04 Ogos 2017

Join Geng Borong China, Modal Serendah RM100

Nampaknya dah semakin ramai yang join Geng Borong China (GBC). Ramai nak rebut peluang untuk ketahui cara mudah memborong dari China. Apatah lagi ada support telegram dari GBC untuk bantu. Tak perlu nak pergi ke China, semua proses memborong boleh dibuat secara online.

China memang sebuah negara maju. Saya fikir, kebanyakan produk yang kita gunakan dalam hidup seharian, diperbuat daripada China. Mereka berkembang sangat cepat walaupun penduduk mereka padat.

Bisnes Jual Produk dari China, Modal RM100 Join GBC

Beli Borong Secara Online Produk dari China
Cara Borong Barang dari China Guna Internet
Baru je semalam saya beli-belah barang-barang kat pasaraya D.I.Y dan Mydin. Belek barang-barang dan produk yang ada semuanya Made in China. Harga dipaparkan memang murah. Yang mushkilnya ialah, kalau sini dah jual murah, tentu harga barang ni dekat China tu lagi murah ....

Boleh buat untung ke kalau dah jual murah macam tu?

Usahawan produk fizikal memang suka beli dan borong barang dari China. Bukan setakat usahawan dan peniaga syarikat besar macam D.I.Y, Mydin, Lazada, TenTen ... malah peniaga pasar malam pun ramai yang memborong produk dari China ni.

Benda ni dah jadi common-sense dah dalam masyarakat, bukan setakat di Malaysia sahaja.

Anda sebagai usahawan, kalau orang tanya anda, kat mana nak borong barang murah, apa perkara pertama yang terlintas dalam pemikiran anda? GMC Klang? Uhh ... situ pun sebenarnya harga dah mark-up dah. Tentulah dari China. Common-sense tadi.

Saya yakin, kebanyakan dari kita akan fikir pasal negara China. Sebabnya kita tahu produk kat sana sangat murah jika nak dibandingkan dengan produk yang ada kat Malaysia ni. Bukan setakat produk-produk dan barangan kecil macam aksesori telefon, aksesori kereta, pakaian, mainan kanak-kanak tetapi produk besar seperti perabot.

Uhh kalau beli perabot dari China, anda boleh beli perabot mewah dengan harga sangat murah di sana ... 

Saya tengok ada dari kalangan usahawan kita, tiap-tiap minggu akan fly ke China untuk survey, cari produk murah, atau restock produk untuk jual kat sini. Saya rasa seminggu 2x pun ada yang pegi ke sana. Ulang alik buat macam travel naik kereta dari KB ke KL :)

Tak Perlu Ke China Untuk Beli Borong Barang dari Sana

Tapi sebenarnya mungkin mereka tak tau yang ada cara lagi senang kalau nak borong produk tanpa perlu ke China. Bukan tu je, lagi jimat berganda-ganda daripada pergi ulang alik ke China seminggu sekali macam tu.


Dahla tambang penerbangan nak ke China bukannya murah. Sesekali sekala bolehlah grab harga promosi kat AirAsia tu. Hmm kos penginapanan lagi, makan minum lagi, pastu kos nak bawa barang dari sana ke sini .. hmmm...

GBC Akan Bantu Anda Belajar Cara Borong dari China

Bagaimana kalau saya beritahu ada geng yang akan bantu anda dengan modal serendah RM100 untuk memborong barang dari China tanpa perlu nak ke sana? Ilmu mahal ni sebab ia akan jimatkan kos-kos yang saya sebutkan tadi.

Geng Borong China (GBC), ni satu geng yang saya nampak selamba je order produk secara borong dari China - tanpa perlu nak bersusah payah untuk terbang ke China. Semuanya dilakukan secara online tanpa ada kerisauan.

Risau tak pandai cakap bahasa China atau Mandarin ke? Tak perlu risau .. GBC ada .. huhu
Tak percaya? Anda boleh baca maklumat lanjut kat sini: Geng Borong China
Anda pun boleh buat macam geng ni. Yang penting kena timba ilmu dari orang yang dah berpengalaman dalam jual beli online borong produk China. Tak belajar takkan tahu. Tak ada ilmu takkan yakin nak buat.

Ramai dah geng-geng GBC yang dah mula memborong, dan kebanyakkan mereka adalah usahawan sambilan, jual produk-produk ni secara online. Banyak juga yang beli untuk kegunaan sendiri. Yang menjual tu, pastilah boleh buat untung berkali ganda... macam pasaraya besar tu .. huhu.
Join Geng Borong China, Modal Serendah RM100
So, kalau anda kesuntukan modal nak borong barang dari China, saya sangat rekemenkan anda join Geng Borong China ni sebab nanti dorang akan guide anda stepnya nanti. Namapun geng ... apa daaa...surelah akan tolong sampai berjaya!

Memang anda boleh jimat banyak bila anda dapat tau selok belok cara nak borong produk China hanya dari rumah sahaja. Anda boleh bermula dengan hanya RM100 sahaja untuk ketahui bagaimana untuk melakukannya.

So, baca apa yang geng tu tulis kat laman tersebut, kemudian anda buat keputusan sama ada nak join dorang atau pun tidak. Terus ke Info Geng Borong China

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

1 Komen Kesian

wow! bagus ni, memang tengah cari peluang macam ini lah. hehehe. terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna ini :)

http://www.mrejoy.com/


EmoticonEmoticon