05 Julai 2017

Terkena Kesan Sampingan Vaksin? Laporkan Guna Borang AEFI!

Adakah bayi atau anak anda, mungkin juga anda alami sebarang kesan sampingan selepas mengambil suntikan pelalian atau vaksin? Jika ada, saya syorkan anda untuk membuat laporan segera kepada pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerusi borang Kesan Advers Berikutan Pelalian (Borang AEFI).

Borang untuk membuat laporan ini boleh anda muat-turun secara percuma di laman sesawang NPRA atau anda boleh sahaja muat turun menerusi pautan yang saya sediakan di dalam post ini (akhir artikel).

Kesan Advers Berikutan Pelalian (AEFI)

Kesan Advers Berikutan Pelalian (AEFI)
Kesan Advers Berikutan Pelalian (AEFI)
Saya dimaklumkan bahawa pihak NPRA telah menyediakan satu mekanisme kepada pengguna untuk membuat laporan berkenaan masalah yang timbul selepas menerima sebarang pelalian, samada di hospital kerajaan mahupun swasta.

Saya ambil maklum perkara ini memandangkan saya ada bayi kecil yang dalam proses pengambilan vaksin atau pelalian secara berjadual seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ok, kita fahamkan dulu apa itu AEFI ni ye ...

AEFI ialah sebarang kesan sampingan yang dialami selepas menerima suntikan vaksin. Ianya boleh berlaku secara kebetulan dan tidak semestinya mempunyai hubungkait dengan pengambilan sesuatu vaksin.

Jika anak atau bayi anda baru sahaja menerima suntikan pelalian atau vaksin, sila lihat dan pantau sebarang perubahan ... jika ada .. pada tubuh fizikal anak atau bayi anda. Ia mungkin dalam tempoh singkat, atau kurang dari sebulan.

Makanya, anda perlu alert mengenai perkara ini. Andai anda nampak ada timbul perubahan pelik secara fizikal termasuklah pada pancaindera anak atau bayi anda, maka anda boleh melaporkannya kepada NPRA menerusi dua kaedah:

  1. Laporkan secara terus kepada doktor, ahli farmasi atau jururawat di fasiliti samada hospital atau klinik yang memberikan vaksin tersebut.
  2. Membuat laporan sendiri, menggunakan borang AEFI yang disediakan. Anda perlu muat-turun dan cetak.

Jika anda membuat laporan sendiri, anda perlu isi butiran yang diperlukan dengan lengkap dan tepat. Kemudian, menyerahkannya kepada doktor, ahli farmasi atau jururawat di fasiliti atau tempat anda menerima suntikan vaksin tersebut.

Borang tersebut adalah seperti di bawah ini. Anda boleh 'save-as' atau terus 'print' dengan klik pada bucu kanan borang online ini (kekotak kecil dengan anak panah)


Ok. Dah maklum?

Tapi, sukacita nak diberitahu juga, suntikan pelalian atau vaksin kebiasaannya tidak memberikan sebarang kesan sampingan. Saya dan isteri, serta anak-anak; alhamdulillah setakat yang dalam pemerhatian .. suntikan vaksin tidak memberikan sebarang implikasi negatif.

Pun begitu, keadaan fisiologi seseorang tidak sama. Ada banyak perkara yang boleh mempengaruhi perubahan yang memungkin suntikan vaksin diberikan tidak sesuai dengan tubuh.

Apatah lagi di zaman serba canggih ini, risiko telah bertambah kerana kepelbagaian makanan moden selain perubahan dari segi persekitaran yang tidak lagi seperti 20-50 tahun dahulu. Perubahan cara kita mengambil makanan, tahap pendedahan kita pada persekitaran tidak sihat dan macam-macam lagi boleh menjadi penyebab tentang bagaimana tubuh berinteraksi dengan vaksin yang diberikan.

Penyakit disebabkan oleh virus dan bakteria juga telah alami evolusinya tersendiri. Ada bawaan yang boleh menyebabkan fungsi-fungsi tertentu terutama bahagian pertahanan tubuh gagal untuk kenal-pasti bahaya.
Cara Lapor Kesan Sampingan Selepas Pelalian atau Suntikan Vaksin
Pihak NPRA aware akan perkara ini, maka disediakan mekanisme pelaporan ini supaya dapat kenal-pasti dengan jelas apakah kesan sampingan tersebut, dan membuat tindakan susulan yang wajar untuk mencegah serta merawat.

Jika anak atau bayi anda, atau mungkin anda sendiri ada tanda-tanda alahan, kesan sampingan disyaki akibat pengambilan suntikan vaksin, jangan tunggu lama-lama .. terus sahaja buat laporan. Gunakan saluran yang telah disediakan. Muat turun borang di atas, cetak dan isi perkara yang diminta ...

Semoga bermanfaat.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.


EmoticonEmoticon