07 Julai 2017

Kakitangan Kerajaan Selalu Kena Tipu

Kakitangan kerajaan selalu kena tipu skim cepat kaya, terutama dari sindiket yang menggunakan tarikan MLM atau multi-level-marketing ni. Dari dulu lagi, bukan benda baru. Ketika skim Pak Man Telo lagi dah ada kakitangan awam kena tipu hidup-hidup .... semuanya gara-gara terdesak nak cepat kaya.

Saya suka nak kongsi cerita ini, sebab kalau tak ... ramai akan lupa, dan akan lebih ramai lagi yang akan kena tipu. Pucuk dicita .. haram .. daun pun tak dapat .. apatah lagi pokok, maka ini ingatan sekali lagi.

Kakitangan Kerajaan Selalu Kena Tipu

Kakitangan Kerajaan Selalu Kena Tipu Skim Cepat Nak Kaya
Saya pernah juga kena tipu dalam skim macam ni, tapi alhamdulillah .. saya tak keluar modal. Ntah macamana, orang yang nak masukkan saya dalam skim ni dahulukan duit dia. Dia benar percaya skim ni leh jadikan kami kaya-raya, dengan hanya buat pelaburan modal dan kemudian cari lagi orang untuk join sama.

Baru sahaja saya nak mula, tup tap .. keluar kes bahawa skim kena sontok. Tauke besar yang buat bisnes ni 'hilang'. Modal yang dah labur, lesap! Memang menangislah ramai yang dah join. Saya join, tapi tak nangis .. sebab saya tak keluarkan sesen pun.

Tapi ....

Jenuh kena telefon daripada orang yang nak masukkan saya tu. Dia minta saya bayar kerugian tu. Banyak juga, dalam RM600 lebih. Ehemmm ... masa tu baru kahwin maaa ... duit banyak tu, dah kira sangat banyakkkk .. leh beli emas kot beberapa gram.

Saya katalah .. bukan saya yang janji apa-apa, saya tak minta pun suruh dahulukan duit, tapi itulah .. berkeras juga minta saya tanggung sama. Dia ajak saya jadi donwline dia, dia suruh saya bayar duit yang dia laburkan untuk saya .. ehh ehh ...

Ramai yang buat cara begini dalam bisnes MLM. Nak kaya cepat, dan mahu pulangan tersebut ditunjukkan sebagai bukti berjaya. Walhal duit pusing-pusing atas bawah je.

Bukan Nak Kondem Bisnes MLM

Ehh .. orait. Saya bukan nak kondem konsep bisnes MLM ni. Namun, rujukan dan sumber banyak dah ada, boleh cari ... boleh bezakan mana skim yang betul, mana bisnes yang sebenar, mana yang tak makan duit ikut cara yang salah.

Mahu buat bisnes MLM sebenar, kena ada ilmu yang betul. Faham konsep, faham apa yang membolehkan ia tidak langgar syariat dan amalan berniaga dalam Islam.
[Dah Baca?] Kerja Sejam Sehari Lepas Waktu Pejabat, Buat Income 5 Angka
Beginilah. Selalunya benda yang tak ikut syariat ni takkan kekal lama. Bisnes yang tak kuat asasnya dan bergantung hanya pada keahlian sahaja tak boleh nak bertahan. Nak buat bisnes, buat bisnes betul-betul, usah termakan pujuk rayu cepat kaya dan cepat dapat pulangan....lagi-lagi bila diberitahu guna modal je boleh kaya ..

Haipppp ... even dalam perdagangan forex pun kena ada ilmu selain modal. Mana boleh masuk berdagang dengan emosi, nampak naik matawang terus nak jual .. ini tak betul. Mesti ada ilmu.

Samalah juga dengan berjual-beli saham di Bursa Malaysia (dulunya BSKL). Kena ada ilmu untuk tahu mana kaunter patuh syariah, mana kaunter yang boleh untung, mana kaunter yang berpotensi menjana pendapatan ... semua ni kena ada ilmu, kena buat kajian, kena ikut sistem. Bukan main tick .. tick .. sell buy je.
[Dah Baca?] Panduan Jana Income/Buat Untung Menerusi Pasaran Saham
Kakitangan kerajaan selalu kena tipu sebab mereka 'malas' dan difikirkan tiada masa nak mencari ilmu untuk jadi kaya. Mereka nak kaya tapi tanpa ilmu .. ... ehh mana boleh begitu. Seorang yang jadi pakar pun belajar bertahun lamanya untuk jadi seorang pakar. Sama juga yang ada Master, PHD .. mereka semua belajar makan tahun lamanya.
Kena Tipu Dalam Bisnes MLM
Semua main perasaan dan emosi. Tu sebab bila gagal je meraung merintih ... kecewa sampai ada yang nak terjun ke laut. Tak boleh nak kenal erti sabar dan pengorbanan.

Beringatlah ye, tapi jangan pula skeptikal sangat sampai apa jua peluang diberikan kepada anda, anda akan akan sebagai penipuan atau scam sindiket. Nak jadi kaya, ada je caranya .. yang penting, seperti awal saya beritahu ialah ilmu.

Ilmu pelita dan penyuluh hidup. Sumbunya pembacaan, dan minyaknya agama - Hasrul Hassan.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

6 Komen

Sikap yang tidak sabar akan menyebabkan kita mudah kena tipu..

Salah siapa dulu.. Kalau bukan salah sendiri.

betul tu.. ramai sangat..diorang target yang kerja gomen sebab senang buat loan...ish3

Tak ada skim yang boleh menjadikan anda kaya sekelip mata. Saya bekerja dengan sebuah syarikat. Sambil-sambil tu ada buat trainning/ consulting secara sambilan. Ada juga simpan/ melabur dalam ASB (untuk pasif income) dan ada juga involve dalam 'forex memorex' secara kecil-kecilan untuk cari duit minum teh.

Sebab apa saya susah payah gini? Sebab sepajang 44 tahun saya hidup, tak pernah lagi saya terjumpa satu skim atau satu kaedah bagaimana untuk buat duit dengan cara kita bagi duit kita pada orang, kemudian kita tidur bangun kat rumah sambil goyang kaki dan 2 atau tiga bulan kemudian kita dapat pulangan sebanyak dua atau tiga kali ganda.

harus berhati-hati dan fikir panjang, dunia atau Allah di hati... sy ada baca artikel ttg emosi dalam membuat pelaburan saham, mmg kena waspada sebab emosi mudah dipengaruhi dgn persekitaran.

dulu masa zaman student kat USm pun pernah terkena join MLM nih,.. pengalaman hidup.. hahaha.. lepas ni mmg x join dah..


EmoticonEmoticon