27 Julai 2017

RM10 Ribu Sebulan Dengan Lubuk Supplier Baju Budak, Mainan, Pakaian ..

Siapa sini sedang berbisnes online? Tak pun, siapa sini berniaga kecil-kecilan dari rumah atau kat pasar malam? Aha .. ini ada satu peluang besar menanti anda, terutama sekali mereka yang mencari lubuk supplier baju budak, barang permainan serta pakaian beraneka fesyen.

Saya baru sahaja dihubungi oleh seorang rakan yang sebelum ini ada berkongsi dengan saya tentang bagaimana nak berniaga tanpa kos yang tinggi/tanpa modal. Saya ada tulis di sini - 3 Langkah Mudah Berniaga Tanpa Modal. Beberapa hari kemudian, beliau hubungi saya lagi, dan beritahu nak join tak geng beliau untuk buat duit RM10K sebulan menerusi lubuk supplier yang beliau sediakan.

Offer Untuk Sertai Geng Lubuk Supplier

Lubuk Supplier Baju Budak, Mainan, Pakaian Macam-Macam Lagi ..
Fuh ... RM10K sebulan! Memang teruja saya dibuatnya. Saya terima dua email untuk join geng dia. Modalnya cuma RM100 sahaja. Katanya, menerusi geng lubuk supplier ini, saya boleh buat duit dengan untung besar sebab boleh dapatkan barang hot untuk dijual dengan harga murah, malah jauh lebih murah daripada gedung supplier yang ada di Klang ...

Segalanya bermula bila saya terima email berikut:
Assalam & salam ceria Hasrul. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai Panduan Geng Borong ____. Kami adalah team yang akan membantu anda langkah demi langkah bagaimana nak borong barang hanya secara Online!

Ya, hanya dri rumah anda. Jimat kos banyak & paling penting barang sampai dalam masa 7 hari sahaja. Cepat & selamat! Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai Geng Borong ____ ...

Elok saya berikan dahulu SPECIAL REPORT khas yang saya buat untuk anda faham selok belok memborong barang dari supplier besar ini. Boleh muat turun percuma di sini - Report Percuma
Pantang benda boleh klik dan ada perkataan PERCUMA ... so, saya pun klik dan muat turun report yang diberikan tu. Hmm .. memang menarik. Pun begitu, nak kepastian .. saya pun bermain dengan persoalan di kepala.

Soalannya, "Macamana boleh dapat murah?"

Rahsianya ialah, beli secara pukal beramai-ramai dengan geng lain. Bila beli banyak, maka harga pasti jauh lebih murah, malah berkali-kali ganda lebih murah. Boleh dapat keuntungan jualan sehingga 200%-400% untuk satu-satu produk tu.

Malah, katanya ... masuk je geng dia semua urusan untuk dapatkan produk dari supplier akan diuruskan.

Katanya lagi, barang sama je dengan apa yang dijual di beberapa pasaraya besar dan terkenal di Malaysia ni, termasuklah gedung beli-belah online. Bezanya ialah, mereka jual .. mereka dapat untung ... hoho. Harga pun mereka dah letak siap-siap yang sebenarnya boleh dapat lebih murah kalau beli menerusi geng dia.

Dengan geng lubuk supplier, boleh dapatkan produk sama dengan harga kilang. Malah, boleh dapatkan produk yang lebih baik dengan harga yang lebih murah daripada apa yang dijual di gedung-gedung sedia-ada.

"Beli terus dengan supplier .." kata beliau.
"Kualiti macamana?" tanya saya.

Peluang Jana Pendapatan Sehingga RM10K Sebulan!

In Sha Allah, kata beliau menerusi geng supplier ... mereka ada senarai supplier direct yang boleh bekalkan produk berkualiti terbaik dengan harga murah. Malah, mereka dah sediakan perkhidmatan penghantaran barang yang jauh lebih cepat dan terjamin keselamatannya.

Nampak macam menarik bagi saya. Bagaimana dengan anda? Berminat ke?
[Dah Baca?] Platform Niaga Online Shopify Beri Percuma 14 Hari Untuk Usahawan Malaysia
Dengan adanya lubuk supplier ini, bolehlah dapatkan barangan dan produk laku keras macam baju budak, barang permainan serta pakaian di beberapa channel buat duit di internet, macam Ebay, Murah.com.my, Facebook dan Instagram ....

Malah kata beliau, ada geng terawal yang dah mula buat untung besar sebab jual produk di market antarabangsa guna matawang USD, walhal produk tu dibeli direct dari supplier cuma Rm20 sahaja! Jual pula dalam USD20 ... aha .. darab sendiri.
[Dah Baca?] Lubuk Perabot Beli Dari China
Ada pula geng lain yang dah buat duit dengan jadi pembekal kepada peniaga pasar malam. Ambil untung sikit-sikit je, tapi kerana jual dalam jumlah yang besar, untung sedikit tu jadi besar. Semuanya kerana geng tu dah tahu cara nak dapatkan harga murah direct dari supplier, dari seller ...

Fuhh .. memang teruja nak jadi sebahagian dari geng lubuk supplier ni.

Minima adalah RM100, dan siapa yang jadi geng akan dibantu menerusi aplikasi Telegram selain panduan yang akan diberikan yang ajar segala benda berkaitan cara nak buat duit dan jana untung dengan lubuk supplier ini.

Nak info lagi mengenai geng yang saya maksudkan ni, boleh cuba lihat di laman web ni - Geng Borong (Supplier)

Semoga bermanfaat. Buat setengah orang, ini peluang untuk tambah pendapatan. Maka, kongsikan ye.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

10 Komen RM10 Ribu Sebulan Dengan Lubuk Supplier Baju Budak, Mainan, Pakaian ..

sape ada page besar, memang sedap buat sales

Patutlah ada kecoh kat FB Sekarang ini..

Kerja dari rumah kalau kena dengan cara dan fokus betul2 Insya-Allah mampu raih pendapatan bulanan yang lumayan.

Strategi ni diguna oleh kesatuan peniaga muslim atau mamak. Depa kumpul modal dan beli secara pukal. lepas tu agih-agihkan kepada ahli.
Strategi ini juga diguna pakai oleh Persatuan Dialisis Bumiputra sejak tahun 2012 sehingga kini. Banyak manafaatnya.
Tapi berhati-hati sebab ada juga kesan negatifnya seperti, salah guna modal dan tidak mempunyai jaringan pasaran sehingga menyebabkan stok terperap di dalam stor.
By the way. Sesiapa yang berminat boleh cuba.
Rezeki ditentukan Allah tapi kita perlu berusaha.

Terbaik ni.. boleh la jana duit lebih dengan modal yang kurang :)

Setuju borong ramai2 dan jual , kita dah lama trtinggal

Hmmm ... nak bina page ni ... perit betul rasa.

Hmmm ... dulu pernah gak pakat-pakat macam ni. :)


EmoticonEmoticon