Loaded Pockets dari Pizza Hut. Hari tu, ternampaklah iklan Pizza Hut ini di media sosial. Lalu, saya dan isteri berpakatlah untuk bawa anak-anak makan pizza di Pizza Hut. Dah lama kami tak merasa makanan berasal dari luar negara ni .. huhu.

Kalau diikutkan Memang selalu kami bawa anak-anak makan di Pizza Hut. Apatah lagi jika ada pizza eksklusif macam Loaded Pockets ni. Walaupun ada pilihan Domino's Pizza di sini, tapi rasanya makan di Pizza Hut terasa lebih berbaloi. Ini mungkin disebabkan makan di Pizza Hut lebih berselera selain pizzanya lebih tebal.

Sempat Merasa Loaded Pockets Pizza Hut

Sempat Merasa Loaded Pockets Pizza Hut
Sempat Merasa Loaded Pockets Pizza Hut
Teringat betapa sedapnya hidangan Pizza Golden Fortune sebelum ini, maka saya tak mahu ketinggalan untuk rasa resepi baru Pizza Hut, Loaded Pockets yang nampak istimewa. Ia sebenarnya menu eksklusif Pizza Hut yang pernah muncul sebelum ini. Dan ketika bulan Ramadan baru ini, ia muncul semula - dikatakan atas sebab permintaan ramai.

Maka, dek kerana itulah .. saya dan isteri telah bawa anak-anak untuk merasa pizza ini. Hmmm .... Loaded Pockets memang ada ciri istimewa yang tiada pada pizza-pizza lain terutama dalam rangkaian menu pizzanya.

Apa Yang Bestnya Loaded Pockets?

Keistimewaanya terletak pada bahagian 'luar' pizza ini. Ia ada bentuk poket bergelembung yang mengandungi inti. Intinya adalah dari inti ayam dan cendawan berkeju. Untuk menambah rasa, ia ditambah dengan cebisan ayam bersos manis berempah pada bahagian tengah pizza ini.
Sedapkah Loaded Pockets Pizza Hut
Inti dalam Loaded Pockets ni kena makan dengan hati-hati. Memang sarat intinya. Nampak dari luar macam tak ada apa-apa je, tetapi sekali masuk dalam mulut .. uhh .. panassss ... leh melecur bibir jika tak berhati-hati memakan Pizza Loaded Pockets ni. Penuh mulut dibuatnya....

Sedap ke Pizza Loaded Pockets Ni?

Ok, jujurnya pizza ni bukan selera saya...haha... tak berapa ummphlah. Mungkin sebab saya lebih sukakan hirisan daging. Bagi anak-anak pula, mereka kata Pizza Aloha Chicken lebih best dari yang ni .. huhu...

Pun begitu, sesiapa yang sukakan sos manis, memang Loaded Pockets ini akan jadi kegemaran anda. Cebisan ayam bersos manis berempah yang ada pada bahagian tengah Loaded Pockets pizza ini memang kelainan. Saya tak expect yang bahagian ini penuh dengan inti sebab dah dimasukkan ke bahagian tepi tu.


Sempat Merasa Loaded Pockets Pizza Hut
Pizza ni tak boleh order online atau take-away, ia adalah hidangan khas untuk dine-in sahaja. Jadi, kalau nak merasa pizza ini, anda perlu ke mana-mana restoran Pizza Hut berhampiran. Ada pakej atau seleksi khas untuk menikmati pizza ini.

Nak merasa sila berhati-hati dengan pockets tu ye .. huhu ..

Oh ya, tak pasti samada semasa saya tulis ni, masih ada lagi di dalam menu. Anda kena pergi restoran Pizza Hut untuk tahu. :P

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya punya anak juga suka makan piza

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Hehehe... leh la nanti cari masa nak makan pizza hut

      Padam
  3. Aduhai...terus rasa nak makan pizza laaa

    BalasPadam
  4. Sedapnya... nanti nak cuba lah...

    BalasPadam
  5. Wow.nampak sedap Tu bolehlah Cuba nanti

    BalasPadam
  6. nampak macam sedap sangat... boleh cuba nanti....

    BalasPadam
  7. nampak pun sedap... dah berapa tahun agaknya saya tak makan pizza... hehe

    BalasPadam
  8. Pergh nampak sedap sangat. Baru je rancang nak diet dan jimat2 sikit duit makan..

    Tapi sekali sekala apa salahnya kan? :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement