pengunjung membacanya. Salah satu cara yang terbaik adalah dengan SEO (Search Engine Optimization). Gunakan kelebihan yang ada pada Google agar membolehkan mereka yang mahu cari info yang berkaitan menjumpai post produk affiliate anda itu.

In Sha Allah, anda akan teruja apabila setiap bulan menerima komisen bertalu-talu dari program affiliate yang ada.

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,298,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,297,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,355,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,60,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: 4 Tips Hasilkan Entri Produk Affiliate Yang Bakal Menguntungkan
4 Tips Hasilkan Entri Produk Affiliate Yang Bakal Menguntungkan
Ketahui 4 Tips Tentang Cara Melakukan Promosi Produk Affiliate Menerusi Blog. Bagaimana Teknik Tulis Blog Post Affiliate Menguntungkan.
https://3.bp.blogspot.com/-685V3T4CIbc/WfK9towRXbI/AAAAAAAAnWo/NbohJQvgIAQLsNYtsi5HO6ZmT94ujECDwCLcBGAs/s1600/tips-menulis-blog-untuk-jual-produk-affiliate.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-685V3T4CIbc/WfK9towRXbI/AAAAAAAAnWo/NbohJQvgIAQLsNYtsi5HO6ZmT94ujECDwCLcBGAs/s72-c/tips-menulis-blog-untuk-jual-produk-affiliate.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/10/tips-hasilkan-entri-produk-affiliate.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/10/tips-hasilkan-entri-produk-affiliate.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy