Dah tengok trailers filem terbaru Marvel - Spiderman Homecoming tak? Uhh kalau anda belum tengok lagi, saya ada beberapa trailers filem ini, termasuk film clips yang berdurasi lebih 12 minit. Memang teruja, sepertimana anak saya Zikri yang dah teruja untuk tonton filem aksi Spiderman terbaru ini di pawagam bermula 7 Julai 2017.

Saya sendiri pun teruja memandangkan saya pun minat filem-filem aksi fiksyen Superhero ni, apatah lagi daripada Marvel's Studio. Tak pernah menghampakan la ..

Zikri Teruja Spiderman Homecoming

Zikri Teruja Spiderman Homecoming
Baju Spiderman Buatan Sendiri
Aha .. anda nak tahu betapa terujanya anak saya Zikri dengan filem Spiderman 2017 terbaru ni? Tu tu .. tengok tu, sampai buat kostum sendiri .. kononnya nak sama macam Spiderman.

Kalau anda tengok trailers dan movie clips filem ini, ada babak di mana Peter Parker/Spiderman telah cipta sendiri suit pakaian Spiderman setelah suit superhero yang diberikan oleh Tony Stark/Iron Man diambil semula, disebabkan Peter Parker telah langgar perjanjian bersama.

Suit Tony Stark untuk Spiderman memang best, lansung jauh berbeza dengan suit Spiderman yang pernah kita lihat sebelum ini dalam siri filem Spiderman terawal. Ia lebih cantik, lebih menarik, lebih hebat dan ada macam-macam kelebihan serta gajet tersendiri, terutama pada lambang labah-labah di dada suit Spiderman.

Kerana dah tak ada suit power Spiderman, maka Peter Parker pun ciptalah suit atau pakaian Spidermannya sendiri. Agak kelakar, tetapi itulah yang cuba Zikri nak buat .. cipta pakaian Spiderman, Superhero yang dia minat.

Uhh .. dah terpengaruh.

Kebetulan pula, Zikri ada baju T-shirt tulis Spiderman, ada sarung tangan bola, dan 'topeng' Spiderman.
Zikri Teruja Spiderman Homecoming

Mulanya, terkejut gak bila Zikri cakap .. "Abah .. ni baju raya adik .. baju Spiderman"

Sib baik memain je, lau tak jenuh .. hahahaha .. beraya dengan Spiderman!

Zikri mula tahu pasal filem ni bakal ditayangkan pada 7 Julai bila ada iklan filem ni ditayangkan semasa Zikri dengan Maira pergi menonton filem The Mummy 2017 bersama dengan anak-anak rakan kami. Nampak iklan movie ni terus teruja, dan dah plan awal-awal untuk tonton bila dah mula tayang.

Siap suruh saya belikan Mug Eksklusif filem ni lagi .. aduiii ....

Trailers dan Movie Clips Spiderman 2017 - Homecoming

Orait, buat mereka yang minat filem Superhero Spiderman ni, boleh layan dulu beberapa trailers dan klip wayang filem Spiderman Homecoming ni. Mesti teruja punyalah.



2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement