Anda nak tak diberikan kad Touch n Go bernilai RM100 secara percuma? Saya ada tawaran menarik daripada BolehCompare. Jika anda melanggan mana-mana pakej servis broadband yang disenaraikan menerusi BolehCompare, anda boleh dapatkan kad Touch n Go ini secara percuma.

Satu tawaran yang agak menarik, memandangkan di BolehCompare ... ada lebih 90 pilihan pakej servis broadband daripada pelbagai Telco disediakan, termasuklah dari Telekom Malaysia (TM), Maxis, Time Fibre, Celcom 4G LTE, UMobile, YES dan macam-macam lagi.

Tawaran Touch n Go RM100 Percuma Daripada BolehCompare

Tawaran Touch n Go RM100 Percuma Daripada BolehCompare
Saya sebenarnya secara kebetulan ternampak tawaran ini di internet. Kalau ikutkan dah lama juga saya ketahui kewujudan laman web BolehCompare ini. Tapi, tak ada rasa keinginan nak lihat apa yang menarik di dalamnya.

Entah macamana tetiba ada rasa ingin tahu apabila nampak perkataan PERCUMA di sebalik promosi TM Unifi menerusi BolehCompare.

Saya dah lama teringin merasa nak pakai Unifi ni. Tapi kat tempat saya ni, yang jauh kot dari jajaran fiber optik TM, maka servis pemasangan untuk Unifi masih belum ada. Sehingga sekarang (entri ni ditulis), saya masih lagi gunakan pakej TM Streamyx 8Mbps.


Jadi, atas sebab nak tahu tu .. yang saya telah dengan sengajanya masuk ke laman web BolehCompare. Hai bang .. kakak .. benda free ada offer tu, tentulah nak tahu apa syarat dan terma dia .. ye tak?

Bila masuk, saya dapati BolehCompare ada senaraikan sehingga 99 pakej untuk servis broadband sahaja dari pelbagai telco yang ada di Malaysia. Bukan setakat ada promosi kad Touch n Go percuma, tetapi ada promosi sampingan yang lain, contohnya macam TM Unifi ... ada kontest KL2017 yang tawarkan hadiah menarik berupa sebuah kereta baru, telefon pintar Samsung Galaxy S8 serta hadiah giveaway istimewa jersey pasukan Malaysia KL2017 (SEA Games 29th) setiap minggu.

Bagi promosi kad Touch n Go bernilai RM100 percuma ini, tawaran adalah untuk langganan pakej broadband berikut:

  • Time Fibre
  • TM Unifi Advanced
  • TM Unifi Biz
  • TM Unifi Pro
  • MaxisONE

Tawaran Touch n Go RM100 Percuma Daripada BolehCompare
Tawaran Touch n Go RM100 Percuma Daripada BolehCompare
Tawaran Touch n Go RM100 Percuma Daripada BolehCompare

Promosi kad Touch n Go percuma ini adalah sebahagian daripada beberapa promosi lain yang ada menerusi laman web BolehCompare ini. Jika anda nak tengok lebih banyak promosi yang saya sebutkan, boleh terus ke SINI.

Sebagai blogger sepenuh masa macam saya ni, pakej broadband yang ada memang mengujakan. Boleh compare mana-mana yang sesuai, samada nak kena dengan bajet atau dengan kelajuan.

Cubalah tengok, manalah tahu kot rasa nak tukar Telco atau penyedia servis yang lain...

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah macam ni saya suka, nak dapatkan kad touch n go, bolehlah jalan jalan masuk highway

    BalasPadam
  2. Ala baru jer masuk line Unifi kakau tak dah boleh daftar sini dpt 100 hehehe...

    BalasPadam
  3. Ala baru jer masuk line Unifi kakau tak dah boleh daftar sini dpt 100 hehehe...

    BalasPadam
  4. Tawaran menarik tu. Nasib baik dah ambik....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement