Dah lama saya tak kongsikan statistik blog ini dari segi trafik. Jadi, kesempatan yang ada ini, saya nak berikan maklumat am berkaitan trafik blog ini bermula dari Julai hingga akhir September 2017. Saya rasa, mesti ada di kalangan anda yang nak tahu pencapaian blog ini, mungkin sebagai panduan atau pedoman, mungkin juga rujukan.

Jika dahulu blog ini pernah mencapai kedudukan trafik terbaik di Malaysia, sehingga tersenarai antara 300 blog dan laman web paling popular dan paling tinggi trafik menerusi Alexa Rank, tetapi kini kedudukan tersebut sudah jauh ditinggalkan.

Statistik Blog Bulan Julai Hingga September 2017

Statistik Blog Julai - September 2017
Berdasarkan ranking Alexa - untuk Malaysia, kedudukan blog ini telah turun sehingga terkebawah ke tangga 4,500 (rujukan lebih tepat, klik SINI). Ketika saya menulis blog post ini, kedudukan blog HASRULHASSAN.COM sedang berada di kedudukan 4,360.

Pun begitu, saya agak lega bila membandingkan kedudukan trafik blog menerusi ranking Alexa ini dengan beberapa blog personal lifestyle popular yang lain. Walaupun ramai mengatakan ranking Alexa ini sudah tidak relevan kerana kemunculan banyak blog-blog baru yang lebih kepada laman web berita dan juga kisah artis, saya tetap percaya ada pihak yang masih lagi menggunakan kedudukan Alexa ini untuk tujuan pemasaran online.

Google Analytics

Statistik Blog Julai - September 2017
Selain Alexa, salah satu sumber terbaik untuk mengetahui mengenai keadaan trafik sesebuah blog ialah daripada statistik disediakan oleh Google Analytics. Ramai pakar web menggunakan statistik dari Google Analytics ini untuk melihat kekuatan sesebuah blog atau laman web.

Walaupun Google Analytics tidak menyediakan ranking asas untuk membandingkan jumlah trafik am di antara laman web dan blog, saya suka menggunakannya untuk dijadikan laporan trafik dalam sesebuah kempen tertentu di blog saya, terutama melibatkan post berbayar atau advertorial.
Statistik Blog Julai - September 2017 HASRULHASSAN.COM
Ramai pakar web mengatakan bahawa statistik yang disediakan oleh Google Analytics lebih tepat, selain lebih terperinci dan menyokong banyak metrik perbandingan.

Ok. Mari lihat statistik blog ini yang telah saya ambil daripada akaun Google Analytics saya. Berikut adalah statistik blog ini dari bulan Julai hingga akhir September 2017. Ia merangkumi jumlah page views (hit), jumlah unik paparan, jumlah masa pembaca berada di blog, selain kadar bounce-rate blog ini.
Statistik Blog Julai - September 2017
Statistik Blog Julai - September 2017
Statistik Blog Julai - September 2017
Alhamdulillah, daripada apa yang dapat anda lihat, blog ini masih kekal menerima trafik bulanan lebih daripada 120K sebulan (secara puratanya). Ia melibatkan lebih 80,000 bacaan unik (1 paparan untuk 1 pembaca), dengan tempoh keberadaan di dalam blog melebihi 60 saat.

Jika untuk tujuan promosi dan pengiklanan, sesebuah blog sepatutnya mempunyai tempoh keberadaan seseorang pengunjung itu lebih daripada 30 saat. Ini adalah kerana kebanyakkan iklan terutama berbentuk video akan ambil tempoh dalam lingkungan  10 - 15 saat.

Itu belum lagi mengambil jangkamasa untuk blog loading dalam waktu terbaik iaitu perlu di bawah 3-5 saat.

Bounce rate blog ini tetiba naik dari bulan Julai menuju ke September, satu peningkatan yang pada saya agak mengelisahkan. Jika diikutkan daripada beberapa pendapat pakar web, blog yang mempunyai kadar bounce rate yang tinggi adalah tidak bagus.
[Dah Baca?] Kekuatan Sesebuah Blog Untuk Pemasaran Online
Namun, ada sesetengah pakar pula memberikan pandangan bahawa ada kemungkinan kadar tersebut menjadi tinggi kerana adanya jumlah klik yang tinggi pada paparan iklan di blog tersebut, yang menyebabkan ramai pembaca blog itu meninggalkan blog tersebut sebelum habis membaca disebabkan mahu mengetahui tentang iklan yang dipaparkan.

Demografik Pembaca Blog

Sekarang, mari lihat demografik asas pengunjung ke blog saya dari tempoh Julai hingga September tersebut.
Demografik Blog HASRULHASSAN.COM
Nampaknya ramai pembaca blog saya di kalangan wanita, yang mungkin sebahagian besarnya dari lingkungan umur di bawah 40 tahun - yakni lebih muda daripada saya .. woot woot .... dan golongan berumur antara 25 tahun hingga 34 tahun adalah umur pembaca dominan di blog saya.

Ini mungkin disebabkan oleh beberapa isi kandungan blog ini yang memang menjurus untuk bacaan golongan tersebut. Sifat ingin tahu dan menambah pengetahuan menyebabkan golongan ini banyak menjadi pembaca setia di blog saya dalam 3 bulan ini.

Kelebihan Gunakan Google Analytics

Sebenarnya ada banyak lagi metrik berkaitan trafik yang boleh anda dapat dari Google Analytics ini. Anda boleh tahu mana artikel yang boleh berikan income lumayan kepada anda - menerusi Google Adsense, boleh tahu mana artikel yang dapat convert kepada jualan, mana artikel yang orang suka baca, mana artikel yang orang menyampah nak baca ... dan sebagainya.

Malah, anda boleh tahu dari mana (lokasi) pembaca blog anda ... seperti ditunjukkan di bawah ini.
Stats HASRULHASSAN.COM Julai - September 2017

Haha .. keliru? Jangan susah hati.

Mesti Tahu Kekuatan Blog

Cuma yang penting ialah anda tahu di mana kekuatan blog anda. Statistik blog adalah salah satu darinya. Ada banyak cara untuk menilai kelebihan sesebuah blog itu. Cara dengan melihat statistik blog adalah bersifat teknikal. Boleh sahaja anda lihat dari segi faktor yang bersifat sosial seperti jumlah pengikut blog dan sebagainya.

Google Analytics elok untuk dipelajari, atau setidaknya anda tahu asas-asas yang ada dalam Google Analytics. Manalah tahu kot-kot nanti ada syarikat international nak sponsor blog anda untuk peluang pengiklanan bernilai puluhan ribu ringgit, jadi ... Google Analytics akan memberikan peranan pentingnya di situ.

Okaylah .. anda dah lihat paparan mengenai statistik blog saya ini dari Julai hingga September 2017, apa yang boleh anda katakan? Komenlah sikit ya ...

19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hebatnya..saya sedang usahakan untuk mengurangkan kadar peratusan pada bounce rate...tinggi sangat..Lagi satu pageview pun tak berapa nak baik..mybe sebab blog saya cuma blog biasa2 je...

    terbaik HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita usaha mana yg boleh. Jgn stress sgt, lebih lagi kalau blog ni sekadar hobi sampingan waktu lapang. Rileks je dah

      Padam
  2. kena baca habis dan hadamkan, byk info berguna ni

    BalasPadam
  3. saya kagum dengan pencapaian tuan.

    BalasPadam
  4. Terbaik ... saya belum hadam bab2 tu semua mungkin sebb blog cuma sebagai hobi .. 😊

    BalasPadam
  5. pergh..ranking 4 digit tu hoho..leh dah ni buat network hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang ada network sendiri .. alhamdulillah, dalam network ada network

      Padam
  6. ada banyak juga yang dah terlepas ni..

    BalasPadam
  7. wahh hebatnya...sy jrg buka google analytic ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bila ada post berbayar yang nak kena handle memang akan buka .. :)

      Padam
  8. fuhhhh..ni memang terbaekkkkkkkk

    #Salute

    BalasPadam
  9. hebat2.. boleh bagi tips mcm mana nak turunkan bounce rate? hehe!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, saya pernah ceritakan sebelum ni .. gunakan tips tu je ... in Sha Allah, bounce rate leh turun ...

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement