Bijak Temuduga

Kenali 7 Jenis-Jenis Tepung Gandum

Kenali jenis-jenis tepung gandum yang ada untuk membuat kek, biskut dan roti.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit pengetahuan berkaitan jenis-jenis tepung gandum. Kenapa saya tulis? Ia adalah sebab post sebelum ini, "Alamak, Cucur Udang Tersilap Guna Tepung" ... kalau anda dah baca, tentu akan gelak .. kah kah kah sebab sikap konon tahu saya menyebabkan Cucur Udang jadi keras garing yang bukan dalam niat pun.

Okay, saya tak mahu anda ditimpa nasib seperti saya. Paling tidak saya harapkan post ini akan bantu anda kenali jenis tepung, terutama sekali Tepung Gandum yang banyak digunakan dalam resepi dan masakan.

Mengenali 7 Jenis Tepung Gandum Yang Digunakan Dalam Resepi Kuih-Muih, Kek dan Pastri

Mengenali Jenis Tepung Gandum Yang Digunakan Dalam Resepi Kuih-Muih, Kek dan Pastri
Mengenali Jenis Tepung Gandum Yang Digunakan Dalam Resepi Kuih-Muih, Kek dan Pastri
Dalam banyak-banyak tepung, Tepung Gandum adalah yang paling famous sekali. Digunakan secara meluas untuk membuat kek dan roti. Ia adalah bahan utama, tanpa Tepung Gandum .. anda takkan dapat menghasilkan kek dan roti sepatutnya.

Makanan paling popular di Malaysia iaitu Roti Canai adalah hasil adunan Tepung Gandum. Jika betul adunan Tepung Gandum, maka akan terhasillah sebiji Roti Canai yang sedap. Sesetengah dari kita suka Roti Canai yang lembut, ada pula suka Roti Canai yang dimasak garing.

Sekarang mari sama-sama tambah pengetahuan berkaitan jenis-jenis tepung lainnya, cara nak bezakan dan kegunaan am tepung-tepung ini ye ... saya dapat  kumpulkan 7 jenis semuanya .. :)

Tepung Gandum Am/Asas dan Bervitamin

Tepung Gandum adalah tepung asas dalam pembuatan kek dan roti. Dari namanya sahaja, dah tahu ia dihasilkan dari bijiran gandum yang dikisar. Ia ada beberapa jenis, iaitu Tepung Gandum yang bersih, putih/perang atau keras. Ada jenis tepung ini yang telah dilabelkan untuk kegunaan tertentu. Tepung Gandum (Keras) misalnya, ia mengandungi kadar gluten yang tinggi. Tepung Gandum jenis ini membolehkan adunan jadi kenyal dan lebih anjal, sesuai untuk membentuk apabila membuat roti.


Tepung Gandum (Lembut) pula adalah Tepung Gandum yang sesuai untuk membuat kek. Ia mempunyai tekstur lebih halus, kerana kadar gluten yang rendah. Ia bukan sahaja lembut, tetapi tepung ini menjadikan tekstur adunan lebih rapuh. Ia juga terbahagi kepada Tepung Kek dan Tepung Pastri.

Tepung Gandum secara amnya juga terbahagi kepada dua, yang bervitamin dan yang asas (100% kisaran bijiran gandum). Tepung Gandum bervitamin ada dinyatakan pada setiap pek pembungkusan. Harganya lebih mahal dan warnanya pula adalah sedikit perang dari tepung gandum asas.

Saya selalu gunakan Tepung Gandum bervitamin ini, dan jenama yang sering saya gunakan ialah Tepung Gandum Cap Sauh.

Tepung Gandum Serbaguna

Tepung Gandum juga ada yang jenis Serbaguna. Tepung Gandum Serbaguna adalah tepung yang sudah dicampur bahan-bahan seperti serbuk penaik dan juga serbuk soda. Tepung ini adalah tepung yang dikhaskan untuk membuat resepi kuih-muih. Jenama yang selalu saya gunakan ialah Cap MFM.

Ia adalah antara jenis Tepung Gandum yang paling banyak digunakan oleh surirumah yang mahu hasilkan resepi kuih-muih mahupun kek dan biskut cara paling cepat.

Tepung Gandum Berprotein Tinggi

Kalau orang kampung macam saya, tepung jenis ini sering disebut sebagai Tepung Roti. Namun, kalau nak beli kat kedai runcit, kena panggil dengan nama jenama. Selalunya disebut Tepung Diamond atau Tepung Kuda, atau Tepung Rose.

Ia tepung yang dikhaskan untuk membuat adunan roti. Kalau nak buat roti canai, donut, kuih cakoi dan seumpamanya .. boleh gunakan Tepung Gandum Protein Tinggi ini. Selain tinggi protein, ia juga dah dicampur dengan kandungan vitamin seperti vitamin B, B12, mineral dan sebagainya. Elok ditambah yis dalam adunan Tepung Gandum Berprotein Tinggi ini untuk hasilkan adunan yang terbaik.

Tepung Gandum Protein Rendah

Tepung Superfine Untuk Membuat Kek
Selalunya digunakan untuk membuat kek. Tepung Gandum jenis ini adalah lebih halus dan lebih ringan. Banyak digunakan untuk membuat kek chiffon, biskut Tart, Pai, Pau dan Bahulu. Ini disebabkan ia berikan tekstur lebih lembut jika dibandingkan dengan Tepung Gandum Protein Tinggi. Ia ada campuran Tepung Jagung.
[Dah Baca?] Belajar Bakeri Di Rumah - Dan Cara Buat Duit Dengannya
Ia juga tepung yang ditambah dengan vitamin dan mineral pada sukatan tertentu, berbeza sedikit dengan Tepung Gandum lainnya. Anda mudah nak kenal tepung jenis ini jika saya sebut Tepung Superfine. Jenama yang terkenal ialah Blue Key.

Tepung Naik Sendiri

Tepung Naik Sendiri
Tepung Gandum yang telah dicampurkan dengan nisbah serbuk penaik yang tinggi. Ia tepung campuran ekspress untuk membuat kek dan roti. Jika anda nak hasilkan tepung jenis ini sendiri di rumah, anda hanya perlu tambahkan 3 sudu serbuk penaik pada Tepung Gandum 250 gram biasa dan ayak sebanyak 3 kali.

Tepung Gandum Tulen/Tepung Atta

Tepung Atta
Aha .. ni asli, 100% daripada bijiran gandum. Ia agak kasar dan tak sesuai untuk membuat kek dan kuih. Pun begitu, ada beberapa resepi yang gunakan Tepung Gandum jenis ni, misalnya Capati. Ia tidak boleh diayak sebab ia sejenis tepung yang berserat.

Ia adalah tepung yang berwarna perang, dan sangat mudah dikenali berbanding jenis tepung yang lain, terutama untuk kategori Tepung Gandum.

Tepung Biskut

Tepung Gandum Untuk Buat Biskut
Kalau sebut Tepung Biskut mungkin tak ramai yang kenal kot, tapi kalau sebut Tepung Cookies... pasti ada yang tahu, apatah lagi kalau anda memang kaki mencuba resepi biskut. Ia adalah Tepung Gandum yang ada campuran sedikit Tepung Jagung. Nisbahnya menjadikan Tepung Gandum Biskut ini lebih ringan dan memudahkan dalam resepi membuat biskut.

Ada sesetengahnya dicampur sedikit Tepung Beras supaya hasil biskut jadi rangup. Apapun, boleh sahaja dicampur Tepung Gandum Serbaguna untuk buat biskut, dengan syarat anda campurkan sendiri bancuhan dengan jenis tepung lain seperti Tepung Jagung dan Tepung Beras.

Oh ya, tepung ini tak dijual secara meluas, hanya boleh terdapat di kedai kek atau kedai roti.
[Dah Baca?] Resepi Rahsia Kek Anis Choc Moist
Orait, ini adalah antara Tepung Gandum pelbagai jenis yang saya tahulah sebagai seorang House Husband. Ada banyak lagi jenis tepung lain selain Tepung Gandum yang ada kegunaannya sendiri. Kalau kat dalam dapur rumah saya ni, ada Tepung Beras, Tepung Ubi, Tepung Jagung, Tepung Pulut, Tepung Kacang Hijau, Tepung Sagu dan juga Tepung Custard.

Kalau orang yang selalu buat kek, biskut dan kuih-muih mahirlah bab bab tepung ni. Apatah lagi kalau memang Chef Pastri ... :)

Beli Tepung Gandum Tanpa Benzoyl Peroksida

Tepung Gandum Tanpa Benzoyl Peroksida
Agak sukar sebenarnya nak bezakan antara jenis-jenis tepung ni. disebabkan kebanyakkan dan hampir kesemuanya berwarna sama iaitu putih. Pun begitu, saya suka nak ingatkan, jauhkan diri anda dari menggunakan tepung yang ada Benzoil Peroksida, iaitu sejenis bahan peluntur untuk hasilkan tepung yang berwarna jernih, bersih dan putih.

Jika tepung anda gunakan macam pelik je warna putihnya, maka lihatlah samada ia ada bahan Benzoyl Peroksida ini. Ada kajian yang menyebut bahawa bahan ini tidak bagus untuk kesihatan (jangkamasa panjang).



Saya harap sedikit sebanyak post ini dapat membantu dan beri manfaat dalam mengenali jenis-jenis Tepung Gandum yang ada di pasaran. Saya tahu, ramai surirumah biasa terutama yang baru berkahwin dan berumahtangga tak tahu jenis-jenis tepung yang ada ... huhu ..

Kongsikan ye kalau rasa elok untuk bacaan orang lain.

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,278,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,631,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,579,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,29,Kekeluargaan,64,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,242,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,306,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,47,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,475,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: Kenali 7 Jenis-Jenis Tepung Gandum
Kenali 7 Jenis-Jenis Tepung Gandum
Kenali jenis-jenis tepung gandum yang ada untuk membuat kek, biskut dan roti.
https://1.bp.blogspot.com/-ylgNUwvhoRo/WWg9Ipul6uI/AAAAAAAAiRo/yKh-ELksBXgJeUf_T2UT8VXz9aCAV_LSQCLcBGAs/s1600/Rupa-Tepung-Gandum.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-ylgNUwvhoRo/WWg9Ipul6uI/AAAAAAAAiRo/yKh-ELksBXgJeUf_T2UT8VXz9aCAV_LSQCLcBGAs/s72-c/Rupa-Tepung-Gandum.jpg
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2017/07/kenali-jenis-tepung-gandum.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/07/kenali-jenis-tepung-gandum.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy