Kalau rumah tepi pantai, bolehlah main pasir bina istana hari-hari, tetapi ... kami tinggal di lokasi yang jauh dari pantai berpasir. Kalau ada pantai pun, ianya pantai berbatu di Ban Pechah, Tanjung Piandang. Nasib baik sekarang ini ada permainan dinamakan Kinetic Magic Sand. Dengan benda ni, bolehlah main pasir hatta di dalam rumah sekalipun.

Kinetic Magic Sand adalah permainan baru Maira yang dibeli secara online di Lazada. Lama dah Maira dok aim permainan ni. Dan saya pula tak ada masalah nak membelinya, sebab dah lama si Maira, anak perempuan tunggal saya ni tak miliki permainan baru.

Kinetic Magic Sand - Permainan Baru Maira

Kinetic Magic Sand - Permaian Baru Maira Beli Online di Lazada
Kinetic Magic Sand, Mainan Bina Istana Pasir di Rumah
Alhamdulillah, rezeki dari Jobdirumah dan juga income USD dari Adsense membolehkan saya realisasikan permintaan Maira. Kalau tak, terpaksalah mencari pelbagai alasan untuk menolak. Rezeki dari blog perlu dikongsi, dan afdal dibelanjakan untuk keluarga terutama kepada anak-anak.


Sebagai pelanggan setia dengan Lazada Malaysia, saya sering dapat tawaran diskaun istimewa. Jadi, bila dapat sahaja tawaran menarik saya terus intai apa barang yang boleh dibeli di online shopping mall terbesar di Malaysia ni.

Dah rezeki Maira gamaknya, maka dapatlah saya tunaikan hasratnya untuk memiliki permainan iras pasir pantai ni. Kinetic Magic Sand membolehkan anak-anak seperti Maira bermain pasir yang terjamin bebas daripada bahaya terutama dari segi keselamatan di tempat terbuka seperti pantai.
[Dah Baca?] Beli 'Pampers' Murah Menerusi Lazada Malaysia
Kinetic Magic Sand membolehkan Maira gunakan imaginasinya untuk bina istana pasir dan macam-macam lagi menggunakan template bekas yang turut disediakan. Dan untuk elakkan kawasan rumah bersepah dengan pasir buatan ni, ada disediakan satu bekas khas untuk bermain.

Kinetic Magic Sand - Permaian Baru Maira
Kinetic Magic Sand - Permaian Baru Maira
Lagipun, Kinetic Magic Sand mudah diuruskan, dibersihkan dan disimpan. Saya beli permianan ni yang turut disediakan bekas khas untuk simpan. Jadi, memang jaranglah nampak rumah bersepah dengan permainan Kinetic Magic Sand ni.

Jika anda nak beli permainan ni, boleh beli di Lazada. Harganya pun tak mahal mana, boleh dapat dengan harga serendah RM20 sahaja. Jika kena gaya anda masuk ke laman web shopping online ni, leh dapat penghantaran percuma .. huhu .. dah jimat banyak.


Sekarang ni, apabila ada permainan ni ... dah jaranglah Maira ajak saya pergi bercuti ke tempat atau lokasi yang berdekatan dengan pantai.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Memang pun, saya pun terkadang termain sekali .. hehehehe

      Padam
  2. Memang ok kinetic sand ni. Dia tak lambat keras macam play doh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh .. ye, memang betul.. anak saya pun kata benda yang sama.

      Padam
  3. saya ada belikan untuk anak-anak saya. memang seronok main pasir ni, tapi bila lama-lama, dia naik rasa gatal pulak dekat tangan anak-anak saya.terus saya hentikan mereka main pasir ni.

    www.mrejoy.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement