Hikmah Perut Si Suami

Hikmah Perut Besar Seorang Suami. Nampak Buncit Biar Sihat dan Berhikmah.

Nak cerita pasal perut seorang suami. Zaman sekarang, ramai lelaki yang sudah pandai jaga body. Ramai yang mahu berbadan sado. Namun, itu cerita masa zaman bujang. Lepas dah kahwin? Hmm kekal perut dengan six pax ke?

Boleh. Memang ada suami seperti itu. Tapi kebanyakan suami akan gagal nak maintain, sebab komitmen selepas dah bergelar seorang suami akan jadi lain, apatah lagi andai sudah mempunyai anak. Nak ke gym untuk kekalkan kesadoan .. uhh ... susah tu.

Hikmah Perut Si Suami

Hikmat Perut Si Suami
Hikmah Perut Si Suami
Saya dulu kaki gym juga, setiap petang semasa di sekolah menengah dan kemudiannya sambung belajar di IPT, saya akan ke gimnasium untuk konon-kononnya membina otot. Sampai ke sudah otot tak berjaya dibuat .. haha.

Silap saya ialah, saya tak ikut diet yang diperlukan. Tahu je banyak tips diet untuk tambah berat tapi ... kena kuarkan kos yang agak tinggi juga kalau diikutkan tu. Hmm almaklumlah, biasiswa dan pinjaman tak cukup nak menyara body untuk jadi sasa, tegap dan berotot sado. Kah kah ... eceh alasan kah ini?

Serius ni, semasa belajar di IPT dulu .. makan pun berkongsi dengan kawan-kawan yang satu tingkat asrama. Setiap bulan, kutip RM12 (kalau tak silap) setiap seorang, letak dalam tabung makan yang dikongsi 6-7 orang. Beli beras, beli lauk ikut bajet yang telah ditetapkan.

Hmm kalau makan pun dah dicatu begitu demi kelangsungan hidup sebagai seorang mahasiswa, macamana nak bina body jadi sado, ye tak? Tu sebab semasa saya di IPT dulu, badan saya kurus melidi, ada kata saya macam Saleem Iklim ketika itu.

Itu cerita bujang.

Bila Dah Kahwin ...

Lepas dah berkahwin, dan dikurniakan anak.... badan yang kononnya nak disadokan, tak berapa nak menjadi. Perut yang dulunya kepeng, sekarang dah membulat. Makan minum pun tak dicatu dah, selagi ada makanan yang dimasak isteri ... in Sha Allah saya akan makan.
[Dah Baca?] 3 Prinsip Untuk Capai Bahagia Dalam Perkahwinan
Awal perkahwinan, sudah nampak tanda-tanda perut seorang suami ni dah makin membesar dengan galaknya. Tanpa sedar ... ukur lilit seluar jeans Levi's beli kat Siam dah tak berapa nak muat dah. Akhirnya, seluar jeans tu jadi pengelap kaki sudahnya .. haha.

Alamak, perut si suami dah ke depan.

Lepas dah kahwin, saiz perut bertambah - ia bukan satu masalah. Ramai kata itu tanda si suami bahagia. Isteri pandai jaga suami. Alhamdulillah, isteri saya antara orang yang saya kenal pandai memasak .. malah banyak menu resepi kesukaan saya, isteri saya boleh sediakan tanpa masalah.

Dah tu pula, isteri saya memang jenis wanita yang rajin memasak. Walaupun bekerja sepenuh masa, isteri saya masih punyai waktu untuk sediakan sarapan, dan makan tengahari! Hebat kan? Mestilah hebat, isteri saya kot .. hehehe...

Isteri, usah risau kalau perut suami anda sudah ke depan, sudah bertambah saiz. Ada hikmah tu sebenarnya.

Buat suami, andai rasa penampilan tak berapa nak meyakinkan diri, elok cari formula kurus yang sesuai. Jika ok, teruskan dengan penampilan yang ada, pastikan jangan selekeh, kekal smart dan bersih.... ehemmm ... paling penting, isteri kekal sayang anda. :)

Macam saya...hehe.

Apa Hikmah Perut Si Suami Yang Membulat?

Hikmah Perut Seorang Ayah
Anak-anak saya membesar dalam ribaan saya. Di perut sayalah mereka telah tidur dengan lena. Di perut sayalah, mereka berhenti menangis dan meragam. Di perut seorang suamilah, kasih sayang antara seorang anak kecil terjalin dengan ayahnya.

Perut ayah gebu. Perut ayah empuk. Perut ayah yang kedepan jadi tempat lena yang sangat asyik.
Hikmah Perut Seorang Ayah
Inilah hikmah perut seorang suami .. seorang ayah.

Tanyalah mana-mana ayah atau bapa... pasti ada dalam senario hidup mereka menjadi seorang ayah, anak mereka tidur di atas perut, di atas badan di ayah. Mesti ada walaupun sekali. Malah, ada anak-anak memang suka bermain di atas perut si ayah.

Saya cerita benda ni supaya tak mahu keyakinan diri seorang suami, seorang ayah rasa rendah bila lihat di cermin, perut sudah nampak banyak kelainan dari sebelumnya. Dulu nampak kempis, sekarang dah membulat.
[Dah Baca?] Blogger Malaysia Ramai Yang Gemuk
Tepuk-tepuk perut .. dan kata "Alhamdulillah, ini hikmah dan rezeki Allah bagi. Moga kesihatan juga sihat seperti ini..."

Ya, yang penting jaga kesihatan sebaiknya. Bahagia dan sihat. Perut gembira mesti bagus untuk kesihatan.

Lihat betapa syoknya baby baru saya bernama Hasif Najmi ni lena di ribaan, kerana perut saya yang menjadi peneman .. hehehe.
Hikmah Perut Seorang Ayah, Seorang Suami

COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,300,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,90,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,300,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,358,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,65,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,117,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,180,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: Hikmah Perut Si Suami
Hikmah Perut Si Suami
Hikmah Perut Besar Seorang Suami. Nampak Buncit Biar Sihat dan Berhikmah.
https://3.bp.blogspot.com/-89yI4EgU2pE/WYYTQ_waqnI/AAAAAAAAjVY/ahfsHTrbImA0itHuccb5BTo_MkrsiX0ZACLcBGAs/s1600/hikmah-perut-suami.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-89yI4EgU2pE/WYYTQ_waqnI/AAAAAAAAjVY/ahfsHTrbImA0itHuccb5BTo_MkrsiX0ZACLcBGAs/s72-c/hikmah-perut-suami.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/08/hikmah-perut-si-suami.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/08/hikmah-perut-si-suami.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy