Apa itu Antioksidan?

Antioksidant – anda mungkin pernah dengar istilah ini di sekitar kedai makanan kesihatan di bandar atau pun perbincagan mengenai topik kesihatan dan pencegahan penyakit.

Carian melalui Google menunjukkan penggunaan istilah ini telah berkembang pesat semenjak dua dekat yang lalu ini, selaras dengan peningkatkan minat dalam permakananhidup yang lebih sihat. Tetapi tahukan anda apa itu antioksidan sebenarnya?

Tahukah Anda Apa Itu Antioksidan?


Apakah Yang Dimaksudkan Antioksidan
Merujuk kepada kamus, antioksidan merupakan bahan yang menghilangkan agen-agen pengoksida yang berpotensi merosakkan organisma hidup didalam badan. Pengoksidaan di dalam tubuh manusia adalah tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas yang boleh menyebabkan tindak balas rantaian yang boleh merosakkan sel.

Malah proses metabolisma atau pemprosessan oksigen yang kita ambil melalui pernafasan,atau penghasilan tenaga daripada sel-sel, boleh menghasilkan radikal bebas seperti itu.

Tubuh Banyak Radikal Bebas

Tubuh kita adalah penciptaan Tuhan yang menakjubkan, kerana ia juga boleh menghasilkan antioksidan yang diperlukan untuk mengatasi kerosakkan ini. Walau bagaimanapun, kandungan radikal bebas ini jauh lebih banyak daripada antioksidan yang terdapat di dalam tubuh kita, terutamanya di dalam dunia yang semaking tercemar ini.

Oleh itu, untuk membantu badan kita mengekalkan keseimbangan, bekalan antioksidan luar yang berterusan diperlukan untuk membantu meneutral dan menghilangkan radikal bebas.

Sumber Antioksida Daripada Alam Semulajadi - Makanan


  • [col]
    • Inilah sifat alam semulajadi yang menyediakan apa yang diperlukan oleh badan kita. Antioksidan boleh didapati di kebanyakkan makanan yang ber asaskan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga boleh di dapati di dalam teh, wain dan coklat!
    • Terdapat juga banyak jenis antioksidan yang lain, beberapa yang popular adalah vitamin (beta-Karoten), C, dan E. Andajuga mungkin pernah dengar mengenai flavanols – yang terdapat di dalam coklat dan lycopene yang terdapat di dalam tomato.
    • Salah satu sebab di sebalik kenaikan minat terhadap jus buah-buahanan dan sayur-sayuran baru-baru ini – selain daripada kelazatannya adalah jumlah antioksidan yang banyak yang boleh diperolehi daripada mereka.

Sumber Buah-Buahan Antioksida

Ambil minuman Heartbeat daripada Juice Works, yang mengabungkan kebaikkan antioksidan yang kuat dari limau gendang, oren, lobak merah, epal dan timun. Ia mempunyai hesperidin antioksidan daripada oren, dimana ia boleh membantu meningkatkan fungsi saluran darah dan menurunkan risiko penyakit jantung seseorang.

Selain daripada antioksidan alfa dan beta-karoten, yang bain untuk kuit, paru-paru, sistem imun dan kesihatan jantung, wortel mengandungi antioksidan lutein yang penting untuk kesihatan mata. Di samping kaya dengan vitamn A dan C, limau gendang juga mempunyai antioksidan naringenin, yang telah didapati untuk membantu hati memecah lemak dan meningkatkan kepekaan sel tubuh terhadap insulin. Terdapat bukti menyatakan bahawa naringenin mungkin melindungi hati daripada kerosakan.
[Dah Baca] Kebaikan Yang Ada Pada Vivix Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Timun, mempunyai banyak antioksidan juga. Sekali lagi, selain vitamin C fan beta-karoten, ia mengandungi flavonoid seperti kaempferol, yang dapat membantu melawan kanser dan menurukan risiko penyakit kronik, termasuk penyakit jantung.

Epal juga adalah kaya dengan flavonoid yang mempunyai antioksidan yang banyak. Saintis kini telah mengira kuasa antioksidan epal adalah bersamaan dengan lenih daripada 1,5000 miligram vitamn C.

Jadi apa yang anda tunggukan? Dapatkan secawan Heartbeat – atau mana-mana jus pilihan anda dari Juice Works hari ini - dan bantu badan anda melepaskan radikal bebas yang jahat!


p.s: Mahu artikel anda diterbitkan dalam blog ini? Hubungi saya untuk pakej pengiklanan review/advertorial ini. Harga boleh dirunding.

Post a Comment

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.