Khasiat & Kegunaan Pokok Bunga Kantan

Khasiat dan Kegunaan Pokok Bunga Kantan. Apa Kelebihan Yang Ada Pada Bahagian Pokok Bunga Kantan yang Lain Selain Bunganya?

Ramai yang tahu dan kenal akan bunga Kantan, tetapi tak ramai yang pasti akan rupa pokok bunga Kantan ini. Aha .. kalau kat kampung, ia mungkin mudah untuk anda cari, tetapi kat bandar mungkin agak sukar, melainkan pihak majlis atau bandaran ada menanam pokok bunga Kantan ini sebagai tanaman landskap.

Bunga Kantan berwarna merah muda, umum diketahui banyak digunakan dalam masakan beberapa menu popular di Malaysia iaitu Laksa, Asam Pedas, Tomyam dan juga Nasi Kerabu. Malah, ada yang menggunakannya sebagai gubahan hiasan dek kerana bunga Kantan mempunyai kelopak yang cantik ketika bunganya mekar.

Khasiat dan Kegunaan Pokok Bunga Kantan

Khasiat Kegunaan Pokok Bunga Kantan
Bunga Kantan juga dikenali sebagai bunga siantan. Ia merupakan sejenis pokok saka herba. Pokoknya menegak dengan batang hijau yang lurus. Daunnya tirus dan panjang seperti daun pokok Lengkuas. Saya kerap tersilap mengenal pokok bunga Kantan ini dengan pokok Lengkuas. Serius ianya sangat serupa.

Ia mempunyai bunga yang cantik dan berbau kuat. Ada tiga jenis bunga Kantan yang terdapat di Malaysia iaitu yang berwarna putih, merah jambu dan merah. Bunga Kantan yang berwarna merah sering menjadi pilihan ramai terutama untuk seni gubahan kerana warnanya yang lebih menarik. Bunga Kantan berwarna putih dan merah jambu pula sering dijadikan bahan dalam masakan.
Khasiat Kegunaan Pokok Bunga Kantan
Tumbuhan herba ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan. Hampir keseluruhan bahagian pada pokok bunga Kantan mempunyai khasiat serta manfaat yang bagus untuk tubuh manusia.

Meh saya kongsikan beberapa khasiat kegunaan pokok bunga Kantan ini untuk pengetahuan anda ye .... huhu .. jangan ingat bunga atau tunasnya sahaja ada gunanya.

Batang Pokok Bunga Kantan

Khasiat Kegunaan Pokok Bunga Kantan
Dipercayai dan diamalkan oleh orang-orang lama untuk mengubati penyakit bengkak-bengkak pada tubuh badan. Tetapi yang paling dan sering diamalkan ialah untuk hilangkan bau badan, terutama untuk wanita baru lepas bersalin. Anda hanya perlu potong pendek-pendek batang pokok bunga Kantan ini, tumbuk sehingga hampir lumat dan didihkannya. Ambil air tersebut dijadikan mandian. Errr jangan pula masa tengah panas-panas tu, anda terus siramkan badan .. biarkanlah ia sejuk sedikit.

Isteri saya sendiri menggunakan pokok bunga Kantan ini ketika dalam pantang bersalin, dijadikan bahan untuk mandian setiap pagi bersama pokok-pokok herba yang lain.
[Dah Baca?] Ibu Mengandung Dilarang Mandi Kolam Air Panas

Buah Pokok Bunga Kantan

Khasiat Kegunaan Buah dan Bunga Kantan
Ia boleh memberikan kesan untuk menambah selera makan, mengurangkan rasa kurang bermaya dan sebagai penawar bagi menghilangkan lendir dan kahak pada tekak. Anda perlu tumbuk buah atau bijinya sehingga lumat sehingga keluar air. Toskan biji tersebut untuk asingkan hampas biji dengan airnya. Ambil air ini, campurkan dengan segelas air suam, minumlah setiap pagi dan malam.

Ada juga yang mendakwa buah pokok Bunga Kantan dapat membantu dalam menguatkan tenaga batin lelaki... huhu. Sejauh mana kebenarannya, tidaklah dapat dipastikan.

Daun Pokok Bunga Kantan

Jika anda merebus daunnya, air rebusan ini boleh dijadikan sebagai bahan untuk mencuci luka di badan. Gunakan air rebusan daun pokok bunga Kantan ketika suam. Hanya lumurkan sahaja pada tempat atau bahagian luka tersebut.

Bunga Kantan

Bunga Kantan baik yang berwarna putih, merah jambu mahupun merah memang sesuai dan sering dijadikan bahan aroma dalam masakan. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan rasa dan bau, tetapi ada khasiatnya tersendiri.

Bunga ini boleh sahaja dimakan terus atau direbus dijadikan sebagai ulam-ulaman. Ramai yang berkata, dengan memakan bunga Kantan ini .. ia boleh memberikan kesan awet muda kepada yang mengamalkannya.

Ia juga didakwa boleh membantu dalam rawatan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi, dengan meminum air rebusan bunga Kantan. Pun begitu, ia perlu diambil dalam sukatan yang betul kerana khuatir ada kesan sampingan seandainya mengambil air rebusan bunga Kantan secara berlebihan.

Kelebihan Pokok Bunga Kantan
Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan dan khasiat serta kegunaan pokok bunga Kantan ini. Alhamdulillah, dah dapat banyak ilmu tambahan mengenai pokok yang sangat mudah ditanam ini. Anda boleh gunakan batangnya untuk menanam di halaman rumah, hanya cucuk terus ke dalam tanah. Atau paling baik, ambil ubinya dan tanam seperti anda menanam pokok Lengkuas, Halia atau Kunyit.

Pokok bunga Kantan hidup subur di kawasan berair dan lembap. Menariknya mengenai pokok ini, ia seperti tiada musuh kerana serangga terutamanya tidak berminat untuk menyerang pokok ini kerana aroma yang terdapat padanya.
[Dah Baca?] Kenali Pokok Herba di Mini Zoo Ethno Taiping
Untuk pengetahuan anda, setiap rumpun pokok bunga kantan mampu menghasilkan antara tiga hingga tujuh kuntum bunga bergantung kepada kesuburan dan saiz perdu pokok. Ia berbunga sepanjang tahun, namun ada beberapa bulan tertentu (dalam tempoh agak panjang), bunganya berkurangan.

Di pasar, harga bunga Kantan boleh mencecah sehingga RM1 sebatang ... terutama di musim-musim perayaan seperti Hari Raya kerana permintaan yang tinggi. Jadi, nak jimat ... boleh je anda tanam pokok bunga Kantan ini di rumah ... :)

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,298,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,297,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,355,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,60,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Khasiat & Kegunaan Pokok Bunga Kantan
Khasiat & Kegunaan Pokok Bunga Kantan
Khasiat dan Kegunaan Pokok Bunga Kantan. Apa Kelebihan Yang Ada Pada Bahagian Pokok Bunga Kantan yang Lain Selain Bunganya?
https://3.bp.blogspot.com/-S-mUBw0DHGE/We1hOsw04mI/AAAAAAAAnOI/hr1yoaDVFfYrURqaEP-E62a7hutjuTiBwCLcBGAs/s1600/khasiat-kegunaan-pokok-bunga-kantan.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-S-mUBw0DHGE/We1hOsw04mI/AAAAAAAAnOI/hr1yoaDVFfYrURqaEP-E62a7hutjuTiBwCLcBGAs/s72-c/khasiat-kegunaan-pokok-bunga-kantan.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/10/khasiat-kegunaan-pokok-bunga-kantan.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/10/khasiat-kegunaan-pokok-bunga-kantan.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy