Tingkatkan Follower Instagram Secara Percuma Dengan Snapwidget

Nak tahu tak cara mudah untuk tingkatkan follower Instagram anda? Salah satu cara yang boleh anda guna-pakai ialah menerusi aplikasi atau widget Snapwidget. Anda boleh gunakan Snapwidget ini di blog anda, agar dapat membantu anda menambah jumlah follower atau pengikut laman Instagram anda.

Pasang widget Snapwidget di blog tak susah mana. Anda cuma perlu daftar atau buka akaun Snapwidget secara percuma, dan pilih mana-mana widget yang sesuai untuk diletakkan di blog anda.

Tingkatkan Follower Instagram Menggunakan Widgt Snapwidget

Tingkatkan Follower Instagram Menggunakan Widgt Snapwidget
Widget Snapwidget telah lama wujud sebenarnya. Namun, tak ramai blogger yang mengunakan widget ini di dalam blog sebagai salah satu cara untuk meningkatkan jumlah follower di akaun Instagram mereka.

Saya tahu ramai rakan blogger yang mempunyai akaun Instagram, tetapi sendu dengan pengikut. Saya harap dengan cara ini, ia boleh bantu untuk tingkatkan jumlah followers di Instagram.

Caranya mudah sahaja.

Anda perlu pergi ke laman web berikut - https://snapwidget.com/signup

Login atau daftar percuma menggunakan email atau boleh terus menggunakan akaun Facebook anda.

Kemudian, anda boleh pilih mana-mana widget yang tersedia di situ.
Tingkatkan Follower Instagram Menggunakan Widgt Snapwidget

Ambil kod HTML yang telah disediakan, dan letakkan di dalam blog anda. Contohnya, anda letak di bahagian sidebar blog seperti di bawah ini.
Tingkatkan Follower Instagram Menggunakan Widgt Snapwidget
Oh ya, menariknya ialah .. bukan setakat anda boleh gunakan widget ini untuk letakkan gambar dari akaun Instagram. Anda juga boleh gunakan ia untuk letakkan gambar dari akaun Facebook, Twitter mahupun Pinterest.

Tujuannya satu, iaitu menambah jumlah pengikut laman sosial berkenaan, selain menambah engagement termasuklah jumlah likes. Cubalah ...

In Sha Allah, lama kelamaan, jumlah pengikut atau followers di laman sosial seperti Instagram akan meningkat, selain bertambah likes. Paling penting, anda tidak perlukan apa-apa modal nak beli likes atau follower .. semuanya percuma.

Semoga bermanfaat untuk anda.

Post a Comment

12 Comments

  1. Kadang-kadang nak urus Insta, Facebook, Twitter, blog, whassap semua sekali memang susah.

    Dengan apps ni memudahkan la. Sesuai itu mereka yang sentiasa sibuk untuk urus media sosial semua sekali :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sama-sama kak mahh, lama tak nampak kak mahh skrang

      Delete
  3. info sgt berguna abg hasrul hassan best bacaa artikel abang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh terima kasih. Saya skrang dah makin malas nak update blog post, tak tahu pasal per.

      Delete
  4. Oh senang juga kalau ada apps macam ni..nak buh dalam blog juga lah

    ReplyDelete
  5. Boleh cuba ni letak kat blog

    ReplyDelete
  6. terima kasih ya tuan untuk ilmu ini..izinkan saya guna yer

    ReplyDelete
  7. blog tak berat letak widget ni.. memang suka sangat ^^

    ReplyDelete
  8. Ooo baru tau. Thanks for sharing Tuan HH...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.