Diserbu kaki like di media sosial Instagram. Untung ada rakan-rakan atau follower Instagram yang rajin like gambar yang kita kongsikan di situ. Alhamdulillah, bila ada rakan follower yang rajin like ni, tentu lebih semangat dan seronok nak upload gambar lagi di Instagram, betul tak?

Tapi, apa yang membuatkan rakan-rakan follower ini nak like gambar di Instagram? Ada banyak sebab, dan saya mahu kongsikan kepada anda.

Bagaimana Untuk Diserbu Kaki Like Instagram?

Diserbu Kaki Like Instagram
Tips Instagram
Untuk pengetahuan, saya baru sahaja buka satu akaun Instagram baru. Akaun Instagram lama yang telah mempunyai lebih daripada 5,000 followers atau pengikut telah dipadamkan atas sebab-sebab tertentu.

Akaun Instagram baru saya ialah https://www.instagram.com/hasrulhassancom. Ia disesuaikan dengan laman FB Page blog saya iaitu https://www.facebook.com/hasrulhassancom. Ia adalah untuk tujuan penjenamaan blog yang sering saya sebutkan.

Sejak saya mempunyai telefon Oppo R9s ni, saya agak rajin ambil gambar dan berkongsi di laman sosial Instagram. Ia banyak memuatkan gambar-gambar berkaitan kekeluargaan termasuklah trip percutian keluarga, aktiviti yang saya dan anak-anak lakukan setiap hari serta gambar yang ada kaitan dengan blog saya.

7 Tips Untuk Dapat Like Tinggi di Instagram

Okay. Bagaimana nak dapatkan likers yang tinggi pada setiap gambar yang kita muat-naik di Instagram?

Daripada beberapa panduan yang telah saya baca, ada beberapa tips utama yang boleh menyebabkan gambar Instagram diserbu kaki like ni. Antaranya:

Gambar Cantik - Jika gambar yang anda ambil tidak berapa cantik, gunakan beberapa aplikasi percuma yang boleh edit gambar supaya kelihatan lebih menarik daripada biasa. Tak pun, guna sahaja beberapa preset yang ada pada kamera, terutama pada kamera smartphone untuk menghasilkan gambar yang lebih baik.


Gambar Ada Cerita - Gambar yang mempunyai cerita akan menarik minat orang untuk like. Kuatkan penceritaan pada gambar dengan kapsyen yang sesuai. Kadang, anda dah letak gambar yang cukup cantik, tapi orang tak faham apa maknanya. Jika yang melihat faham apa yang anda muat-naik di Instagram, orang yang melihat bukan sahaja akan like, tetapi juga akan komen.

Teknik Gambar Rule of Third - Salah satu cara nak hasilkan gambar yang menarik perhatian ialah teknik mengambil gambar. Paling asas untuk sebuah gambar yang menarik ialah menggunakan teknik 'rule of third'. Nak cerita detail pasal ni ... agak panjang .. anda boleh cuba rujuk sini - Rule of Thirds
atau mungkin rujuk sini - Improve Your Composition With the Rule of Thirds

Teknik Gambar Close-up - Jika anda muat naik gambar makanan, gunakan teknik ini untuk mendapatkan likers yang tinggi. Gambar yang detail sangat seronok dilihat, dan mudah mendapat perhatian orang.

Gambar Dengan Emosi - Gambar yang menunjukkan emosi adalah gambar yang hidup. Ia akan mengajak orang untuk selami apakah perasaan yang sedang digambarkan menerusi foto yang dimuat-naik.

Latar Belakang Awesome - Aha .. pernah nampak tak, gambar orang tu taklah kacak atau cantik, tetapi pemandangan di belakang atau latarnya begitu awesome, sehingga membuatkan orang berikan like yang sangat tinggi?

Rajin Like Gambar Orang Lain - Teknik asas, what u give is what u get. Simple. Mahu orang like gambar anda, rajinkan diri untuk like gambar rakan-rakan follower.

Aha, saya harap perkongsian beberapa tips di atas akan bantu anda yang sering muat naik gambar ke Instagram mendapat banyak like daripada kaki like Instagram.

 
Pun begitu, anda juga perlu fikirkan beberapa faktor bonus ini untuk mendapatkan likers yang tinggi pada setiap gambar yang dimuatkan di Instagram:

Jumlah Followers - Makin ramai .. .maka makin mudahlah dapat banyak like pada setiap gambar, tetapi saya nak beritahu anda, ia tak semestinya satu jaminan. Cuba anda fikirkan:
  • Ada followers 3000, tetapi setiap gambar cuma dapat paling tinggi 300 likers.
  • Ada follower 300, tetapi setiap gambar boleh dapat lebih daripada 1,000 likers.

Jenis Kamera - Kamera yang bagus akan hasilkan gambar yang cukup awesome. Anda boleh bandingkan gambar yang dimuat-naik daripada kamera smartphone Apple iPhone 7 dengan kamera smartphone jenama Huawei Honor 7. Bandingkan pula dengan gambar yang diambil menggunakan HD dengan gambar yang diambil menggunakan shot biasa. Bagaimana gambar itu dimuat-naik daripada gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR?

[Dah Baca?]Kenapa Follower Instagram Berkurangan?

Jadi, untuk mendapatkan likers tinggi dan diserbu kaki like Instagram, anda bolehlah cuba ikuti tips-tips diberikan di atas, saya sendiri pun sedang cuba mengaplikasikan teknik tersebut. :)
Tips Diserbu Kaki Like Instagram

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Eh eh terselit muka saya tu, hihihi. @noormaizan

    BalasPadam
  2. Dah follow yang baru.

    Tapi memang pelik dengan followers instagram ini kalau surut memang selalu aje Mrs. A kena huhuhu...

    Kalau nak banyak likes memang kena rajin like. Kalau tak nan hado la jawabnya.

    BalasPadam
  3. Kadang kita rajin like. Tapi org tak rajin nak like balik. Acaner tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tgk masa kita nak upload gambar. Ada waktu tertentu di mana ramai orang akan buka instagram ni. Kena tgk insight dalam instagram

      Padam
  4. like..unlike..follow..unfollow. di instagram.Ade spesis begini. Kita like n follow aje instagram org.huhuhuhu..sendu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada, tu sbb kena cari followers genuin ni, mana akaun yang nampak pelik je .. letak gambar ntah sapa2 ..baik jgn follow

      Padam
  5. Balasan
    1. Skrang ada MYCYBERSALE .. leh la beli, ada diskaun menarik tu untuk handphone canggih macam Oppo ... :) :) Vivo. Dua jenama ni ada kamera yang cantik.

      Padam
  6. lagi canggih telefon lagi cantik gambar. haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement