Memang penat berhadapan dengan komen-komen spam ni. Blog saya setiap hari menerima banyak komen-komen berbentuk spam daripada Tanpa Nama ni. Salah sebab kenapa blog menerima banyak komen berbentuk spam ini adalah kerana sistem komentar yang tidak strict, dan kerana autoriti yang ada pada blog tersebut.

Saya pasti ramai rakan blogger yang kerap menerima komen-komen berbentuk spam ini. Apatah lagi, jika blogger tersebut menggunakan platform blogspot seperti blog saya ini.

Penat Berhadapan Komen Spam

Penat Berhadapan Komen Spam
Sesiapa pun boleh memberikan komen di blog saya ni, asalkan ia ada kena mengena dengan kandungan entri blog saya. Hanya komen yang ada unsur promosi produk sahaja, saya akan padam secara manual. Begitu juga dengan komen yang tak ada kaitan dengan apa yang ditulis.

Saya lebih suka pada komen yang ada nama. Komen-komen yang ada nama ni selalunya lebih jujur walaupun ayat-ayat dalam komen yang diberikan tu boleh menyentap jiwa. Aha .. biasalah, mana mungkin pendapat yang saya berikan itu boleh diterima oleh semua orang. Pasti ada yang mahu menyangkal. Ilmu dan pengalaman kita kan berbeza.

Sistem komen dalam blogspot hanya akan saring komen yang tidak bernama, dan tandakan ia sebagai kemungkinan satu komen spam. Itulah yang terjadi pada blog saya yang membuatkan banyak komen ditandakan spam kerana ditulis tanpa memasukkan nama/url pengomen, atau tidak menggunakan id blogger atau Google+.
[Dah Baca?] Blog Tiada Komen Adalah Blog Yang Tidak Bagus?
Mungkin ada yang nak komen rasa sukar nak memasukkan nama sendiri, maka saya sediakan ruangan komen menerusi Facebook dan juga Discuss. Tetapi malangnya, ramai yang tak ambil kesempatan untuk gunakan sistem komen tersebut, kerana ia boleh berikan satu bentuk autoriti.

Dalam blog saya, saya telah setting jika komen itu ditinggalkan pada entri-entri lama (lebih 100 hari), ia akan memerlukan kelulusan saya untuk diterbitkan. Memang adakalanya saya terima banyak komen serupa dari orang yang sama untuk sesebuah entri yang sama. Hadap je la sebab dah setting begitu .. haha.

Penat memang penat untuk berhadapan dengan komen-komen spam ini, tetapi sebagai seorang blogger, ia menjadi salah satu tanggungjawab untuk tapis komen-komen agar ianya tidak berbentuk provokasi, tidak menyentuh sensitiviti, dan tidak mendatangkan mudarat.

Dalam Islam, mendekatkan silaturrahim adalah satu kewajipan. Maka, itulah yang harus dilakukan oleh blogger Malaysia apabila berhadapan dengan komen-komen di dalam entri yang telah ditulis. Jika mahu membalas komen sedia-ada, fikirkan ayat paling baik dan cubalah jadikan ruangan komen satu bentuk perbincangan yang sihat.

Tips Ruangan Komen Blogspot

Untuk ruangan komen blogspot, saya suka mengesyorkan blogger untuk buat tetapan atau setting seperti di bawah ini:
Tips Uruskan Ruangan Komen Blogspot
Untuk komen yang dianggap spam, komen tersebut akan dihantar ke email kita untuk pengesahan atau kelulusan (email moderation request). Jika anda sentiasa online, anda boleh dengan mudahnya approve komen dianggap spam itu menerusi email anda.

Komen-komen adalah satu bentuk bukti bahawa blog anda ada pembacanya sendiri. Jika blog anda terima banyak komen, ia menjadikan blog anda seolah hidup dan mereka mahu berkongsi sesuatu atas pandangan mereka.
[Dah Baca?] Bina Kredibiliti Diri Menerusi Komen
Blog anda tanggungjawab anda, termasuklah komen yang ditinggalkan oleh mereka yang baca blog anda. Walaupun komen mereka boleh disabitkan dengan kesalahan dalam Akta 588 SKMM, adalah menjadi tanggungjawab anda supaya blog anda memberikan manfaat bukan mudarat.

16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. HH blogger dikenali ramai la cik ani bang ani ni duk komen.... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha .. kenal dalam ni je, luar tak ramai orang kenal siapa saya :)

      Padam
  2. tqvm atas info, mmg kita perlu jujur ketika mberi komen, kerana datang dr hati jika tanpa nama jelas pengomen tu saja2 je nak buat onar,..tahniah tuan blog, teruskan usaha mendidik blogger..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah ... jalan masih panjang dan edukasi untuk penulis blog di Malaysia masih di tahap rendah.

      Padam
  3. Saya tutup untuk Anonymous... Saya guna registered user.. sebab biasanya Spam datang dari Anonymous... nice info bang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sebelum ni buat begitu, tapi ada rakan blogger dari platform lain susah nak komen ...

      Padam
  4. GV pun selalu kena dengan komen Spam ini. Jenuh nak padam satu-satu. huhu.

    BalasPadam
  5. Dulu di blogger dot com. Sekarang dekat wordpress , jadi kita dapat elak semua ni dengan pasang plugin je. Setting 1 tempat, semua setel.

    Apapun abang HH my sifu dalam dunia Blog.

    BalasPadam
  6. spam ade di mana mana...seumpama fake account di facebook hehehe

    BalasPadam
  7. sama seperti saya, ada saje komen spam. tq share info yang berguna ini.

    BalasPadam
  8. Walaupun dah pasang plugin pun still kena spam. Huhu. Boleh cuba kaedah ni pula, tengkiu :)

    BalasPadam
  9. Lebih popular sebuah blog, lebih banyak spam diterima :-) Kalau tak pun guna sistem need approval sebelum komen tersiar :-)

    BalasPadam
  10. pening juga bab komen spam ni malah bila saya komen dalam fb juga dianggap spam?knpa ye?
    mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada yang flag komen Kak Tie di FB sebagai spam. FB dia detect spam jika:
      1- Kerap komen dengan ayat yang sama, patah prkataan pendek.
      2- Dalam komen tu ada link ke pautan spt laman web trtntu.
      3- Penggunaan pemendekan url yang terlalu kerap

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement