Cara Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD)

Cara Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD). Ketahui Langkah-Langkah Perlu Dibuat Untuk Tuntut Wang WTD dari Jabatan Akauntan Negara.

Anda nak dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) dari Jabatan Akauntan Negara? Ok. Sebelum ini saya dah sediakan satu post yang menerangkan secara ringkas berkenaan Wang Tak Dituntut ini, malah saya turut sediakan borang permohonan WTD yang boleh dimuat turun secara percuma.

In Sha Allah, dalam blog post ini ... saya akan mudahkan anda lagi untuk fahami tentang cara-cara mendapatkan WTD daripada Jabatan Akauntan Negara.

Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD)?

Bagaimana Cara Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD)
Cara Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD)
Untuk mendapatkan WTD ini, anda perlulah terlebih dahulu menyemak samada anda layak, boleh dan mempunyai wang tak dituntut menerusi Jabatan Akauntan Negara. Jika anda pasti ada wang yang tidak dituntut daripada mana-mana agensi seperti bank, syarikat insurans/takaful, pelaburan dan sebagainya, anda perlu dapatkan kepastian akan kewujudan wang tersebut daripada agensi atau sumber terbabit.

Dan sumber terbabit itu pula mestilah punyai pengesahan bertulis mengenai penyerahan wang tersebut kepada pihak Jabatan Akauntan Negara. Tanpa bukti ini, anda tidak boleh mendapatkan WTD terutama datangnya dari institusi kewangan seperti bank dan syarikat insurans/takaful.

So, jelas?

Ok. Jadi, perkara penting paling utama perlu anda lakukan sebelum menuntut wang berkenaan ialah membuat semakan. Bagaimana nak buat semakan?

Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat secara rasmi menerusi Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara. Cara membuat semakan adalah cukup mudah. Apa yang perlu anda buat ialah pergi ke mana-mana kaunter Pejabat Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri di Malaysia.
[Dah Baca?] Bagaimana Nak Menjadi Seorang Pelabur ASB dan Hartanah Yang Genius
Anda kemudiannya perlu menyerahkan kad pengenalan anda untuk semakan WTD dibuat. Semakan WTD akan dibuat oleh pegawai berkaitan menerusi sistem simpanan Wang Tak Dituntut. Jika anda menyemak untuk seseorang yang telah meninggal dunia, anda perlu bawa sijil kematian selain pengesahan anda sebagai waris.

Pegawai berkenaan kemudian akan tunjukkan anda jumlah WTD dan sumber ianya datang seandainya ada.

Langkah dan Proses Untuk Tuntut WTD dari Jabatan Akauntan Negara

Secara amnya, proses atau langkah untuk mendapatkan Wang Tak Dituntut ini adalah seperti berikut:

1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, sila klik Sini.

2. Bawa kad pengenalan diri atau passport. Pegawai Jabatan Akauntan akan buat semakan WTD atas nama anda jika ada.
Cara Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD)
3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, sila bawa samada sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika ada wang tak dituntut atas nama atau waris, sila isi borang UMA-7 dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk salinan kad pengenalan dan surat pengesahan bank berkenaan, selain buku bank anda yang aktif bertujuan memudahkan bayaran balik melalui kredit terus (bank-transfer).

5. Anda wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh surat pengesahan akan diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.

6. Hantar borang UMA-7 berserta dokumen ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Wang WTD anda akan dimasukkan secara terus ke akaun bank anda seperti dinyatakan dalam borang dalam tempoh 30 hari.

Diharap artikel tentang tatacara untuk dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) ini jelas buat anda. Jika anda berhajat untuk membuat semakan, sediakan dulu dokumen berkaitan agar proses menjadi lebih cepat dan pantas.

Jika ada, ehemmm .... jangan lupa buat sedekah jariah dan beramal benda baik dengan wang diperoleh. Jangan lak enjoy sampai tak ingat dunia. Adalah lebih baik juga, andai selain bersedekah, anda buat pelaburan masa hadapan.


COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,291,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,51,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,277,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,337,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,28,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Cara Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD)
Cara Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD)
Cara Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD). Ketahui Langkah-Langkah Perlu Dibuat Untuk Tuntut Wang WTD dari Jabatan Akauntan Negara.
https://4.bp.blogspot.com/-LsHjEOHfaB8/WYkmowC9SlI/AAAAAAAAjec/KDbQKX-mhhkN9ObiGhRjxS-yozpMkQZ9gCLcBGAs/s1600/semakan-wang-tak-dituntut.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-LsHjEOHfaB8/WYkmowC9SlI/AAAAAAAAjec/KDbQKX-mhhkN9ObiGhRjxS-yozpMkQZ9gCLcBGAs/s72-c/semakan-wang-tak-dituntut.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/08/cara-dapatkan-wang-tak-dituntut-wtd.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/08/cara-dapatkan-wang-tak-dituntut-wtd.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy