Cara tidur boleh dedah tingkahlaku seseorang !! Percaya atau tidak memang terdapat kajian yang dilakukan untuk melihat kaitan tingkah-laku seseorang dengan cara tidurnya. Samada ia benar atau tidak, uhh tak dapatlah saya nak pastikan.

Mungkin perkongsian saya ini boleh memperlihatkan samada adakah betul cara tidur seseorang mencerminkan tingkah-laku sebenar seseorang. Bagaimana nak tahu bagaimana diri sendiri tidur? Aha... mintalah pasangan anda untuk ambil gambar anda ketika itu, dan baca perkongsian saya ini.

6 Cara Tidur Dedah Tingkahlaku Diri

6 Cara Tidur Dedah Tingkahlaku Diri
Pengarah Khidmat Nasihat dan Penilaian Tidur, University of Surrey di selatan England, Profesor Chris Idzikowski telah mengenal pasti enam posisi tidur yang popular. Menurut beliau, kedudukan atau cara tidur ini menceritakan tingkah laku seseorang di bawah sedar. Ini kerana, ketika dalam keadaan jaga, ramai yang berhati-hati dengan bahasa tubuh.

Berikut adalah enam posisi tidur yang popular tersebut, dan kaitannya dengan kelakuan atau tingkahlaku seseorang.
6 Cara Tidur Dedah Tingkahlaku Diri

Janin dalam Kandungan (The Foetus)

Tidur seperti keadaan janin dalam kandungan ibu, keadaan di mana kaki dan tangan merapat ke badan, dan tubuh sedikit melengkung.

Digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif. Seorang yang pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan relaks. Bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.

Batang Balak (The Log)

Tidur dalam keadaan tegak mengiring, kaki dan tangan melurus ke bawah. Orang yang tidur seperti ini tergolong dalam kelompok mereka yang tidak serius dan gemar bersosial. Mereka mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.

Mengiring dan Tangan Menghala ke Depan (The Yearner)

6 Cara Tidur Dedah Tingkahlaku Diri
Tidur samada mengiring kiri atau kanan, dengan tangan mengunjur ke hadapan. Ia menunjukkan diri seseorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain. Lambat membuat satu-satu keputusan, tetapi, sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.

Tentera (The Soldier)

Keadaan tidur seperti seorang askar sedang berbaris. Tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya. Mereka juga tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.

Jatuh bebas (The Freefaller)

Tips Ketahui Kelakuan Dari Cara Tidur
Posisi tidur dalam keadaan terlungkup dengan tangan ke atas. Mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung. Biasanya, mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.

Tapak Sulaiman (The Starfish)

Bayangkan tapak sulaiman, begitulah posisi tidur ini. Mereka boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan. Secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.

Ini kajian orang Eropah, kebenarannya boleh disangkal lagi sebab orang Asia .. orang Eropah kan lain-lain, lagilah orang Malaysia ni yang sudah majmuk dalam pelbagai perkara.... tak gitu?

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Siapa boleh tidur macam tentera tu memang respect lah... kejung je sampai pagi...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement