Salam Tahun Baru 1439 Hijrah. Apa Saya Harapkan?

Tahun Baru 1439H, Niat dan Hasrat Sebagai Penulis Blog.

Salam Tahun Baru 1439H. Alhamdulillah, kita semua diberikan nafas udara untuk masih menikmati anugerah kehidupan. Belas kasih Allah S.W.T memang tiada tolok bandingnya, syukur kepadaNYA kita semua dapat berada di tahun baru 1439 Hijrah ini.

Diam tak diam, kita semua sudah melangkah ke satu tahun yang baru, iaitu tahun 1439 Hijrah bersamaan dengan 2017 tahun Miladiyah. 1 Muharram 1439H seperti ditetapkan oleh Panel Pakar Falak JAKIM telah jatuh pada 22 September 2017.

Salam Tahun Baru 1439 Hijrah

Salam Tahun Baru 1439 Hijrah dari HASRULHASSAN.COM
Di kesempatan yang ada, saya dan keluarga termasuklah ahli rakan blogger Kelab Blogger Merdeka  ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 1439 Hijrah dan Salam Awal Muharram kepada semua pembaca-pembaca dan peminat blog Malaysia yang beragama Islam.

Bukan semua kita dapat menikmati tahun yang baru ini, maka, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T, yang telah memberikan nikmatNYA kepada kita semua.

Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan menggunakan nikmat ini dengan rasa syukur ke jalan yang diredhaiNYA, in Sha Allah barangsiapa bersyukur, nescaya Allah S.W.T akan menambah nikmat itu berlipat kali ganda lagi. Dan sebagai penulis blog, wajib menggunakan platform ini untuk menyampaikan kebaikan dan manfaat pada para pembacanya.

Sebagaimana dalam Al Quran telah dinyatakan dalam Surah Ibrahim, ayat 7 Allah S.W.T berfirman;
Maksudnya: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKU), Maka sesungguhnya azabKU sangat pedih."

Gambar Kota Madinah Dulu dan Sekarang

Gambar Madinah
Gambar Madinah
Bila sebut mengenai tahun Hijrah atau Hijriah ini, ada dua perkara yang muncul di benak kepala saya, iaitu peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dari kota Mekah ke Madinah, dan juga bagaimana terciptanya kalendar Hijriah ini pada mulanya.

Dengan hijrah, dua bandar suci umat Islam, iaitu Madinah dan Mekah telah berubah wajah. Lihat dua gambar di atas, gambar kota Madinah dulu dan sekarang. Jauh bezanya bukan?

Dua Perkara Penting Mengenai Hijrah

Kedua-dua fakta penting di atas iaitu peristiwa hijrah Nabi S.A.W dan juga penciptaan kalendar umat Islam pertama pernah saya ceritakan dalam coretan terdahulu, yang mungkin kebanyakan dari anda sudah membacanya.


Kalau menyebut soal peristiwa Hijrah Nabi S.A.W dari Mekah ke Madinah ini, selalunya kebanyakan umat Islam akan menyebut dan mengaitkannya kepada soal perubahan. Perubahan dari yang kurang baik kepada menjadi baik, dan daripada yang baik menjadi lebih baik atau terbaik.

Tanyalah pada sesiapa sahaja, siapa yang tidak mahu menjadi terbaik? Betul kan? Hatta, kalau ditanya pada seorang perompak sekalipun, dia akan menyebut mahu menjadi seorang perompak yang terbaik di kalangan perompak.

Ini lumrah dan memang menjadi kemahuan setiap manusia. Ia naluri.

Menjadi terbaik itu adalah satu perkara yang sangat dituntut di dalam Islam, lebih-lebih lagi dalam perkara yang boleh memberikan manfaat pada Agama, Bangsa, Masyarakat dan Negara. Ia adalah sifat yang ada dalam manusia.

Mesti Dimulakan Dengan Niat Yang Betul

Tapi, mahu menjadi terbaik perlu ada niat yang betul. Dengan niat yang betul, kita akan dipertunjukkan jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T dan hindarkan diri dari tersesat serta mengelakkan diri dari melakukan dosa, maksiat dan mudarat.

Bila ada niat kerana Allah, automatik perkara dan amalan yang akan dilakukan akan menjadi yang baik.

Ada tak perompak nak merompak harta orang menyebut niat "Aku merompak rumah ini untuk langsaikan hutang aku kerana Allah Taala?" sebelum melakukan kerja-kerja yang mendatangkan dosa ini? Uhh .. sudah pasti tidak.

Dengan berniat baik di dalam hati, kita akan diberikan ganjaran oleh Allah. Dan apabila dengan niat baik tersebut, Allah datangkan pula ujian dan musibah, maka ... in Sha Allah, andai kita dapat hadapinya .. Allah akan kurniakan hikmah dan ganjaran lebih hebat, lebih baik daripada apa yang kita mahukan sebelum ini.

Sebagaimana dalam satu hadith sahih yang diriwayatkan daripada Saidina Umar ibn al-Khattab:

Mafhumnya (yang bermaksud): "Setiap amalan perbuatan itu bergantung niatnya dan bagi setiap orang mendapatkan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang niat berhijrah kepada (keredhaan) Allah dan RasulNya, maka hijrahnya pada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang niat hijrahnya untuk mendapatkan dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai apa yang dia niatkan" (H.R al-Bukhari)

Dalam kehidupan kita hari ini, pelbagai bentuk ujian dan cabaran yang menanti di setiap perjalanan kita. Ingatlah bahawa sesungguhnya ujian dan cabaran-cabaran itu tidaklah dapat sebanding dengan ujian-ujian yang telah dilalui oleh Rasulullah S.A.W dan orang-orang terdahulu.

Hadapilah Ujian dan Dugaan Dengan Sabar

Mahu menjadi yang terbaik, kita perlu hadapi ujian dan dugaan. Allah S.W.T tidak akan membiarkan orang-orang yang hidup di atas dunia ini tanpa diuji. Kita perlu hadapi ujian dan dugaan dengan sabar. Kita wajib percaya, apa yang didatangkan kepada kita adalah untuk menjadikan kita lebih baik dan terbaik. Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Ankabut ayat 2:

Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

4 Perkara Halangan

Ulama ada menyatakan terdapat empat halangan atau ujian untuk melakukan kebaikan dan ibadah kepada Allah S.W.T ini, iaitu:
  1. Dunia,
  2. Manusia,
  3. Nafsu 
  4. Syaitan
Memang benar apa yang dikatakan oleh para ulama, kita sering terpedaya dengan empat perkara tersebut. Kita sering lalai dengan agama, dan memilih dunia sebagai matlamat terunggul dalam mengukur pencapaian. Kita rasa seronok dengan apa yang manusia berikan, samada dari segi pujian, hadiah, anugerah dan gelaran serta bermacam perkara.

Kita sering dipesongkan dari niat baik kerana hasutan nafsu dan syaitan. Nafsu yang sentiasa cuba untuk menyelitkan rasa berlebih-lebihan dalam diri yang akhirnya menjerumuskan kita ke arah hasutan syaitan yang mahukan kita berada dalam kemungkaran dan kemurkaan Allah S.W.T.

Hijrah kepada perkara lebih baik itu memang sukar, kerana hijrah sebegitu adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Sepertimana saya ada nyatakan tadi, hijrah Nabi Muhammad S.A.W sendiri ada kesukaran dan kepayahannya, malah ia melibatkan nyawa Nabi S.A.W sendiri, dan nyawa sahabat Nabi yang lainnya terutama Saidina Ali a.s dan Saidina Abu Bakar a.s.

Dengan niat ikhlas utuh lagi jitu, dengan azam mahu hijrah kepada yang lebih baik, in Sha Allah .. Allah S.W.T akan bantu di sebalik ujian dan musibah yang diberikan untuk mengukuhkan lagi niat dan tujuan. Ingat Allah, dan Allah akan mempermudahkan.

Secara Peribadi

Sebagai seorang penulis blog (blogger), secara peribadi, memang niat saya di awal menulis blog mahu memberikan yang terbaik dan bermanfaat untuk pembaca blog saya. Walaupun blog saya tidaklah sehebat penulis blog yang bertaraf selebriti atau dikenali sebagai Online Influencer; namun ... saya mahukan sedikit sebanyak apa yang saya tulis di dalam blog dapat bantu orang lain.

Tidak dinafikan, ketika saya menulis dan menerbitkan blog post atau artikel, ada perkara yang saya telah tulis secara berlebih-lebihan sehingga ada yang tidak senang dan marah kepada saya. Ada pula artikel yang saya tulis tidak sampai maksudnya sehingga ia disalah-ertikan sehingga timbulkan sengketa.

Setiap hari, saya cuba untuk sampaikan dalam cara paling baik untuk semua. Saya mohon maaf atas khilaf yang ada. Saya mohon maaf andai ada antara penulisan saya gagal memberikan apa-apa kebaikan kepada anda sebagai pembaca.

In Sha Allah, andai diberikan kesempatan, saya mahu perbaiki segala kelemahan, dan mahukan blog yang saya wujdukan sejak 2010 ini memberikan sesuatu yang boleh membantu untuk merubah kehidupan orang lain menjadi lebih baik, paling tidak mengelakkan orang lain daripada terjerumus ke arah kemudaratan atau membuat kesilapan yang pernah saya lakukan dalam hidup sebelum ini.

Sebagai penulis blog, tanggungjawab saya menasihati, tanggungjawab saya menyampaikan yang baik, tanggungjawab saya sebagai seorang yang beragama Islam yang mahu hijrah menjadi hamba Allah yang diredhai dan dirahmatiNYA.

Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 218:

Yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharap akan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Salam Tahun Baru 1439 Hijrah dan sama-sama berniat dan berdoa untuk menjadi yang lebih baik.

Artikel disesuaikan dengan teks khutbah Jumaat, Hikmah Hijrah oleh JAKIM.

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,51,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,336,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Salam Tahun Baru 1439 Hijrah. Apa Saya Harapkan?
Salam Tahun Baru 1439 Hijrah. Apa Saya Harapkan?
Tahun Baru 1439H, Niat dan Hasrat Sebagai Penulis Blog.
https://3.bp.blogspot.com/-TkPgAzV3_Y8/WchhKmhTlyI/AAAAAAAAlaU/FCywO9NE8Fo2ydvT5Pv6yrDyyJeabMwggCLcBGAs/s1600/salam-maal-hijrah.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-TkPgAzV3_Y8/WchhKmhTlyI/AAAAAAAAlaU/FCywO9NE8Fo2ydvT5Pv6yrDyyJeabMwggCLcBGAs/s72-c/salam-maal-hijrah.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/salam-tahun-baru-1439-hijrah.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/salam-tahun-baru-1439-hijrah.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy