Warung Udang Lipan. Jika anda berada di Parit Buntar, atau sekitar Nibong Tebal, Bandar Baharu atau Tanjung Piandang .. anda akan maklum akan restoran ini. Ia sebuah restoran yang akan hanya disebut-sebut selalu ketika bulan Ramadan. Kenapa ia popular hanya dalam bulan puasa? Aha .. anda kena baca post ini sampai akhir.

Jika anda seorang penduduk tempatan, mungkin dah tahu kenapa... tapi jika anda pertama kali mendengar nama Warung Udang Lipan, mungkin anda akan tertanya-tanya kenapa restoran ini hanya dikenali ramai ketika bulan Ramadan sahaja?

Warung Udang Lipan Popular di Bulan Ramadan

Warung Udang Lipan Popular di Bulan Ramadan
Restoran Warung Udang Lipan Parit Buntar Popular di Bulan Ramadan
Sebenarnya, saya pernah bercerita mengenai restoran ini beberapa kali. Malah, saya pernah kongsikan kepada anda tentang pemiliknya, iaitu Azman Ibrahim yang terkenal dengan masakan Daging Masak Hitam, sehingga menjadi viral di Instagram Shahizey Sam dan juga Datuk Aznil Hj Nawawi.

Hanya kerana satu pemberian, menu tersebut terkenal sehingga melonjakkan nama AZR Catering yang menjadi pemilik kepada Warung Udang Lipan. Azman, pemilik AZR Catering dan juga Warung Udang Lipan dikenali bukan setakat kepada penduduk setempat, tetapi juga orang luar .. termasuklah selebriti tempatan.
[post_ads]
Warung Udang Lipan tidak dibuka sepanjang tahun. Jika ada pun, ianya bersifat sementara ... kerana perniagaan utamanya ialah perkhidmatan katering yang meliputi hampir seluruh Semenangjung Malaysia di bawah nama syarikat AZR Catering.
Restoran Warung Udang Lipan Parit Buntar Popular di Bulan Ramadan
Perkhidmatan katering dibuat sehingga ke Perlis dan juga Johor Bahru. Agak dasyat juga bisnes dijalankan oleh mereka, kerana ianya dilakukan di sebuah kampung kecil, iaitu di Parit Hj Wahab, Jalan Tg Piandang, Parit Buntar, Perak.

Ok, berbalik kepada topik utama ...

Mengapa Warung Udang Lipan hanya Popular ketika bulan Ramadan?

Ini adalah kerana restoran ini satu-satunya yang menggunakan teknik promosi dan pengiklanan yang paling intensif sekali semasa bulan Ramadan. Menu utama yang dipromosikan bukan bufet ramadan seperti kebanyakkan restoran mahupun hotel... tetapi lebih kepada resepi unik di Parit Buntar iaitu Kerang Rebus, Siput Rebus dan Udang Lipan.

Warung Udang Lipan akan dibanjiri orang ramai setiap kali bulan Ramadan di Parit Buntar. Malah, pelanggannya ada datang dari jauh, sejauh Kuala Selangor semata-mata mahu menikmati keunikan rasa Kerang Rebus dicicah dengan Kuah Kacang, begitu juga dengan aneka jenis siput yang dimasak samada dengan rebus atau bakar.

Setakat yang saya tahu, sejumlah 8 jenis siput dan kerang boleh didapati di warung ini seperti kerang liar, kerang bulu, siput sudu, siput gerudi, siput gerumit, siput unam, siput kepah dan paling istimewa siput tiram.

Tahun ni, ada special sikit .. begitulah menurut Amzar, iaitu anak kepada Azman. Aha .. apa special sangat tu?

Kerang dan Siput Dibakar Guna Dapur Arang Buatan Sendiri

Specialnya ialah kerang atau siput jika anda pesan yang dibakar, ianya akan dibakar menggunakan api arang dalam dapur yang diperbuat daripada batu-bata. Dapur ini pula betul-betul berada di hadapan restoran ini. Menurut Amzar serta ayahnya Azman, cara dan kaedah ini akan membantu meningkatkan rasa hidangan yang disajikan kepada pelanggan.

Restoran Warung Udang Lipan Parit Buntar Popular di Bulan Ramadan
Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang, Unik di Parit Buntar
Saya sempatlah juga merasa beberapa Kerang Bakar yang dimaksudkan .. hmm memang berbau harum lain macam .. huhu.

Udang Lipan Special

Restoran ini juga popular dengan hidangan Udang Lipan yang jarang disediakan oleh mana-mana restoran yang ada di Parit Buntar atau sekitarnya. Ia menjadi seperti satu signature-dish untuk restoran ini. Jadi, anda boleh tahu sebab kenapa nama restoran ini sebegitu .. hehe... tadaaa ... :)
[post_ads_2]
Setiap kali saya dan keluarga makan di sini, hidangan Udang Lipan Goreng Tepung, dan Mee Goreng Udang Lipan antara menu yang akan kami ambil. Lagipun, ia merupakan kesukaan anak-anak saya. Isteri saya pun sering memesan Kue Teow Udang Lipan bila ke sini.

Warung Udang Lipan, Parit Buntar, Perak
Rasa Udang Lipan memang manis. Ada cara nak menyiang udang ni, dan ada cara untuk menikmatinya dengan beberapa resepi istimewa.... dap dap ... sedapppp.

Setiap kali Ramadan, restoran ini akan mengunjur panjang, sepanjang jalan raya di depan restoran ini, yang hanya terletak bersebelahan dengan surau Parit Haji Wahab, Jalan Tg Piandang. Hampir setiap malam di bulan puasa, meja akan dipenuhi pelanggan terutama selepas sholat sunat Terawih.

Menu Kerang Rebus cicah Kuah Kacang memang fenomena di Parit Buntar ketika bulan Ramadan. Warung ini hanyalah salah satu daripada puluhan restoran dan kedai makan yang menyediakan menu yang sama. Pun begitu, kelebihan menyediakan hidangan berasaskan Udang Lipan menjadi satu keistimewaan restoran ini.
AZR Catering
Menu Istimewa Ketika Bulan Puasa di Parit Buntar, Perak
Maka, disebabkan itulah .. Warung Udang Lipan popular ketika bulan Ramadan - ada Kerang Rebus/Bakar, ada Siput Rebus dan pastinya ada Udang Lipan yang memang sedap kalau digoreng.

Sebaik sahaja Ramadan berakhir, Warung Udang Lipan akan sunyi dengan kehadiran pelanggan. Namun, aktiviti utama .. iaitu servis katering makanan dan minuman tetap ada, malah pekerja di warung ini menjadi lebih sibuk kerana memenuhi tempahan untuk majlis rumah terbuka Hari Raya.

Kalau tahun depan masih ada nyawa, in Sha Allah .. ia antara restoran yang pasti akan dikunjungi setiap kali Ramadan. Jika anda nak mencuba, bolehlah hubungi saya .. nanti saya dengan rela hati bawa anda makan di sini. Serius ni. Tahun ini juga, sepertimana setiap tahun... saya bawa beberapa kenalan dan keluarga dari jauh untuk makan di Warung Udang Lipan, Parit Buntar.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mesti sedap..

    Nama agak rare juga

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Waaaaa.. unik sngt kerang dimakan dgn kuah kacang. Agknya mcm mna la rasanya kn.

    BalasPadam
  4. Kasaq permainan owner blog ini.... Kena mai sana nie... Meleleh dah nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha .. nanti aku letak post gambar dalam entri lain lak

      Padam
  5. Ala kena tunggu tahun depan pulak la

    BalasPadam
  6. :)
    nampak kerang tu..
    terliur la pulak..

    BalasPadam
  7. 1st time dengar nama warung ini tapi AZR catering ni macam familiar

    BalasPadam
  8. macam sedap je ni. tak tau pula kewujudan warung ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement