06 Ogos 2017

Income Sempoi Jawab Soalan Online

Hujung minggu, kalau anda tak ada benda nak buat, bolehlah join jawab soalan survey secara online. Bolehlah dapat duit sikit-sikit, yang kalau dikumpul boleh beli mainan murah di Lazada. Ia antara income sempoi yang boleh anda dapat dengan menjawab soalan online.

Jika anda bekerja dari rumah seperti saya, peluang macam ni .. walaupun tak janjikan income lumayan, tetapi ia satu kerja online yang sangat mudah nak dilakukan. Yelah, bukan susah pun, klik sana, klik sini, isi tempat kosong ... walla .. bila selesai, leh terima duit masuk terus ke akaun bank.

Income Sempoi Jawab Soalan Online

Income Sempoi Jawab Soalan Online
Saya dah berkecimpung jawab soalan survey online ni dah lama. Macam-macam laman web yang dah saya daftar, dari yang membayar USD sampailah ke MYR. Tapi, bukan semua survey tu layak dijawab dan diberikan ganjaran. Ada kriteria dan terma ditetapkan.

Ada survey yang bersifat universal, ada pula soalan survey yang bersifat tempatan. Kalau universal tu, bayarannya lebih tinggi sedikit, sebab kebanyakan melibatkan kompeni besar, international dan jangkamasa nak menjawab tu ambil masa sedikit.

Income Sempoi Jawab Soalan Online
Kalau yang bersifat tempatan ni, ia lebih mudah nak faham walaupun bayarannya tak setinggi menjawab soalan survey international. Paling busuk pun, saya pernah terima RM1 untuk satu survey kurang 3 minit, dan RM100 untuk satu survey berdurasi agak panjang, melibatkan beberapa video promosi serta iklan. Soalan pun kena baca banyak kali baru boleh jawab dengan betul .. haha.

Belajar Ilmu Pemasaran Jawab Survey

Yang seronoknya jawab survey ni ialah anda boleh tahu segmentasi dalam pemasaran. Jika anda seorang usahawan, anda akan nampak bagaimana syarikat besar segmentasi cara pemasaran tertumpu dan juga teknik promosi mereka. Jadi, bolehlah belajar sesuatu selain boleh buat duit kecil-kecil ni .. hehe.
[Nak Join?] Boleh Daftar Percuma Dengan Vase Survey
Kebanyakan soalan survey yang saya jawab adalah untuk tujuan pemasaran dan juga kempen awareness. Seperti awal saya sebutkan tadi, bukan semua soalan survey tu akan dijawab sepenuhnya. Ia akan bergantung dengan latar pendidikan, latar income kita, umur kita, minat kita dan macam-macam lagi.

Soalan-soalan yang dianggap pembolehubah dalam terma ini, yang akan menentukan samada survey itu sesuai untuk diberikan kepada anda.

Klik Je Leh Dapat Ganjaran Dah ..

Ada soalan survey online yang anda klik, anda akan terus diberikan ganjaran atas usaha untuk turut serta... walaupun anda tak dapat nak jawab semuanya dek kerana syarat tidak lepas. Selalunya, bayaran diberikan adalah USD0.20 atau RM0.20 untuk setiap klik pautan soalan survey.
[Dah Baca?] Jana Income Menerusi Gloviss - Jawab Survey Online Tempatan
Aha .. nampak? Tak jawab survey pun anda boleh jana duit ... hanya klik sebagai inisiatif untuk anda buka laman web yang berikan soalan-soalan survey ni.
Income Sempoi Jawab Soalan Online
Ada banyak laman web yang menyediakan ganjaran seperti ini. Ia bolehlah dianggap sebagai kerja sampingan dari rumah ... khusus ketika anda ada masa terluang, tak buat apa-apa yang boleh mendatangkan faedah .. huhu.

Selain jawab soalan survey online, ada banyak lagi ruang untuk anda cari income sampingan sempoi di waktu lapang. Salah satu rujukan yang saya gunakan ialah Panduan JDR. Dari situ, anda akan dapat tahu banyak peluang untuk dapatkan income lain secara online; dan cara bagaimana untuk memperolehinya.

Boleh checkout laman web tu di sini - Panduan JDR 2017

Ok, harapnya perkongsian ini membuka persepsi anda tentang bagaimana nak buat duit online - buat duit dengan menggunakan internet ni. Saya tahu ramai lagi yang tak tahu cara dan saluran yang terbaik untuk ketahui cara yang betul.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

3 Komen Income Sempoi Jawab Soalan Online

dgn jawab soalan pun boleh jana pendapatan.

survey mmng bleh buat income gak...vase saya prnah cuba

Memang best sekarang ni kan.. Macam-macam cara boleh jana wang secara online..

Jawab servay pun boleh buat income


EmoticonEmoticon