10 Bahaya Dalam Rumah Kepada Anak Anda Harus Ambil Kira

Ketahui 10 Bahaya Yang Terdapat di Dalam Rumah Anda, Terutama Kepada Anak Kecil. Jadikan Ia Sebagai Panduan Untuk Rumah Lebih Selamat.

Anda ada anak kecil? Dan anak kecil anda tu agak energetik, suka mengembara dalam dunia sendiri walaupun di dalam rumah? Hmm awas, anak-anak kecil ini sentiasa berada di dalam bahaya. Walaupun kadangkala kita fikir mereka dah tahu sikit-sikit tapi bahaya tu tetap ada.

Anak-anak tak boleh kita biarkan terlepas dari pandangan. Sekiranya kita ada kerja sekalipun, pastikan kita tahu di mana anak kita berada di dalam rumah. Anak-anak ini suka explore dan mencuba benda baru. Dek kerana perasaan ingin tahu dan ingin belajar ini, mereka mungkin terdedah kepada bahaya yang kita sendiri tak berapa sedar.

10 Bahaya Buat Si Kecil Di Dalam Rumah

10 Bahaya Buat Si Kecil Di Dalam Rumah
Saya berikan beberapa contoh bahaya yang mungkin buat anak-anak kecil terutama yang baru mula belajar berjalan atau gila stereng ini .... dalam lingkungan umur 2-4 tahun ini. Ia adalah satu ingatan yang sangat baik buat diri saya dan juga anda. Jangan ingat anak-anak berada di dalam rumah tidak terdedah pada bahaya ye ...
  1. Bahaya mencapai barang-barang kaca di rak-rak atau meja. Mereka ini akan cuba capai benda-benda ini, dan silap-silap benda tu boleh jatuh dan memberikan kecederaan kepada mereka. Pastikan cawan kaca, benda-benda berat diletakkan jauh dari capaian anak walaupun diletak di atas meja makan.
  2. Bahaya memanjat tangga. Jika rumah anda ada tangga, pastikan ada penghadang bagi tidak membolehkan anak anda memanjat tanpa pengetahuan anda. Silap-silap boleh jatuh samada ikut tepi tangga atau dari atas tangga itu sendiri.
  3. Awas dengan benda-benda kecil seperti duit syilling, paku, skru yang mungkin bersepah atau berselerakkan. Pastikan anda simpan benda-benda kecil ini di tempat sepatutnya.
  4. Lihat mereka bermain permainan. Atau setidak-tidaknya anda tahu apa permainan yang anak anda main. Sesetengah permainan boleh mencederakan anak anda. Bahaya tercekik adalah salah satunya.
  5. Jangan biarkan lebihan makanan terbiar untuk dicapai oleh anak anda. Kadangkala ada lebihan, cebisan makanan yang terjatuh di lantai yang kita tidak tahu. Untuk itu sentiasa bersihkan lantai anda. Makanan ini mungkin tercemar dengan gigitan serangga perosak seprti lipas.
  6. Tutup pintu bilik air anda, takut-takut anak anda samada sengaja atau tidak masuk ke dalam bilik air. Bahaya terjatuh dan lemas adalah sesuatu yang sering berlaku.
  7. Pastikan anda tidak menakung air dalam baldi, kerana seandaianya anak anda masuk ke bilik air tanpa anda sedari, mereka akan bermain air di dalam baldi, dan bahaya lemas adalah merupakan satu kemungkinan.
  8. Elak meletakkan benda-benda beracun di lantai atau tempat yang mudah dicapai oleh si kecil. Benda beracun boleh memberikan kecederaan serius, terutama pada mata dan juga kerengsaan. Malah, ia boleh menyebabkan kematian, andai termakan oleh anak anda.
  9. Jangan biarkan benda-benda tajam diletakkan di tempat yang boleh dicapai oleh anak anda. Gunting, pisau lipat, pisau dapur, pemutar skru mahupun pen tidak boleh diletakkan merata-rata. Kecuaian tidak menyimpan benda tajam di tempat sepatutnya boleh menyebabkan kematian.
  10. Pastikan wayar elektrik seperti wayar cerek elektrik disimpan selepas digunakan, jangan biarkan ia terjuntai atau tergantung. Simpan di tempat bertutup yang tak boleh dicapai oleh anak anda.
Tips Keibubapan - Bahaya Dalam Rumah Untuk Anak
Harapnya dengan sedikit info ini, saya dan anda sebagai ibu bapa akan lebih berwaspada. Kita tak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada mereka di saat mereka sedang membesar dan meneroka benda-benda baru.

Apa yang dikongsikan ini adalah bersandarkan kepada pengalaman saya dan isteri dalam memastikan anak-anak kami sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan terhindar dari bahaya di dalam rumah.

Pun begitu, setiap isi rumah tak sama. Mungkin ada perkara tambahan yang boleh anda syorkan. Jadi, jangan teragak-agak nak beritahu ye, boleh tinggalkan di ruangan komen.

Moga ada manfaatnya buat kita bersama.

Anak selamat, anak sihat .. in Sha Allah, hidup kita lebih bahagia.

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,300,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,89,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,300,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,358,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,65,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,116,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,180,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: 10 Bahaya Dalam Rumah Kepada Anak Anda Harus Ambil Kira
10 Bahaya Dalam Rumah Kepada Anak Anda Harus Ambil Kira
Ketahui 10 Bahaya Yang Terdapat di Dalam Rumah Anda, Terutama Kepada Anak Kecil. Jadikan Ia Sebagai Panduan Untuk Rumah Lebih Selamat.
https://3.bp.blogspot.com/-MY25fA7fHPw/WcB1D0iYRxI/AAAAAAAAlM4/EaDBJ6yPyKgz6TaDEd9dy3Tnd0t6MtfewCLcBGAs/s1600/10-bahaya-dalam-rumah-untuk-anak.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-MY25fA7fHPw/WcB1D0iYRxI/AAAAAAAAlM4/EaDBJ6yPyKgz6TaDEd9dy3Tnd0t6MtfewCLcBGAs/s72-c/10-bahaya-dalam-rumah-untuk-anak.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/bahaya-dalam-rumah-kepada-anak-anda.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/bahaya-dalam-rumah-kepada-anak-anda.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy