Kisah Penceraian Nabi Ismail Untuk Panduan

Kisah Penceraian Nabi Ismail a.s Sebagai Panduan. Tips Menjadi Isteri Terbaik Dalam Rumahtangga.

Zaman sekarang banyak betul kisah penceraian. Allahu Akbar, mohon dijauhkan perkara seperti ini. Penceraian adalah jalan akhir untuk menyelesaikan masalah rumahtangga, walaupun ia perkara halal yang boleh dilakukan di dalam Islam, ia adalah perkara yang tidak disukai Allah S.W.T.

Saya bukanlah seorang pakar dalam bab hal rumahtangga ini. Saya bukan seorang kaunselor. Saya bukan pakar rujuk, namun saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam menilai sebuah perhubungan di dalam ikatan perkahwinan yang sah.

Kisah Penceraian Nabi Ismail Untuk Panduan

Apa yang akan dikongsikan ini adalah petikan daripada sebuah buku "70 Sifat Lelaki dan Wanita Yang Perlu Diketahui". Ia adalah petikan kisah penceraian Nabi Ismail, anak Nabi Ibrahim a.s. Mungkin kisah sejarah ini boleh dijadikan panduan dalam hal berkaitan penceraian.
Kisah ini berlaku semasa Nabi Ibrahim a.s menziarahi rumah anaknya. Ketika Nabi Ibrahim a.s datang ziarah, anaknya Nabi Ismail tiada di rumah. Hanya ada isteri Nabi Ismail sahaja, yang tidak pernah lagi bertemu dengan ayah mertuanya.

Apabila sampai di rumahnya terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim a.s dan menantunya ini:

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
Menantu: Aku isteri Ismail
Nabi Ibrahim: Dimanakah suami mu, Ismail?
Menantu: Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga ?
Menantu: Oh kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh tidak penah senang dan lapang)
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suami mu pulang sampaikan salamku padanya, katakan padanya tukar tiang pintu rumahnya (kiasan untuk menceraikan isterinya)
Menantu: Ya baiklah

Setelah Nabi Ismail pulang dari berburu, isterinya terus menceritakan tentang seorang tua yang telah singgah menziarahi rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa yg ditanya oleh orang tua itu?
Isteri: Dia bertanya tentang kehidupan kita....
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Aku ceritakan kita ni orang susah, hidup kita ni selalu dalam kesempitan tidak penah senang...
Nabi Ismail: Ada dia pesankan apa-apa?
Isteri: Ya ada, dia pesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Sebenarnya dia tu ayahku, dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah S.W.T.

Tidak lama selepas itu Nabi Ismail berkahwin lagi, setelah sekian lama, Nabi Ibrahim a.s datang lagi ke Mekah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya itu. Maka, terjadilah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?
Menantu: Dia tiada di rumah, dia sedang berburu
Nabi Ibrahim: Bagaimana hidupmu sekeluarga? Mudahan dalam kesenangan
Menantu: Syukur kepad Tuhan, kami semua di dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim Baguslah kalau begitu
Menantu: Silalah duduk sebentar, boleh saya hidangkan sedikit makanan untuk tuan
Nabi Ibrahim: Apa pula yang kamu nak hidangkan?
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman terlebih dahulu

Nabi Ibrahim: (berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku, berkatilah mereka di dalam makan dan minum mereka.  

Nabi Ibrahim: Baiklah. Nanti apabila suamimu pulang sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia kekalkan tiang pintu rumahnya (kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang seperti biasa dia akan bertanya sekiranya ada sesiapa yang datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa ketiadaan aku di rumah?
Isteri: Ya. Ada seorang tua yang baik rupanya dan perwatakan sepertimu
Nabi Ismail: Apa katanya?
Isteri: Dia bertanya tentang hidup kita
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik. Tiada apa yang kurang. Malah, aku ajak dia makan dan minum.
Nabi Ismail: Ada dia pesan apa-apa?
Isteri: Ada, dia kirim salam buatmu dan suruh kekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Oh begitu. Sebenarnya dialah ayahku! Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang diminta untuk dikekalkan.
Isteri: Alhamdulillah. Syukur.

Jadi bagaimana dengan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ini? Ada sesuatu anda perolehi tak?

Tips Menjadi Isteri Terbaik Buat Sebuah Perkahwinan

Tips Menjadi Isteri Terbaik Dalam Perkahwinan
Wanita yang benar adalah yang menjaga martabat rumahtangganya apabila si suami tiada di rumah untuk menunaikan tugas kerja atau untuk tujuan yang lain, baik untuk kepergian dalam waktu dekat maupun dalam waktu lama. Wajib bagi seorang isteri untuk menjaga kehormatan suami, menjaga harta dan rumahtangganya.


  • [col]
    • Andai ada masalah rumahtangga, tidak boleh ditunjukkan kepada umum, apatah lagi memperbesarkannya. Mesti sentiasa bermuka manis dan ceria. Seorang isteri perlu dan wajib redha dengan apa yang diperoleh oleh suaminya dari segi rezeki, setelah suaminya berusaha mendapatkannya dengan cara halal, sama seperti suaminya telah ikhlas dan redha dengan apa yang Allah S.W.T telah berikan.
    • Sebagai seorang isteri, kena jaga lisan atau tutur kata berkaitan rumahtangganya. Sebagai seorang suami, kenalah sabar dengan karenah isteri selain menasihati dan membimbing ke arah jalan yang betul mengikut panduan Al Quran dan Sunnah Nabi.

Mudah untuk dikata, disebut dan ditulis. Apapun, ia bukan satu halangan untuk kita peroleh sebuah hubungan rumahtangga yang diredhai Allah S.W.T.

Rumahtangga adalah satu cabaran kehidupan untuk pasangan sah suami isteri. Jaga rumahtangga itu dengan kesucian.


Tahukah anda, memperoleh seorang isteri adalah merupakan satu ujian dari Allah S.W.T dalam menjalankan agama. Dan ujian ini dihadirkan dengan seribu satu keberkatan yang tak akan diperoleh oleh mereka yang tidak berkahwin. 

Maka, jika anda sudah berkahwin...jagalah sebaiknya.

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,51,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,336,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Kisah Penceraian Nabi Ismail Untuk Panduan
Kisah Penceraian Nabi Ismail Untuk Panduan
Kisah Penceraian Nabi Ismail a.s Sebagai Panduan. Tips Menjadi Isteri Terbaik Dalam Rumahtangga.
https://3.bp.blogspot.com/-8h9FzFBIi9E/WeAZ1iijQZI/AAAAAAAAmcg/skqzd_YeraMUTYvo7ZQKS2L5GZYSvBckgCLcBGAs/s1600/panduan-ceraikan-isteri.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-8h9FzFBIi9E/WeAZ1iijQZI/AAAAAAAAmcg/skqzd_YeraMUTYvo7ZQKS2L5GZYSvBckgCLcBGAs/s72-c/panduan-ceraikan-isteri.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/10/kisah-penceraian-nabi-ismail-untuk.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/10/kisah-penceraian-nabi-ismail-untuk.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy