6 Tips & Panduan Untuk Uruskan Almari Pakaian Agar Kelihatan Kemas

AI Trade
Almari adalah merupakan antara perabot wajib ada di dalam rumah. Setengah orang sukakan almari yang besar, ada pula cukup almari yang simple sahaja tetapi kemas. Pun begitu, fungsi almari terutama almari baju akan cacat jika kita sendiri tak pandai untuk menguruskan pakaian di dalam almari.

Anda tentu rimas kan kalau almari pakaian anda berselerak. Uhh apa guna ada almari cantik dan nampak mewah, tetapi isi dalamnya bersepah dengan pakaian yang tidak dilipat dan digantung dengan baik. Silap-silap, selak pakaian bertimbun, boleh jumpa anak tikus .. huhu.

6 Tips Uruskan Almari Pakaian Agar Sentiasa Kemas dan Tersusun

6 Tips Uruskan Almari Pakaian Agar Sentiasa Kemas dan Tersusun
Almari pakaian perlu dalam keadaan kemas dan tersusun. Pada saya, almari yang sebegini akan memudahkan saya untuk pilih pakaian yang sesuai. Malah, kita akan tahu mana satu pakaian yang sudah dipakai dalam minggu tersebut. Takkan nak pakai baju sama dalam minggu yang sama, ye tak?

Maka, penting untuk memastikan almari kita diurus dengan baik.

Bagaimana caranya? Ikuti tips di bawah ini untuk bantu anda perelokan dan perkemaskan keadaan dalam almari pakaian anda.Bagaimana Susun Pakaian Dalam Almari Lebih Kemas

Gunakan Penyangkut Pakaian yang Sama

Jadikan sebagai tanggungjawab anda untuk memastikan penyangkut yang digunakan adalah sama daripada segi warna, jenis, bentuk dan susunan kepalanya agar ia kelihatan seragam dan sedap mata memandang.

Pastikan Pakaian Digantung Menghadap Arah yang Sama

Demi memastikan almari kelihatan lebih tersusun, pastikan tag, saiz, butang mahupun leher kolar pakaian anda menghadap arah yang sama. Ia juga akan memudahkan anda untuk memilih dan mencapai pakaian yang ingin dipakai setiap hari.

Kalau tidak, pakaian yang digantung akan mudah terjatuh atau terkeluar daripada penyangkut. Aha .. nanti bergumpal semua pakaian anda tu bila dah jadi begitu.

Asingkan Pakaian Mengikut Kod Warna

Cipta satu kaedah yang boleh memudahkan anda untuk melihat pilihan warna pakaian yang anda miliki. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses campur dan padan dalam memilih konsep pakaian harian.

Kaedah ini sangat penting untuk mereka yang mementingkan penampilan dan gaya. Anda tentu akan rasa terkejut bila pakaian yang tersusun elok di almari membolehkan anda mengayakan lebih banyak fesyen walaupun jumlah pakaian anda tidak begitu banyak.

Sediakan Ruang untuk Aksessori dan Pakaian Dalam

Aksessori seperti tali pinggang, tas tangan, tali leher dan sebagainya hendaklah diasingkan di satu ruang mengikut kategori dan mudah untuk dijumpai. Gantung tali pinggang pada cangkuk dan susun tas tangan pada rak asing.

Begitu juga dengan sapu tangan, seluar dalam, bra dan sebagainya. Asingkan di dalam laci almari, atau sediakan satu ruang khas untuk jenis-jenis pakaian seperti ini. Tudung yang beraneka fesyen, elok disangkut berasingan, jauh dari jenis pakaian yang lain.
6 Tips Uruskan Almari Pakaian Agar Sentiasa Kemas dan Tersusun
[Dah Baca?] Panduan Nak Dapatkan Perabot Mewah Harga Murah Terus Dari China

Susun Baju Anda

Pelbagai tip melipat baju dengan kemas boleh didapati di internet. Oleh itu, lipat dan susun baju menghadap bahagian yang terlipat untuk memudahkan anda mengeluarkannya daripada laci pakaian kelak. Pastikan juga semuanya tersusun mengikut kod warna. Ini dapat menjimatkan ruang dan juga masa anda dalam proses memilih pakaian.

Cipta Satu Sudut untuk Capai dan Gerak

Setengah almari pakaian, ada bahagian atau sudut yang mudah dicapai. Sudut capai dan gerak adalah untuk barang keperluan asas yang anda akan gunakan setiap hari. Contoh termudah untuk wanita ialah peralatan solekan, pin tudung dan sebagainya.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

  1. menarik sungguh!

    http://kiracukaipendapatan.blogspot.my/2017/02/doktor-pakar-jantung-didakwa-elak-bayar.html

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.