Bahaya Beg Sekolah Berzip

Alamak. Alahai anak. Hmm .. bahaya juga beg sekolah yang ada zip ni. Entah macamana pada suatu hari, rambut anak perempuan saya si Maira telah tersangkut pada zip beg sekolahnya. Nasib baik tak rumit sangat. Alhamdulillah.

Kejadian rambut tersekat pada zip beg sekolah ni bukan pertama kali berlaku pada Maira. Dah beberapa kali dah. Cuma ia tak teruk dan boleh lerai dengan mudah.

Bahaya Beg Sekolah Berzip

Bahaya Beg Sekolah Berzip
Beg sekolah zaman sekarang mana ada yang tak ada zip. Seingat sayalah, sejak zaman 80an lagi dah ada beg sekolah jenis ada zip ni. Bezanya cuma dulu zip besi, sekarang ni guna zip jenis plastik. Kalau zip besi, mungkin beg sekolah berzip jadi lebih merbahaya kalau tidak berhati-hati.

Zaman saya dulu, ada beg jenis klip dan juga jenis penutup magnet. Aha .. yang tu nampak macam selamat sikit. Cuma masalah dia, buku dalam beg senang tercicir. Uhh banyak kali pernah terjadi kat saya, buku latihan dan buku teks jatuh dalam sungai sebab penutup beg tak diklip ..

Sekarang ni, hampir semua jenis beg gunakan zip, termasuklah beg sekolah anak-anak.
[Tawaran] Dapatkan Pelbagai Jenis Beg Sekolah Menarik Untuk Anak Anda

Rambut Anak Tersangkut Pada Zip Beg Sekolah

Alahai, ntah macamana satu hari tu, rambut Maira boleh tersangkut pada zip beg sekolah dia. Ni gara-gara rambut tak disisir rapi ... sebelum pakai tudung sekolah.

Hmm dah nasihat banyak kali suruh ikat rambut, tapi Maira kata tak selesa. Jenuh.
Bahaya Beg Sekolah Berzip
Sekali ... jengg .. rambut tersekat pada zip beg sekolah. Nasib baiklah rambut masih basah, jadi mudah nak dileraikan. Kalau tak, kena guntinglah jawabnya.

Bahaya Lagi Zip Seluar

Bahaya, tapi tak adalah sangat merbahaya. Tak macam zip seluar lelaki ... huhuhu .. banyak kes dah budak lelaki yang tersepit anunya pada zip seluar...hahaha .. tu memang parahlah sikit. Kalau rambut dah serabut pada zip beg sekolah leh digunting, kalau anu tu .. nak gunting ke? Hahaha...

Saya rasa kebanyakan budak lelaki pernah alami insiden anu tersepit pada zip seluar masa zaman sekolah... kan kan? Perit lagi pedih nak keluarkan tu dari zip.

Kecuali kalau budak lelaki tu dah sunat awal-awal .. in Sha Allah, leh elak dari berlaku.. kekekeke.

Post a Comment

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.