11 Jenis Penipuan Internet (Scam) Sering Datang Menerusi Email

Awas, jangan sampai jadi mangsa Internet Scam, ketahui 11 jenis penipuan internet dan tips untuk elak menjadi mangsa.

Scam atau Penipuan Internet. Dah banyak kali diperingatkan, namun masih ada ramai di kalangan kita yang terkena jerat penipuan di alam siber atau internet ni. Kebanyakkan penipuan ini pula menggunkana medium email untuk mencari mangsa.

Sebelum ini saya dah cerita dan kongsikan sedikit yang kebanyakkan yang kena tipu ini adalah mereka yang terdesak, dan secara amnya terdiri daripada mereka yang kerja di sektor awam.

11 Jenis Penipuan Internet (Scam) Sering Datang Menerusi Email

11 Jenis Penipuan Internet (Scam) Sering Datang Menerusi Email
Teknik email adalah salah satu cara paling mudah untuk menipu mangsa. Ini adalah kerana alamat email seseorang sangat mudah diperoleh di internet. Jika kita tidak waspada, dan tidak titik-beratkan keselamatan alamat email kita, maka mudahlah kita menjadi mangsa mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Saya senaraikan 11 jenis penipuan internet atau internet scam yang selalunya menggunakan medium email untuk menipu mangsa. Ambillah masa anda untuk baca dan faham mengenai jenis-jenis penipuan ini ye ... jangan sampai kena tipu dan terjebak sebagai salah seorang mangsa.
Jenis Penipuan Internet (Scam) Sering Datang Menerusi Email

Penipuan Peluang Bisnes

Email akan datang kepada anda menawarkan tawaran peluang bisnes yang tidak masuk akal.  Tawaran tersebut kedengarannya seperti bisnes ini sangat mudah untuk dimulakan dan dilakukan, ia menawarkan peluang untuk mendapat wang yang sangat banyak tanpa perlu banyak bekerja, tanpa menjual atau tanpa mengeluarkan sebarang modal.

Selalunya, peluang-peluang ini berkait rapat dengan skim-skim piramid yang berleluasa sebagai satu cara yang kononnya sah dan mendapat pengesahan serta sokongan pihak-pihak tertentu untuk menjana duit atau pendapatan.

Mungkin anda pelik, "Eh macamana mereka dapat email aku ni ye?"

Okay, kadangkala ada pihak tidak bertanggung-jawab menjual senarai email yang mereka peroleh. Kegiatan ini sudah lama berlaku, dan ia dilakukan oleh mereka yang telah dapat mengakses senarai email yang banyak menerusi banyak cara.

Senarai email tersebut diperoleh dengan beberapa cara, samada secara sah mahupun tidak sah. Secara sah ini bermaksud, mereka mengambil alamat email seseorang dari pengisian sesuatu borang yang kita tidak tahu hujung pangkalnya atau sumber.

Secara tidak sah pula adalah mengumpul email menggunakan perisian tertentu, yang kebanyakkan dibuat secara rambang. Perisian ini berupaya untuk ekstrak alamat email di internet samada bersumberkan laman web tertentu atau laman media sosial seperti facebook, instagram atau twitter.

Buat duit dengan menghantar email dalam bentuk pukal:

Tawaran ini menawarkan anda senarai e-mel pukal (terdiri daripada berjuta-juta alamat e-mel), perisian spam (biasanya sangat rendah dalam kualiti), atau perkhidmatan untuk menghantar email spam bagi pihak anda.

Mohon, jangan lakukan perkara-perkara berikut:

Surat/Email Berantai

Jenis Penipuan Internet (Scam) Sering Datang Menerusi Email
Dalam banyak-banyak penipuan atau scam, inilah yang paling menjadi pilihan dalam teknik penipuan internet. Modus operandinya ialah, anda akan diminta untuk masukkan wang dalam jumlah tetap tertentu, contohnya RM10 kepada setiap nama dalam satu senarai yang mengandungi 4-5 nama yang kononnya sebagai peserta.

Email itu mendakwa, 4-5 nama teratas adalah peserta terawal, yang menghadapi masalah kewangan yang harus anda bantu. Setelah anda masukkan duit seperti diarahkan, anda dibenarkan untuk padam nama paling atas, dan gantikan nama serta butiran akaun bank anda di dalam senarai tersebut pada senarai akhir peserta.

Kemudian, anda dikehendaki menghantar email yang mengandungi nama dan butiran akaun bank  tersebut kepada orang lain, samada menerusi senarai email yang disediakan atau daripada senarai email yang anda miliki secara pukal atau banyak.

Kadangkala, di dalam email berantai ini diberikan satu produk murahan sebagai satu metod untuk menjadikan ia sebagai cara yang sah buat penerima. Lalu, membuatkan sesiapa sahaja yang terlibat di dalam penipuan surat berantai ini akan terdedah dengan tindakan undang-undang.

Anda mungkin fikir ia adalah cara untuk bantu orang lain, namun awas ... adakah anda pasti senarai tiga teratas yang dianggap peserta tersebut adalah bukan orang yang sama? Mereka mungkin gunakan nama dan akaun isteri atau anak untuk terima wang secara berganda.

Skim Kerja Di Rumah

Penipuan Kerja di Rumah
Penipuan kerja di rumah yang paling lejen ialah kerja melipat dokumen dan menghantar sampul surat (earn money for stuffing envelopes). Kerja yang difikirkan mudah dan dibayar untuk setiap sampul surat berisi helaian yang dihantar kepada penerima.

Contohnya, anda akan dibayar sebanyak MYR2.00 untuk setiap sampul yang diisikan dengan helaian tertentu, selalunya ialah surat berantai seperti saya sebutkan di awal tadi. Faktanya, tiada sebarang kerja yang sebenar pun berkaitan kerja melipat ini.

Semuanya helah belaka. Tiada bayaran sebenar yang akan anda terima. Sebaliknya pula, anda perlu membayar satu nilai tertentu, dalam contoh ini, sebanyak MYR2.00 yang kemudiannya diarahkan untuk melakukan kerja yang sama, iaitu mempromosikan 'kerja di rumah' ini. Jika ada pun duit yang anda terima, ia datang daripada mangsa lain yang memasukkan wang ke dalam akaun anda.

Percaya atau tidak, tanpa sedar anda mengeluarkan wang sendiri untuk kerja-kerja ini untuk kemudahan orang lain. Orang lain yang tentunya penganjur program ini, dapat servis percuma dari anda untuk jalankan promosi.

Akhirnya, kalau betul anda telah lakukan 100% 'kerja di rumah' yang dimaksudkan, contohnya anda menyiapkan satu kerja kraf untuk mereka, mereka akan berdolak-dalik untuk membayar anda, dengan mengatakan bahawa hasil kerja anda tidak penuhi standard mereka. Mereka dapat sesuatu, anda cuma dapat penat sahaja .. uhh kan dah kena tipu!

Penipuan Berkaitan Kesihatan dan Diet

Ia sama dengan kebanyakan produk penyembuhan ajaib yang ditawarkan di luar, contohnya hilang berat badan tanpa senaman, atau tonik melebatkan rambut dalam 24 jam. Aha .. pastu gunakan perkataan power macam "scientific breakthroughs" , "secret formulas" yang kononnya boleh menyembuhkan dan selesaikan masalah.

Scams seperti ini akan disertakan dengan beberapa testimonial dari pakar kesihatan "terkenal" yang anda sendiri baru pertama kali dengar dan lihat wajahnya (kalau ada diberikan gambar). Ini semua satu gimik dan ada di antaranya mengambil kesempatan atas statement pakar sebenar yang tidak sama sekali merujuk pada produk yang dikatakan.

Pendapatan Tanpa Usaha/Goyang Kaki

Versi paling terbaru ialah skim cepat kaya tentang bagaimana nak buat untung tanpa had dalam perniagaan matawang. Ia selalunya akan sebut berniaga secara antarabangsa dalam matawang luar. Ada banyak variasi, yang kadangkala boleh membuatkan kita dan saya sendiri terkeliru dengan cara yang betul dan sah.

Ya, anda mungkin akan keliru dengan forex-trading ikut formula sebenar mahupun berdagang saham di Bursa Malaysia. Namun, paling nyata ia akan tawarkan anda cara mendapatkan income mudah tanpa usaha atau tanpa melakukan sebarang kerja. Goyang kaki dapat duit ... uhh ... awaslah ye.

Produk Percuma

Lagi penipuan yang harus anda sedari - tawaran yang akan tiba dalam email anda menawarkan produk-produk percuma yang mahal, contohnya seperti iPhone 6 atau Samsung S8. Modus operandinya ialah mereka akan minta anda bayar dalam jumlah kecil sebagai bayaran pendaftaran untuk dapatkan produk tersebut.

Kemudian, untuk membolehkan peluang lebih besar untuk anda dapatkan produk dinyatakan, anda perlu hantar email serupa kepada rakan-rakan email anda yang lain. Sama je macam skim cepat kaya, cuma ia tawarkan produk bukan wang tunai!


Peluang Pelaburan

Satu email akan tiba dalam inbox anda mengatakan ada peluang pelaburan yang berikan pulangan sangat tinggi. Ayat paling power yang selalu digunakan untuk pujuk menjadi mangsa ialah "no risk" atau tanpa risiko.

Scams seperti ini adalah skim-skim pelaburan yang tidak sah/tidak didaftarkan. Ia akan minta anda untuk memulakan pelaburan dengan jumlah MYR tertentu ke dalam "akaun pelaburan". Walhal duit itulah yang digunakan sebagai modal pusingan untuk membayar pelabur terawal.

Untuk yakinkan mangsa, anda akan diperlihatkan dengan butiran akaun pelabur sebelum ini, seolah mereka telah mendapat pulangan yang dijanjikan, walhal ia adalah duit pelabur lain. Akhirnya nanti, anda akan diminta untuk tambah lagi wang pelaburan dari semasa ke semasa untuk menjamin anda mendapat pulangan seperti ditawarkan. Kata mereka .. sebagai melayakkan anda untuk terima "guarantees".

Tanpa sedar, anda sebenarnya sudah keluarkan lebih duit daripada menerima pulangan yang dijanjikan. Dan ketika anda sudah menyedarinya, mereka ini sudah lama keluar dari sistem pelaburan scam ini .. uhh meloponglah anda lepas tu...

Servis TV - Cable Descrambler Kits

Ini juga satu penipuan. Rasanya baru, tak ramai kot yang tahu. Ia adalah satu penipuan di mana anda akan ditawarkan dalam email tersebut untuk terima satu kit peralatan yang membolehkan anda terima siaran TV tanpa had dari pelbagai saluran tanpa perlu bayar apa-apa yuran bulanan. Pastinya, anda cuma perlu buat sekali bayaran untuk harga kit tersebut yang kononnya adalah harga promosi atau diskaun.

Okay, memang ada yang sah. Cuma bila terima tawaran begini, akan berlaku dua masalah yang dianggap bahawa anda telah ditipu, iaitu peralatan yang telah anda terima tidak berfungsi seperti sepatutnya, dan keduanya .. seandainya ia berfungsi, anda sebenarnya telah melibatkan diri dalam satu sindiket penipuan di mana anda dianggap mencuri siaran berbayar daripada syarikat yang tawarkan servis yang sah.

Nanti tak pasal anda kena denda dan saman. Uhh dah la anda bayar untuk dapatkan Cable Descrambler Kits tu, pastu kena tindakan pula dengan syarikatTV sah. Rugi rugi ...

Pinjaman atau Kredit Terjamin atau Easy Terms Scams

Penipuan Dalam Pinjaman Perumahan Tidak Sah
Seperti dilaporkan oleh MyCert, scams jenis ini ada banyak variasinya. Antaranya memaparkan tawaran bentuk pinjaman yang tidak perlukan anda sebarang cagaran, tanpa merujuk CCRIS, pinjaman menerusi bank luar pesisir; turut tawarkan pinjaman jangka pendek menerusi pemberian kad kredit percuma.

Turut ditawarkan ialah pemberian hadiah tertentu menerusi cabutan bertuah jika anda menghantar email jemputan kepada rakan anda yang lain. Anda akan sedar ia satu penipuan bila pinjaman yang dipohon tidak disahkan atau hadapi masalah untuk diluluskan selagi anda tidak membayar yuran dalam amaun tertentu.

Penipuan Dalam Pembetulan Kredit

Hmm .. saya tak tahu cara nak terjemahkan dari 'credit repair scams'. Yang saya tahu ialah penipuan email ini akan menawarkan anda servis untuk 'memperbetulkan' rekod pinjaman anda supaya anda dapat kelulusan pinjaman.

Apa yang mereka buat ialah merangka satu laporan palsu berkaitan sejarah kredit anda. Ini akhirnya membabitkan anda dalam satu skim penipuan pinjaman di mana anda memalsukan dokumen. Silap-silap anda boleh ditangkap, dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Takkanlah anda nak serahkan butiran kredit, butiran pendapatan serta akaun bank kepada seseorang menerusi email kot? Agak-agaklah untuk kena tipu .. ishh...



Promosi Hadiah Pelancongan/Percutian

Satu lagi internet scams iaitu pemberian hadiah pakej pelancongam. Ia akan datang samada menerusi email mahupun aplikasi seperti WhatsApp. Contoh ayat yang biasa digunakan untuk menjerat mangsa adalah seperti:
  • you've "won" a fabulous vacation
  • you've been "specially selected" for this opportunity
Kalau benar sekalipun, ia hanya indah khabar dari rupa. Mulanya anda ingat anda bayar murah untuk satu penginapan best lagi mewah di hotel bertaraf bintang atau tawaran promosi pelayaran eksklusif tetapi rupanya, anda ditempatkan dalam satu bilik hotel yang buruk atau kabin kapal yang sempit.

Nak lebih selesa, anda perlu bayar lebih .. uh uh ... walhal anda dah pun berada di satu tempat yang jauh dari kediaman anda, atau berada di tengah lautan. Nak teruskan dengan keadaan yang ada, atau naik taraf dengan paksa .. uhh .. kan dah kena tipu tu.

Tips dan Cara Nak  Elak Jadi Mangsa Scammers

Tips Untuk Elak dari Kena Tipu

Jadi, awaslah wahai rakan pembaca semua ye. Jangan jadi mangsa mahupun terlibat dengan aktiviti internet scam ini.

Macamana nak elak dari jadi mangsa internet scams?
  • Cara paling mudah ialah jangan sesekali berikan respon kepada email berbentuk bulk-email ni, iaitu satu email tetapi ramai penerima, atau butiran email penghantar tidak jelas dan mencurigakan.
  • Hati-hati dengan email yang banyak menggunakan huruf besar dan berwarna-warni. Apatah lagi menggunakan banyak tanda seru dan perlihatkan tanda $$$$ berulang-kali.
  • Email tanpa nama yang jelas, tanpa alamat syarikat atau tanpa cara untuk dihubungi memang wajar untuk diendahkan. Jelas ada sesuatu yang cuba dirahsiakan dari pengetahuan anda.
  • Semak dan buat carian. Anda mesti bijak mengumpul maklumat sebelum membuat apa-apa keputusan. Saya pasti ada mangsa sebelum ini berkongsi kisah mereka di internet.
  • Dapatkan nasihat pakar internet atau hubungi pihak berkuasa untuk kepastian.

Moga bermanfaat, dan agar info ini dapat bantu samada saya dan anda dari menjadi mangsa Internet Scam.

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,51,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,336,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: 11 Jenis Penipuan Internet (Scam) Sering Datang Menerusi Email
11 Jenis Penipuan Internet (Scam) Sering Datang Menerusi Email
Awas, jangan sampai jadi mangsa Internet Scam, ketahui 11 jenis penipuan internet dan tips untuk elak menjadi mangsa.
https://3.bp.blogspot.com/-gge3icGkTuE/WXV6xw9PyWI/AAAAAAAAivs/jURXxmD__bcNajnoyBIw1w4nymSmUriYgCLcBGAs/s1600/jenis-penipuan-internet-harus-tahu.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-gge3icGkTuE/WXV6xw9PyWI/AAAAAAAAivs/jURXxmD__bcNajnoyBIw1w4nymSmUriYgCLcBGAs/s72-c/jenis-penipuan-internet-harus-tahu.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/07/internet-scam.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/07/internet-scam.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy